Come Back Home

2.5K 214 64
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Tasnim's cast. (Amanda Seyfried)


BAB 26 : KEPULANGAN


Hisham, Noorizan dan Jyra menanti dengan tidak sabar di ruang markas itu. Pelbagai perkara bermain di minda mereka saat ini. Pesanan yang Miezza hantar sejam yang lalu membuatkan mereka benar-benar dalam keadaan terkejut tetapi tidak membincangkan perkara itu. Mereka hanya menunggu sehingga mereka melihat di hadapan mata mereka sendiri.

Kawan-kawan mereka yang lain turut berada di situ. Tidak berani bertanya atau membuka mulut walaupun banyak soalan yang ada di fikiran mereka. Keadaan itu terlalu tegang bagi mereka untuk bersuara walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku pada saat ini.

Geseran pintu batu utama kedengaran menyebabkan semua orang membetulkan kedudukan. Tasnim dan Yuna muncul dengan wajah yang letih. Ini adalah kali pertama mereka keluar sehingga malam. Yuna segera duduk di sebelah Qushairy sambil tersenyum manis. Tasnim pula terus meluru ke dapur untuk mencari air.

Miezza memandang Noorizan, Hisham dan Jyra silih-berganti sekali imbas lalu memandang pasangan kekasih yang masih berdiri agak kekok dan takut di belakangnya. Geoffry memegang erat tangan Sherene.

"Memang serupa." Hisham tersengih lalu menggelengkan kepalanya seketika sebelum tunduk sambil memejamkan matanya. Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri bahawa itu adalah orang lain.

Noorizan langsung tidak mengalihkan pandangannya. Dia hanya merenung Sherene terus-menerus seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jyra pula menggigit bibirnya cuba untuk menahan dirinya daripada menangis.

"Ini Geoffry." Miezza bersuara perlahan setelah keadaan menjadi sunyi beberapa minit. "Dia berkuasa pembeku. Yang itu..." Miezza berhenti seketika sebelum meneruskan. "Sherene."

"Apa kuasanya?" Tanya Baekhair.

Miezza mengangkat bahunya. "Saya tak pasti."

"Apa maksud awak??" Tanya Rizal pula.

"Dia cakap dia tak ada kuasa..." Miezza memandang Sherene yang masih lagi dalam ketakutan. "Tapi dia ada parut sama macam kita."

Kenyataan itu membuatkan semua orang berpandangan agak bingung. Hisham, Noorizan dan Jyra hanya berkerut.

"Saya rasa..." Miezza memandang penaung yang lain. "Saya rasa kuasanya sama macam Sheronica."

Sekali lagi semua orang tersentak termasuk ketiga-tiga penaung itu.

"Mungkin dia tak pernah terguna lagi kuasanya." Miezza cuba memberi penerangan. "Sebab tu dia tak tahu."

Noorizan menarik nafas panjang lalu berjalan menuju ke arah Cska yang kebingungan. Semua orang turut merasa hairan dengan tindakan lelaki itu. Noorizan segera menarik tangan Cska membuatkan Lana hampir terbatuk di tempat duduknya. Dia membawa gadis pendiam itu mendekati Sherene yang masih ketakutan.

"Sembuhkan dia." Noorizan mengangkat lengan Cska yang berbalut akibat tercedera semasa latihan petang tadi.

"A... Apa?" Sherene kebingungan.

"Cuba sembuhkan dia." Ujar Noorizan tenang.

"Tapi..." Sherene memandang Geoffry sekali imbas tanpa sebab. "Saya tak tahu. Kamu ada alat perubatan tak?"

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now