Test I

2.3K 204 29
                                    

BAB 36 : UJIAN (BAHAGIAN I)


Semua orang kini berkumpul di kawasan latihan itu dengan wajah yang penuh bersemangat. Cuaca pada petang itu agak berangin dan menyenangkan membuatkan mereka lebih selesa untuk melakukan aktiviti yang agak lasak. Ia akan memudahkan mereka untuk tidak cepat penat dan mengalah.

Zamir dan Rizal kini berdiri di situ sambil berpeluk tubuh dan mengecilkan mata mereka bersama Emma, Lana, Baekhair, Dayah, Xiao Wei dan Vince. Mereka hanya menunggu arahan yang bakal diberikan dengan tenang. Khairul berdiri tegak sambil tersenyum sinis. Dia masih ingat betapa banyak soalan yang dilemparkan oleh Farra dan Aieyn bertubi-tubi kepadanya sehingga kini. Mereka masih tidak percaya bahawa lelaki itu sudah menjadi salah seorang daripada mereka.

Olive, Qushairy, Yuna, Cska, Pikah, Webly dan Tasnim berdiri di belakang lelaki berlesung pipit itu dalam kedudukan yang hampir sama. Mereka turut menunggu dengan tenang arahan yang diberikan. Mereka kini penuh dengan semangat yang berkobar-kobar untuk hari itu.

Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra berdiri di hadapan mereka. Agak kekok untuk mereka memberi arahan memandangkan penaung lama sudah muncul kembali. Terasa seperti jawatan itu sudah beralih daripada mereka. Apa yang pelik, mereka lebih gembira berbanding kecewa.

Sheronica kini sudah duduk di suatu tempat berdekatan. Dia tahu dia tidak akan ikut apa-apa aktiviti pada hari itu. Farra dan Aieyn kini hanya memandang setiap orang sambil cuba menyusun strategi untuk melatih mereka menggunakan semua kuasa yang mereka ada saat ini.

"Pergi berdiri di tengah."

Semua orang menurut. Tidak menyoal atau memberi sebarang reaksi pada arahan Aieyn. Farra tersengih sedikit. Arahan yang keluar daripada mulut Aieyn masih membuatkan mereka takut dan menurut.

"Saya rasa kamu semua dah berlatih sebelum ni kan?" Aieyn bertanya tanpa mengharapkan apa-apa jawapan.

Semua orang di situ hanya mengangguk-angguk. Ada yang masih kelihatan teragak-agak dan ada yang yakin.

"Jadi sekarang kamu cuma perlu diuji."

"Diuji??" Hampir semua mereka mengulang serentak sambil berpandangan sesama sendiri.

Aieyn mengangguk-angguk. "Ini adalah ujian untuk kamu. Oleh kerana kamu sudah selesai dilatih."

Tiada sesiapa yang bersuara. Masing-masing kini berdebat dengan diri mereka untuk bertanya pelbagai soalan.

"Macam mana kami diuji?" Khairul bertanya. Dia sedikit berani berbanding yang lain kerana dia sudah pernah bertemu dengan gadis itu sebelum ini.

Aieyn memandang Farra sekali imbas. Kemudian beralih memandang Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra yang juga sudah faham dan bersedia.

"Kamu akan berlawan dengan kami."

Kenyataan itu membuatkan semua orang terkejut lalu berpandangan tidak percaya. Mata mereka terbuka luas dengan mulut ternganga. Berharap bahawa gadis berambut perang semulajadi itu sedang bergurau.

"Awak bergurau kan??" Tasnim mengelip-ngelipkan matanya.

"Nampak macam saya tengah bergurau ke?" Aieyn mengangkat sebelah keningnya dengan wajah yang selamba.

"Awak dah gila ke??" Vince ternganga. "Kamu tu berpuluh kali lebih hebat daripada kami."

"Sebab tu kamu kena lawan kami." Aieyn mengangkat bahunya selamba.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now