Another Attack

2.1K 170 21
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Emma. (Selena Gomez)


BAB 20 : SERANGAN LAGI


Hisham berjalan menyusuri hutan-hutan di markas itu. Melihat kesegaran tumbuhan yang tumbuh mekar di sekelilingnya. Dia masih ingat lagi pada saat dia mengekori Farra secara curi-curi suatu ketika dahulu. Bagaimana gadis itu boleh tahu orang itu adalah dia. Hisham tersengih seketika. Tidak menyangka bahawa pengakhirannya seperti ini. Tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan gadis itu akan menjadi lebih singkat.

Langkah Hisham terhenti apabila dia ternampak satu kelibat. Rizal kini sedang berdiri seorang diri di tengah-tengah kawasan latihan itu. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Pasir kini hampir menyeliputi kasutnya. Hisham berkerut seketika sebelum berjalan perlahan-ahan mendekati lelaki itu.

"Rizal..."

Lelaki dengan rambut ikal itu menoleh pantas. Lesung pipitnya yang dalam benar-benar mengingatkan Hisham pada seseorang.

"Hisham..."

"Buat apa kat sini?" Hisham mengerutkan dahinya sedikit ketika memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek seluarnya.

Rizal menarik nafas panjang lalu memandang sekeliling. "Tak ada apa-apa. Cuma berfikir."

"Berfikir??" Ulang Hisham. "Pasal apa?"

Rizal berdiam diri seketika. "Pasal kehidupan."

Hisham tergelak kecil mendengar jawapan itu. "Perkara tu adalah perkara biasa sebagai Huruf yang baru."

Rizal memandang Hisham sambil mengecilkan matanya akibat angin yang bertiup. "Pernah tak awak rasa menyesal?"

Hisham berfikir seketika. "Saya tak pernah rasa macam tu. Sebab kehidupan saya pun tak lah normal sangat."

Rizal berkerut hampir membuka mulut untuk bertanya bagaimanapun segera berdiam diri.

"Tapi Noorizan dan Miezza..." Hisham memandang Rizal. "Dapat juga mereka tamatkan pelajaran mereka."

Rizal mengangguk lalu memandang ke bawah seketika. "Macam mana dengan kehidupan peribadi?? Maksud saya awak mungkin ada suka seseorang sebelum ni dan awak kena lupakan semua tu."

Hisham tersenyum. "Saya rasa awak mesti tahu saya mula rasa macam tu setelah menjadi puak Huruf."

"Ah..." Rizal baru teringat mengenai apa yang Miezza dan Jyra ceritakan pada mereka sebelum ini.

"Tapi saya pernah dengar sejarah puak Huruf sebelum-sebelum ni..." Hisham menyambung lagi. "Tak semua puak Huruf kahwin dengan puak Huruf juga. Ada yang kahwin dengan orang biasa."

Rizal membesarkan matanya memandang Hisham. "Serius?? Maksudnya kita boleh kahwin dengan orang biasa juga??"

Hisham mengangguk perlahan. "Malah mereka boleh tinggal di sini. Yang penting mereka benar-benar boleh dipercayai."

Rizal segera menarik nafas lega.

"Kenapa??" Hisham mengangkat keningnya. "Dah ada calon ke??"

Wajah Rizal mula merah padam. "Bukan macam tu. Saya belum buat apa-apa tindakan lagi. Tapi saya dah perhatikan dia agak lama..."

Hisham membesarkan matanya.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now