Same

2.2K 186 46
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Webly's cast. (Calum Hood)


BAB 25 : SERUPA


Giliran Miezza dan Yuna untuk bertugas pada hari itu dengan bantuan Tasnim. Tasnim kini menjadi orang yang berguna buat mereka memandangkan kuasanya yang boleh menjelmakan haiwan yang boleh mengesan siapa Huruf yang lain. Mereka sudah berbincang mengenai hal itu seharian. Tasnim juga tidak begitu kisah jika dia terpaksa keluar setiap hari. Malah, dia gembira dan menerima dengan hati terbuka mengenai perkara itu.

Sesiapa yang masih tinggal di markas akan menjalani latihan yang semakin kerap dijalankan. Mereka perlu bersedia. Bersedia untuk apa sahaja yang bakal muncul di hadapan mereka. Kadangkala mereka merasakan bahawa mereka tidak akan mencapai kekuatan puak Huruf sebelum ini. Walaupun sebelum ini mereka hanya dapat mengumpulkan seramai dua belas orang, kekuatan mereka mengalahkan Huruf yang ada pada masa kini.

"Jangan berpecah." Miezza memberi amaran. Dia masih teringat apa yang berlaku pada Hisham, Cska dan Vince sebelum ini. Mereka tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tidak tahu apa yang akan berlaku pada mereka jika dikurung lebih lama.

Yuna dan Tasnim mengangguk serentak tidak membantah. Mereka kini fokus memandang burung merpati putih yang tidak begitu tinggi di atas. Ia hanya terbang dalam jarak lima jenggal dari atas kepala mereka atas arahan Tasnim. Ia sebenarnya adalah burung merpati jelmaannya sendiri. Burung itu akan terbang sekali dan akan menghinggap di mana-mana secara rawak agar tidak hilang jejak dengan tuannya.

"Tahu-tahu je burung tu kita akan berjalan lambat kan?" Yuna mengerutkan dahinya bagaimanapun teruja mengenai itu.

"Ia tak akan jauh daripada sepuluh meter." Tasnim mengangkat bahunya selamba. "Itu yang saya tahu selama ni."

Yuna mengangguk-angguk tanda faham, manakala Miezza hanya tersenyum senang hati.

"Awak banyak pengetahuan mengenai kuasa awak sendiri." Miezza memberi komen dengan selamba.

Tasnim hanya tersengih. "Saya banyak buat eksperimen."

"Eksperimen??" Ulang Miezza.

Tasnim mengangguk-angguk. "Masa saya tahu saya dapat kuasa ni... Saya buat uji kaji untuk setiap perkara. Mungkin sebab tu saya tahu."

Miezza mengangguk-angguk sambil tersenyum bangga mengenai itu. Tambahan lagi, mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.

"Saya rasa kalau kami semua orang baru ni macam tu kan bagus." Yuna mendengus perlahan dengan wajah yang sayu.

"Tak mengapa lah." Miezza menepuk bahu gadis itu.

"Sekurang-kurangnya kamu tak pening kepala nak latih kami." Yuna hanya memandang Miezza dengan wajah simpati.

"Kami pun dulu tak pernah buat macam tu." Miezza memberitahu dengan harapan boleh menghilangkan rasa bersalah gadis itu. "Kami bergantung pada apa yang penaung ajar. Itupun kami bertuah sebab mereka tahu."

Yuna dan Tasnim tidak bersuara.

"Maaf, sebab kami tak boleh buat apa-apa." Miezza tersenyum tawar.

"Bukannya salah kamu pun." Yuna membalas.

Pada ketika itu juga, burung merpatih putih itu membelok ke arah jalan yang sedikit lengang. Mereka sudah tidak berjalan di kaki lima yang sibuk itu lagi. Perjalanan itu terasa amat jauh kerana mereka berjalan kaki. Mereka sudah tidak berbual mengenai apa-apa lagi dan hanya fokus untuk mengikut merpati itu.

Huruf II (Sequel) ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora