Other Group

2.1K 178 35
                                    

P.s::: Be careful reading this chapter. There're will be so much character appears. You will get confuse.


BAB 15 : KUMPULAN LAIN


Hisham membuka mata secara tiba-tiba pada lewat tengah malam itu lalu duduk di katilnya sambil memandang sekeliling cuba untuk membetulkan kepalanya. Terjaga seperti itu bukan satu perkara yang asing. Cuma sebabnya sentiasa berbeza. Dia berfikir seketika. Baru sebentar tadi dia merasakan ada sesuatu yang bergegar dengan bunyi bising yang sayup-sayup dapat didengar tapi entah dari mana. Dia memandang Noorizan yang masih nyenyak tidur di katil sebelah.

Dia tersentak apabila bunyi bising yang aneh itu kedengaran lagi. Walaupun sayup-sayup, ia sepertinya sesuatu yang bising. Dia cuba melihat melalui tingkapnya keluar. Dia merasakan ada sesuatu yang berlaku di luar sana. Perlahan-lahan dia menuju ke katil Noorizan dan mengejutkan lelaki itu.

"Zan... Noorizan..."

Noorizan menggerutu lalu membuka matanya perlahan-lahan. "Apa awak buat katil saya ni?"

"Bangun dulu!" Hisham menggesa.

Noorizan mendengus kuat lalu bangun serta-merta sambil menggosok kedua-dua matanya. "Ada apa?"

"Awak cuba dengar betul-betul."

Noorizan berkerut kemudian cuba mendengar jika ada apa-apa bunyi yang aneh. Agak lama mereka berdiam diri sebelum Noorizan membesarkan matanya apabila perasan akan sesuatu.

"Bunyi apa pula tu?"

"Itu yang saya tak pasti." Hisham bingkas berdiri sambil berkerut memandang ke luar tingkap. "Kita kena pergi tengok apa yang jadi sebenarnya. Benda tu macam dekat je dengan kita."

Noorizan tidak membantah. Dia bingkas bangun dan terus sahaja menyusul Hisham keluar dari bilik itu. Kelihatan Miezza dan Jyra sudah berdiri di ruang markas itu sambil berbincang mengenai sesuatu yang serius.

"Bagus lah kamu bangun." Jyra menarik nafas lega.

"Ini pasal bunyi aneh ni ke?" Hisham mengerutkan dahinya dengan mata yang dikecilkan.

"Dengan gegaran tu sekali!" Miezza menambah. "Saya dapat rasa ada satu hentakan tadi."

"Dari mana datangnya bunyi tu?" Hisham memandang sekeliling cuba memastikan sesuatu.

"Tak tahu." Miezza turut memandang sekeliling.

"Ada apa ni?"

Serentak mereka semua menoleh. Khairul menguap sambil memandang ke arah mereka. Qushairy dan Olive kini menggosok kedua-dua mata mereka. Yuna, Cska dan Lana hanya kebingungan. Bunyi seperti ngauman itu kedengaran lagi menyebabkan mereka semua memandang sekelilinga agak terkejut.

"Apa..." Hisham tidak menghabiskan kata-katanya apabila dia mendengar bunyi pekikan dan lolongan dari segenap arah.

"Saya rasa saya tahu di mana tu."

Serentak semua orang memandang Miezza.

"Ia seperti di pintu masuk bahagian Utara." Miezza memandang mereka semua silih-berganti. "Tempat kami keluar mencari bebola kristal tu."

"Jom pergi!" ujar Noorizan lalu memandang yang lain dengan wajah yang serius. "Olive... Cska..."

Kedua-dua itu hanya tercengang apabila mendengar nama mereka dipanggil tiba-tiba dalam keadaan itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now