Old Friend

2.1K 187 29
                                    

BAB 9 : KAWAN LAMA


Cska duduk di kerusi sambil tunduk ke bawah memandang ribanya. Jari-jemarinya dimain erat jelas menunjukkan apa yang dirasainya. Dia tidak berani untuk mengangkat mukanya. Tidak mampu untuk memandang setiap orang yang ada di situ terutama Noorizan, Hisham dan Olive yang hampir mati olehnya. Qushairy pula duduk lemah di sebelah Yuna yang memegang tangannya erat. Mujur dia tidak begitu teruk walaupun dia muntah darah dengan banyak.

Noorizan kini sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Mata tajamnya merenung orang yang ada di situ satu-persatu. Hisham pula hanya duduk tenang di suatu sudut. Menggigit bibirnya sambil berfikir tentang apa yang bakal dia cakapkan nanti. Olive hanya duduk kebingungan di sebelah Jyra yang hanya menunggu untuk yang lain bertindak terlebih dahulu. Miezza pula duduk di kaunter dapur tempat Izzudin selalu duduk jika dia mengganggu Sheronica bekerja. Gadis itu kini duduk di hadapan komputer ribanya. Sesekali dia akan memandang setiap orang yang ada di situ untuk memastikan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

"Okey..." Hisham menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian dan ketegangan itu. Dia menarik nafas panjang ketika membetulkan kedudukannya. "Saya rasa kita perlu mulakan perbincangan ni."

Hampir semua mereka membetulkan kedudukan masing-masing. Bersedia untuk mendengar.

"Qushairy..."

Qushairy segera memandang Hisham dengan matanya yang masih kelihatan lemah. Dia sudah tidak aktif seperti sebelumnya. Terlalu banyak tenaganya hilang dari badannya membuatkan dia menjadi seperti itu.

"Apa yang berlaku pada awak kelmarin?" Tanya Hisham sambil mengecilkan matanya.

Qushairy berdehem kemudian mula berfikir. "Sebenarnya... Saya bercerita dengan Olive."

Olive mengangguk bersetuju mengenai itu.

"Kami berbual macam biasa je..." Qushairy berfikir lagi. Cuba mengingat setiap perkara yang dilaluinya. "Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang sakit di dada seolah-olah ia mencengkam paru-paru saya dengan kuat."

Mulut Olive kini ternganga sambil matanya terbuka luas. Yuna hanya mengusap lembut belakang teman lelakinya itu. Cska masih lagi tunduk tidak bergerak. Dia seperti sesat dalam dunianya sendiri. Miezza hanya duduk tidak berganjak. Begitu juga dengan Hisham, Jyra dan Noorizan.

"Saya rasa apa sahaja yang ada dalam badan saya masa tu seperti memakan setiap inci di dalamnya..." Qushairy menyambung dengan wajah yang ketakutan mengingatkan apa yang dia alami. "Saya rasa benar-benar nak muntahkan semuanya. Buat seketika, saya ingatkan saya akan muntahkan semua usus dan organ dalam badan saya. Saya sedikit... Lega yang ia hanya darah."

"Awak ada penyakit ke??" Jyra mengerutkan dahinya. Tidak tahu hendak meneka apa mengenai itu.

Qushairy menggelengkan kepalanya. "Saya tak ada penyakit. Malah, saya jarang kena sakit."

"Habis tu??" Jyra mengangkat keningnya. "Ada sesuatu yang awak makan ke atau apa..."

"Tak." Qushairy memintas. "Tak ada apa-apa. Saya yakin benda tu tiba-tiba terjadi tanpa sebab."

Serentak Hisham, Noorizan dan Jyra berpandangan. Miezza hanya duduk diam sambil berfikir.

"Saya tak tahu apa yang jadi..." Qushairy menarik nafas panjang. "Tapi ia benar-benar berlaku secara tiba-tiba."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now