What Happen?

2K 173 15
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot. Anna Kendrick as Jyra's cast. 


BAB 8 : APA YANG JADI?


Ambil masa selama berjam-jam untuk Noorizan menenangkan dirinya. Tiada siapa tahu ke mana dia seharian di kawasan markas itu. Hanya Hisham yang bergerak untuk pergi mencarinya apabila timbul rasa risau. Mereka berbincang agak lama dan Noorizan menerima hakikat bahawa gadis itu bukan Aieyn walaupun masih ada keraguan di hatinya. Entah kenapa, dia benar-benar berharap gadis itu benar-benar Aieyn. Dia tidak menyertai makan malam dan hanya kembali ketika hendak tidur.

Keadaan pada pagi itu agak tegang dari biasanya. Miezza keluar bersama Yuna dan Jyra untuk misi mencari. Qushairy dan Olive pula sedang duduk berbual di sebuah kerusi, manakala Cska duduk menyendiri sambil bermain-main dengan bunga yang dipetiknya entah dari mana di kawasan markas itu. Gadis itu masih lagi tidak begitu terbuka. Dia tidak begitu ramah dengan semua orang dan hanya bercakap bila perlu sahaja. Hisham pula duduk sambil cuba meneliti buku usang itu.

Noorizan keluar dari biliknya sambil mengeliat panjang. Berusaha untuk tidak mengenangkan apa yang berlaku kelmarin di antara mereka semua walaupun ia sememangnya sukar. Dia hanya berjalan malas menyertai Hisham yang sudah memandangnya sambil tersenyum manis.

"Selamat pagi."

"Selamat pagi." Balas Noorizan dengan nada mengantuk dan agak lemah jelas menunjukkan dia kurang tidur.

"Sarapan lah." Ujar Hisham.

Noorizan tidak membantah. Dia segera mencapai roti bakar yang terletak di atas meja lalu menggigitnya.

"Saya bukan nak cakap apa, tapi..." Hisham merenung lelaki itu tajam dengan iringan dengusan yang kuat. "Awak dengan Jyra ni sama je. Tak nak gosok gigi dulu sebelum makan."

Noorizan menggerutu sambil menggolekkan bebola matanya. "Awak sepatutnya jadi mak saya."

"Awak patut bersyukur awak rasa macam tu." Hisham membalas turut menggolekkan bebola matanya.

Noorizan mendengus perlahan kemudian memandang sekeliling. "Siapa yang keluar hari ni??"

Hisham memandang sekeliling tanpa sebab. "Miezza dengan Jyra. Mereka bawa Yuna sekali."

Noorizan mengangguk-angguk. "Bagus lah tu. Tak juga mereka terperap je kat tempat ni."

Hisham turut mengangguk bersetuju.

"Setakat ni belum ada rantai yang terhapus kan??" Noorizan mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

Hisham menggelengkan kepalanya. "Saya baru periksa kotak tu. Masih lengkap lagi semuanya."

Noorizan segera mengerutkan dahinya. "Pelik. Kenapa rantai tu tak berkurangan?? Maksud saya... Boleh dikatakan kita sekarang ni dah terlambat dalam misi pencarian ni. Sepatutnya ada banyak yang dah hilang. Kalau dulu... Dua sekaligus terhapus. Kenapa tak pula kali ni?"

"Mungkin mereka tak diserang atau dijumpa oleh musuh?" Hisham mengangkat bahunya.

"Itu lagi pelik." Noorizan bersuara lagi. "Nampak macam tak ada musuh yang muncul. Awak yakin ke semua dah bermula?"

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now