Furious

2.3K 197 42
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Rizal's cast. (Harry Styles)


BAB 18 : MARAH


Semua orang kini sedang melakukan hal masing-masing di ruang markas itu. Semua masih lagi terkesan dengan apa yang baru sahaja berlaku. Zamir mula kelihatan takut dengan apa yang bakal mereka hadapi nanti. Dia mula sedar kepentingan untuk berada dalam kumpulan yang ramai. Hisham dan Miezza masih lagi cuba untuk mencari sesuatu dengan bantuan Khairul.

Latihan sudah dimulakan. Miezza, Jyra, Noorizan dan Hisham akan melatih mereka silih-berganti. Kebanyakan daripada mereka masih tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kuasa sendiri. Ada juga yang senang untuk dilatih. Misi mencari juga masih diteruskan. Mereka rasa gembira dan pelik dalam masa yang sama kerana masih tiada rantai yang berkurangan.

Sejak perlawanan dengan gergasi itu, Emma semakin mendekatkan diri dengan Hisham. Lelaki itu pula langsung tidak selesa dan sentiasa mengelak untuk apa juga hal yang boleh mengaitkan dia dengan gadis itu. Lana pula sering mengekori Noorizan jika lelaki itu ingin bersendirian. Dia tidak begitu kisah.

"Hari ni ada latihan tak?" Tanya Vince sambil menggigit biskut yang terletak di atas meja.

Jyra yang duduk di hadapannya mengangguk. "Latihan akan tetap berjalan sehingga kamu semua benar-benar mahir."

"Macam mana nak tahu kami benar-benar mahir atau tak?" Dayah mencelah sambil mengelipkan matanya.

Jyra memandang Noorizan yang duduk berdekatan. Noorizan hanya membalas pandangannya tidak menjawab. Itu termasuk dalam perkara yang mereka tidak dapat pastikan. Mereka tidak tahu bagaimana penaung terdahulu memastikan bahawa mereka benar-benar sudah mahir.

"Kami pun tak pasti."

Serentak semua orang berpandangan agak bingung kecuali empat penaung itu dan juga Khairul.

"Apa maksud awak?" Baekhair mengecilkan matanya.

Jyra mendengus perlahan. "Kami sebenarnya tak tahu sangat pasal semua kuasa puak Huruf ni."

Sekali lagi semua orang kebingungan.

"Pada peringkat kami..." Miezza mencelah. "Tak semua Huruf dapat kami jumpa. Hanya ada beberapa orang sahaja."

Semua orang membesarkan mata agak terkejut.

"Maknanya kamu tak pernah jumpa kuasa seperti kuasa kami??" Cska membesarkan matanya.

"Ada beberapa yang kami pernah jumpa." Miezza menarik nafas panjang. "Macam kuasa Rizal dan Xiao Wei. Yang lain semuanya kuasa yang baru bagi kami. Masih tak tahu macam mana ia berfungsi."

"Maknanya..." Cska masih lagi terkedu.

"Orang yang memegang kuasa kamu sebelum ni mati sebelum kami sempat jumpa mereka." Noorizan memintas.

Semua orang terdiam cuba untuk memproses perkara itu.

"Jadi, sepatutnya..."

"Yuna!!!"

Belum sempat Baekhair menghabiskan kata-katanya, pekikan Qushairy membuatkan semua orang berpaling. Yuna kini sedang memegang dadanya dengan wajah yang merah padam. Urat-uratnya kelihatan dan matanya berair. Dia melutut di lantai sebelum darah merah pekat tersembur keluar.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now