The Guy With The Blue Eyes

2.5K 195 44
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Thomas Brodie Sangster as Izzudin. :)


BAB 35 : LELAKI BERMATA BIRU


"Ya, ya. Saya!"

Semua mereka berpandangan agak kebingungan. Tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku.

"Izz??" Farra merenung lelaki itu tajam sambil cuba memastikan perkara itu benar atau tidak.

"Ya, saya." Lelaki itu mendengus sambil menggolekkan bebola matanya agak menyampah dengan pertanyaan itu.

Farra mengelipkan matanya seketika sambil membuka mulut. "Tapi... Kenapa mata awak..."

"Oh..." lelaki itu baru teringat mengenai perkara itu kemudian segera tunduk untuk melakukan sesuatu. "Saya guna kanta lekap."

Mereka semua melihat ke arah benda kecil yang sukar untuk di lihat pada tangan lelaki itu. Yang lain pula agak teruja memandang mata biru bersinar lelaki itu kerana ia adalah kali pertama.

"Mata awak..." Dayah kini sudah ternganga dengan matanya yang tidak mampu berkelip. "Semulajadi ke?"

Izzudin hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum sinis yang sememangnya menjadi kelakuan utamanya.

"Wah..."

"Awak ni!!!" Aieyn menggenggam buku limanya erat sambil mengetap giginya kegeraman. "Main-main lagi!!"

"Maaflah." Izzudin mengangkat kedua-dua tangannya. "Awak bukannya tak kenal saya kan??"

"Kami benar-benar tertipu awak tahu tak." Farra menggerutu sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu.

Izzudin hanya tersengih lalu memandang Sheronica yang masih menjeling ke arahnya. "Nasib baik dia ni kenal."

Sheronica menggolekkan bebola matanya kemudian segera kembali ke dapur untuk bekerja.

"Jadi... Ini Izzudin?" Rizal mengecilkan matanya merenung lelaki itu cuba untuk mengecam.

Izzudin mengangkat keningnya kemudian memandang Farra, Aieyn dan Sheronica silih-berganti dengan wajah yang penuh tanda tanya. "Apa yang dah jadi ni? Kenapa saya masih hidup?"

"Kami tunggu awak datang untuk cari tahu mengenai itu." Aieyn membalas sambil mengangkat bahunya.

"Peperangan lepas..." Izzudin memandang Farra sambil mengecilkan matanya. "Macam mana..."

Kata-kata lelaki itu terhenti apabila melihat riak wajah gadis itu yang dapat difahaminya untuk mendapatkan jawapan.

"Awak guna cara yang kita bincang??"

Farra hanya mengangkat bahunya dengan wajah yang selamba. "Saya ada pilihan lain lagi ke?"

Izzudin mengangguk-angguk tanda faham. Tidak begitu terkejut dengan kesudahan peperangan lalu.

"Kenapa awak pakai kanta lekap?"

Izzudin segera memandang Noorizan yang kini memandangnya dengan wajah serius. Dia segera membesarkan matanya. "Wuoh, Noorizan... Saya hampir tak kenal awak. Saya pakai sebab saya tinggal di tempat yang normal. Semua orang asyik pandang saya dengan mata ni."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now