The Power Of Words

2.1K 192 18
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Chrissy Constanza as Cska's cast. (Requested)


BAB 6 : KUASA PERCAKAPAN


Miezza dan Hisham berjalan beriringan merentasi setiap kaki lima kawasan itu. Ia sepertinya sudah menjadi satu kebiasaan kepada mereka melalui kawasan-kawasan seperti itu. Tiada apa yang mampu mereka lakukan melainkan hanya berlegar-legar dan memerhatikan keadaan sekeliling. Jika sebelum ini mereka boleh merujuk kepada internet atau yang sewaktu dengannya, kali ini mereka tidak boleh berbuat demikian kerana tiada apa-apa serangan yang berlaku.

Ini sesuatu yang baru dan sedikit melegakan bagi mereka kerana masih belum ada rantai yang berkurangan sampai saat ini. Semuanya masih ada lengkap sembilan belas memandangkan tujuh sudah berada pada tuannya sendiri. Ini menandakan tiada sesiapa yang terbunuh dan mereka tidak terlambat untuk mencari.

Satu-satunya yang masih menjadi masalah adalah mereka masih tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi. Tanda-tanda serangan atau sesuatu seperti itu masih belum kelihatan. Hanya suara aneh itu sahaja yang menjadi tanda tanya setakat ini. Kemunculan kuasa-kuasa baru memberi tekanan yang besar kepada mereka. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi penerangan secara lengkap seperti yang dilakukan oleh penaung sebelum ini. Mereka tiada pengetahuan yang banyak. Mereka seolah-olah tidak menjangka akan ada kuasa baru.

"Saya harap kita tak jumpa kuasa baru lagi." Miezza memecahkan kesunyian di antara mereka.

Hisham hampir tergelak mendengar harapan gadis itu. "Miezza... Ada empat belas kuasa baru yang kita akan jumpa sama ada mahu atau tak. Kita hanya dapat kumpul dua belas je sebelum ni. Jadi kuasa yang lain..." Lelaki itu menarik nafas panjang. "Kita kena buat kajian mengenainya."

Miezza mendengus perlahan ketika memegang tali beg sandangnya. "Terus terang... Saya kasihan tengok budak bertiga tu yang masih penuh tanda tanya. Kita tak boleh nak jawab apa."

Hishma turut mengeluh. "Apa yang kita nak buat?? Kita pun tak tahu apa-apa pasal tu."

"Ada apa-apa tak Qushairy beritahu pasal kebolehannya?" Miezza memandang ke arah lelaki itu.

Hisham berfikir seketika. "Tak banyak. Cuma asas yang dia tahu. Itupun tak ada kelebihan yang dia dapat terangkan secara terperinci. Yang dia tahu apa yang dia dah dapat buat."

Miezza mendengus lagi. "Kita perlu cari kelebihan mereka supaya kita dapat latih. Payah kalau macam ni."

Hisham mengangguk bersetuju sambil mendengus kuat. "Yuna dengan Cska macam mana?"

"Yuna lebih kurang je dengan Qushairy." Miezza mengangkat bahunya. "Cska saya tak pasti apa yang dia tahu. Dia tak terbuka sangat. Suka menyendiri dan menjawab sepatah je bila ditanya."

"Saya tak salahkan dia." Hisham memberi komen turut mengangkat bahunya. "Hidup dia sebelum ni buat dia lebih jadi takut memandangkan dia memang banyak benda yang ditakuti."

"Dia fragile sangat." Miezza turut memberi komen. "Kami bercakap dengan dia pun penuh berhati-hati."

Hisham memandang Miezza sambil mengangkat keningnya. "Yuna?? Setakat ni dia okey tak?"

Miezza mengangguk perlahan. "Dia lebih terbuka sekarang. Rasanya boleh lah. Dia dah biasa."

"Qushairy pula terlalu aktif." Hisham memberitahu. "Dia banyak tanya dan tak boleh duduk diam. Saya perasan juga kadang-kadang Noorizan macam nak tumbuk muka budak tu."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now