Thankful

2.3K 168 48
                                    

BAB 47 : SYUKUR


"Awak rasa kita akan okey?"

Qushairy segera berhenti memetik bunga-bungaan yang berada di sekeliling mereka. Dia memandang ke arah Yuna yang kini sudah memandangnya dengan mata yang menyimpan pelbagai emosi. Emosi yang sepertinya dapat difahami hanya dengan pandangan mata seperti itu.

"Apa maksud awak?"

"Pasal puak ni..." Yuna menelan air liurnya dengan wajah yang penuh kerisauan. Airmatanya mula bergenang tanpa dia sedari perkara itu. "Pasal apa yang akan kita hadapi. Berperang."

"Yuna..." Qushairy cuba mengukir senyuman manis. "Kita akan baik-baik sahaja. Jangan risau."

"Saya nampak apa yang mereka boleh buat, Que." Yuna menggigit bibirnya. Airmatanya akan mengalir pada bila-bila masa sahaja. "Witchdigo. Mereka sangat berbahaya."

Qushairy tidak membalas. Perkara itu sememangnya benar. Tiada siapa boleh menafikannya.

"Awak tahu..." kali ini, air mata gadis berwajah manis itu sudah mengalir. Dia tidak dapat menahan perasaannya. "Saya benar-benar gembira. Bila mengetahui kita lari dari rumah kebajikan tu... Dan akan hidup bersama."

Qushairy tunduk seketika. Tidak sanggup melihat wajah gadis kesayangannya itu dalam keadaan sedih.

"Saya tak menyesal." Yuna cuba untuk tersenyum walaupun gagal. "Saya tahu saya akan gembira."

"Tapi??" Qushairy mengangkat keningnya. Dia tahu akan ada perkataan itu wujud selepas ini.

"Saya takut." Yuna menangis lagi.

"Hei..." Qushairy segera meletakkan bakul yang berisi bunga itu di atas rumput lalu berjalan mendekati Yuna. Dia mengesat air mata gadis itu perlahan-lahan. "Semua akan baik-baik sahaja."

"Dah ada yang mati sebelum ni, Que." Yuna bersuara serak. Berusaha sedaya-upaya agar tidak kedengaran terdesak. "Malah, orang-orang hebat... Farra, Izz, Aieyn, Sheron... Semuanya pernah mati."

"Tapi lawan kita kali ni berbeza." Qushairy masih lagi cuba memujuk gadis itu. Berharap dia akan dapat menenangkannya. "Lawan mereka dulu memang memburu dari mula lagi."

"Tapi tetap ada bahayanya."

"Yuna..."

Yuna segera memandang tepat ke mata lelaki itu. Serta-merta cair pada mata yang membuatkan dia jatuh cinta sebelum ini.

"Awak kena yakin." Qushairy bersuara lembut. "Kali ini kita lengkap. Ramai orang yang kuat berada dengan kita. Awak kena percaya pada puak ni dan kita pasti akan menang tanpa ada yang mati."

Yuna tidak membalas. Dia berusaha memujuk dirinya sendiri. Cuba meyakinkan fikiran dan hatinya.

"Lepas semuanya selesai..." Qushairy bersuara lagi. "Keadaan akan jadi seperti sediakala."

Yuna mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya. Dia cuba melegakan perasaannya. Qushairy tersenyum puas lalu kembali mencapai bakul yang diletakkannya sebentar tadi.

"Lepas tu nanti..." Yuna bermain dengan jari-jemarinya sambil mata kecilnya menyoroti setiap pergerakan Qushairy. Dia mengigit bibirnya seketika. "Awak akan lamar saya ke?"

Qushairy segera memandang gadis itu lalu ketawa sedikit. "Mestilah! Itu perkara yang saya nak buat dari dulu lagi."

Yuna tersenyum sendiri kemudian duduk di atas rumput itu dengan wajah yang bahagia.

Huruf II (Sequel) ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz