Purple

2K 175 22
                                    

BAB 40 : UNGU


"Jauh lagi ke?" Tanya Baekhair yang kelihatan sudah letih akibat berjalan tanpa henti sejak berlepas tadi. Nafasnya kini bekerja semakin laju membuatkan tenaganya kurang saat ini.

Jyra ketawa memandang lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya. Dia teringat kumpulannya suatu ketika dahulu. Baekhair kini mengambil peranannya. Dia sentiasa merungut sambil menebas-nebas rumput dan lalang yang ada di sekelilingnya sepanjang perjalanan. Dia segera teringat apa rakan seperjuangannya pernah cakapkan padanya suatu ketika dulu.

"Awak tahu tak..." Jyra tersengih apabila mengingat ayat itu yang seolah-olah masih segar diingatan. "Noorizan pasti akan mengamuk kalau dia tengok apa yang awak buat dengan tumbuhan ni."

Baekhair ternganga lalu melepaskan kayu yang dipegangnya sambil memandang sekeliling agak risau jika Noorizan benar-benar ada di situ. Geoffry pula hanya tersengih melihat gelagat lelaki itu.

"Jangan beritahu dia!"

Jyra segera ketawa sambil berhenti berjalan dan memandang sekeliling. "Kita berehat kat sini dulu."

Baekhair menarik nafas lega kemudian segea duduk bersandar berdekatan sebuah pokok. Geoffry turut menyertainya, manakala Jyra duduk di atas satu batang yang tumbang di situ.

"Jauh lagi ke?" Geoffry bertanya agak tenang. Dia masih kelihatan bertenaga walaupun peluhnya jelas kelihatan.

Jyra memandang sekeliling. "Sebenarnya tak lah sangat kot. Kita tak perlu bermalam pun."

Baekhair kelihatan terkejut sambil membesarkan matanya. "Kita kena bermalam ke kat luar ni?"

Jyra tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya sambil membetulkan beg sandangnya. "Dulu kami bermalam. Sebab kami hanya berpandukan pada peta dan masih tercari-cari. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab dah tahu jalan. Kita boleh balik hari ni juga. Taklah menyusahkan sangat."

Serentak Baekhair dan Geoffry menarik nafas lega. Tidak pasti apa akan terjadi jika perkara itu berlaku.

"Awak dulu sekumpulan dengan siapa?" Baekhair memandang Jyra sambil bermain dengan ranting di tangannya.

Jyra menarik nafas panjang. Dia masih ingat dengan jelas siapa ahli kumpulannya saat itu. Danish dan Rusdi. Itulah kali terakhir dia melihat Rusdi sebagai puak Huruf. "Kedua-duanya dah tak ada."

"Ah..." serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk tidak bertanya dengan lebih lanjut lagi. Mereka dapat merasakan bahawa ia akan menjadi semakin sensitif jika terus dibincangkan.

"So... Geoffry..."

Geoffry segera berpaling memandang Jyra sambil mengangkat sebelah keningnya. Baekhair turut memandang gadis itu ingin mendengar apa yang akan dicakapkannya pada lelaki itu.

"Gee huh?"

Geoffry mengelip-ngelipkan mata seketika kemudian segera teringat bahawa itu adalah panggilan manja yang diberikan oleh Sheronica untuknya. Serta-merta dia ketawa tanpa sebab.

"Well..." Jyra tersenyum sinis memandang lelaki itu seolah-olah sedang merancang sesuatu yang jahat. "Awak dengan Sheronica..."

Geoffry hanya mengangkat bahunya sambil tunduk menahan wajah yang merah padam dengan senyuman. "Saya pun tak tahu saya bersama dengan salah seorang yang amat penting dalam puak ni."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now