I Can Feels You

2.4K 206 46
                                    

BAB 29 : RASA


Noorizan berjalan beriringan bersama Hisham dan Jyra. Sudah beberapa hari mereka tidak bertemu dengan kelibat gadis yang berwajah sama dengan Aieyn itu. Entah di mana dia berada saat ini kerana dia juga tidak masuk kerja. Sepertinya dia mengelak untuk berjumpa dengan mereka.

"Tak guna!" Noorizan menggerutu hampir menghentakkan kakinya dengan kuat. "Dia benar-benar bersembunyi!!"

Jyra dan Hisham tidak berkata apa-apa. Mereka juga bersetuju mengenai hal itu. Gadis itu memang mengelak dari mereka.

"Macam mana kita nak cari dia??" Noorizan menderam lagi. Wajahnya merah padam menahan geram.

"Kita tak tahu dia tinggal di mana." Jyra memandang sekeliling tanpa sebab sambil mendengus perlahan.

"Kalau kita tahu..." Noorizan mengetap giginya. "Mesti dia akan pindah rumah. Dia benar-benar tak nak kita jumpa dia."

Jyra dan Hisham mengeluh serentak. Tidak tahu apa lagi yang hendak dibahaskan pada saat ini.

"Kita sepatutnya minta bantuan Tasnim tadi." Jyra menyatakan pendapatnya sambil mendengus perlahan.

"Kita tak tahu pula akan jadi macam ni." Hisham menarik nafas panjang lalu mengangkat bahunya.

"Habis tu apa kita nak buat sekarang??" Jyra memandang Noorizan dan Hisham silih-berganti.

Hisham hanya mengangkat bahunya sambil menuding ke arah Noorizan menggunakan mulutnya sebagai tanda lelaki itu yang harus membuat keputusan. Lelaki itu yang kelihatan bersemangat.

"Kita balik dulu." Noorizan mengeluh panjang. "Kita perlukan Tasnim untuk cari dia nanti."

Jyra dan Hisham hanya menurut. Mereka segera meneruskan perjalanan mereka untuk kembali ke markas. Keadaan kaki lima itu agak lengang kerana cuaca yang begitu. Awan gelap mula kelihatan. Ia mendung dan angin kuat turut bertiup membuatkan mereka merasa sejuk seketika.

"Nampaknya tak lama lagi hujan." Jyra memandang ke langit apabila mendengar bunyi guruh yang berdentum kuat.

Kedua-dua lelaki itu turut mendongak tidak berkata apa-apa. Mereka hanya meneruskan perjalanan sehingga Hisham merasakan ada sesuatu yang bergegar dalam dirinya. Dia segera berhenti berjalan.

"Hisham..." Noorizan memandang lelaki itu agak pelik. Jyra turut berhenti berjalan dan memandang ke arahnya.

Hisham tidak membalas sebaliknya berfikir sendirian. Dia cuba memastikan dari mana datangnya gegaran itu. Dia benar-benar merasainya. Sesuatu seperti kejutan elektrik kini bergetar dalam tubuhnya. Tidak semena-mena dia tersentak. Dia kenal benar perasaan ini. Dia masih lagi ingat.

"Farra??"

Jyra dan Noorizan tersentak apabila mendengar nama itu terpacul keluar dari mulut Hisham. Lelaki itu kini sudah membesarkan matanya sambil memandang sekeliling untuk mencari sesuatu.

"Hisham??" Jyra memanggil lelaki itu cuba untuk memastikan keadaannya. "Kenapa ni??"

"Kuasanya..." Hisham menjawab tanpa memandang wajah gadis itu. Matanya masih memandang sekeliling. "Saya dapat rasa kuasanya."

Noorizan memandang sekeliling tanpa tujuan agak kebingungan. Dia sudah mula berkerut. "Kuasa siapa?"

"Kuasa Farra!"

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now