The Things You're Not Sure

2.2K 180 35
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot... Sheronica cast is Demi Lovato.


BAB 28 : BENDA YANG BELUM PASTI


Baekhair berjalan keluar dari bilik lalu memandang sekeliling ruang markas itu sambil mengeliat panjang. Pikah, Webly dan Dayah kini sedang berbual di meja makan. Gelak tawa mereka dapat didengar dari bilik lagi kerana ia terlalu kuat. Cska pula sedang bekerja di dapur sendirian dengan wajah yang selamba tanpa mempedulikan yang lain. Kelibat keempat-empar penaung itu langsung tidak kelihatan di mana-mana termasuk penaung asal, Sheronica. Entah apa yang mereka bincangkan.

Baekhair menarik nafas panjang lalu segera berjalan dan menyertai mereka di meja makan itu. Dia memandang sekeliling sekali lagi tanpa sebab. Pelbagai perkara mula bermain di fikirannya.

"Awak ni dah kenapa?" Dayah memandang lelaki itu sambil berkerut. "Macam terlalu banyak berfikir."

Baekhair menarik nafas panjang. "Well... Pelik lah kalau saya kata tidak. Saya rasa kamu pun kan."

"Chill lah!" Pikah tersenyum sinis dengan wajah yang selamba. "Kita perlu tenangkan diri."

"Kamu tak risau ke pasal perkara ni?" Baekhair mengerutkan dahinya.

"Gila tak risau." Webly membuat muka terkejut. "Mesti lah risau. Hidup awak normal sebelum ni. Tiba-tiba ada kebolehan pelik. Lepas tu diberitahu nyawa terancam. Kita akan bertempur."

"Mula-mula tu nak lah juga membantah pasal perkara ni." Dayah menarik nafas panjang. "Siapa yang nak mati kan?? Tapi kalau empat penaung kita tu boleh hidup sampai sekarang... Kenapa kita tak boleh?"

"Cska!!"

Cska segera menoleh apabila namanya dipanggil. Dia sebenarnya sudah tidak melakukan apa-apa kerja tetapi tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Dia tidak mahu turut serta di meja itu kerana tidak mahu keadaan menjadi kekok. Dia sudah maklum bahawa dia orang paling pendiam dalam puak itu.

Baekhair memandang gadis itu dengan mata bersinarnya. "Kenapa awak kat situ? Jom, sertai kami kat sini."

Cska kelihatan teragak-agak. Mulutnya terbuka dan tertutup semula tidak tahu hendak berkata apa.

"Ya..." Pikah bersuara sambil mengukir senyuman sinis yang agak penuh makna. "Kita bergosip dulu."

Serentak Baekhair dan Webly menggelengkan kepala apabila mendengar kenyataan itu.

"Ini lah perempuan ni..." Webly mula mengomen. "Tahu nak bergosip je. Tak buat benda yang berfaedah."

"Hei!!" Dayah merenung lelaki itu tajam sambil mengetap giginya kegeraman. "Saya pun perempuan juga ni."

"Sekurang-kurangnya adalah benda yang kami buat." Pikah mengangkat bahunya. "Daripada duduk diam."

Baekhair menggolekkan bebola matanya lalu kembali memandnag Cska yang masih berdiam diri. "Mari sini! Sertai kami."

Cska masih kelihatan teragak-agak.

"Alah..." Dayah segera tersenyum sinis. "Saya tahu lah Olive tak ada kat sini. Tapi jangan lah tolak."

Kenyataan itu membuatkan wajah Cska merah padam. Dia segera menyertai mereka di meja makan apabila Baekhair, Pikah dan Webly membesarkan mata mereka ketika mendengar perkara itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now