The Person That We Need The Most

2.4K 203 61
                                    

BAB 34 : ORANG YANG DIPERLUKAN


Farra duduk sendirian di ruang markas pada lewat tengah malam itu. Unggun api masih marak lagi pada ukiran batu itu menandakan ia masih diperlukan. Mengenangkan bahawa tanggungjawabnya kini bermula lagi membuatkan dia risau mengenai banyak perkara. Sekurang-kurangnya, mereka kini hampir lengkap. Hanya latihan yang keras perlu diberikan pada mereka.

"Farra..."

Farra tersentak dari lamunannya. Dia segera menoleh memandang Rizal kini berjalan mendekatinya dengan lesung pipit yang kelihatan. Lelaki itu kelihatannya seperti ingin memulakan perbualan dengannya sejak dulu lagi. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.

"Eh, Rizal..."

Rizal segera duduk di sebelah gadis itu cuba untuk tidak membuat keadaan menjadi terlalu kekok. "Kenapa tak tidur lagi?"

"Tak mengantuk." Farra mengangkat bahunya dengan selamba kemudian memandang lelaki itu. "Awak?"

"Tak dapat tidur." Rizal membalas.

Farra hanya mengangguk tidak membalas lagi.

"Awak ingat saya tak??"

Farra segera memandang Rizal yang kini sudah memandangnya. Dia merenung wajah lelaki itu. "Ingat awak??"

Rizal mengangguk-angguk sambil tersenyum.

"Kita pernah berjumpa ke?" Tanya Farra sambil mengerutkan dahinya. Dia merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya.

"Ya." Rizal mengangguk lagi. "Masa awak masih tak ingat lagi. Maksud saya... Masa awak bekerja kat kedai buku."

Farra membesarkan matanya agak terkejut. Memang benar. Dia bekerja di sebuah kedai buku sebelum ini.

"Kita pernah berjumpa ke?"

Rizal hanya tersengih. "Awak mungkin tak perasan. Tapi saya masih ingat awak dengan jelas."

Farra mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Cuba untuk mengingat jika dia pernah melihat lelaki itu. Berusaha untuk mengenalpasti wajah-wajah yang pernah ditemuinya.

"Saya selalu datang..." Rizal cuba untuk memberi petunjuk. "Tanya buku apa yang sesuai untuk dibaca."

Farra tesentak baru teringat. Dia membesarkan matanya memandang Rizal tidak percaya. "Awak..."

Rizal hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum walaupun dia belum pasti apa yang Farra cuba katakan.

"Awak yang asyik tanya apa buku yang bagus untuk dibaca semasa hujung minggu, tekanan bekerja, musim hujan..."

Rizal segera ketawa mendengar kenyataan gadis itu. Memang benar. Itu adalah perkara yang sering ditanya olehnya kepada gadis itu sebagai alasan untuk mereka berbual dengan lebih lama.

"Awak memang suka membaca ke?" Tanya Farra.

"Ya." Rizal menjawab jujur. Walaupun sebenarnya fakta itu hanya berubah seperti itu selepas dia bertemu dengan gadis itu. "Saya memang suka membaca. Mungkin sebab saya orang yang tak banyak cakap."

Farra kelihatan agak terkejut mendengar kenyataan itu. "Tak banyak cakap?? Saya rasa awak orang yang banyak cakap."

Rizal tergelak lagi. "Saya hanya banyak cakap pada orang dan pada keadaan yang tertentu."

Huruf II (Sequel) ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant