Confess

2.4K 201 56
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot, Claire Holt is Aieyn's cast.


BAB 31 : LUAH


Aieyn berdiri di atas batu besar itu sambil memandang ombak yang memukul di bawahnya. Kepalanya masih dirasakan berdenyut-denyut cuba memproses ingatannya selama dia hidup di muka bumi ini. Bermula dari dia lahir, dengan kejadian yang menimpa puak mereka suatu ketika dahulu, ketika mereka menjadi penaung selepas semuanya hancur di depan mata dan sehingga kini dia kembali ke situ. Terlalu banyak persoalan yang kini berlegar-legar di dalam fikirannya.

Bagaimana mereka masih hidup? Sedangkan dia masih ingat dengan jelas bagaimana dia mati di tangan Rusdi. Orang yang benar-benar mengecewakannya suatu masa dahulu. Dia masih ingat bila kali terakhir nafasnya terhenti. Dan kini dia masih hidup. Ini membuatkan banyak benda yang pelik berlaku. Mereka masih belum menjumpai sebab mereka masih hidup.

Bercakap pasal Rusdi. Dia masih ingat lagi bagaimana dia terjun bersama lelaki itu ke dalam laut yang amat luas ini. Bagaimana dia berusaha untuk membuat dia sendiri berbaik-baik dengan air. Tapi semuanya terbukti tepat seperti apa yang mereka ramalkan sebelum ini. Lelaki itu berpaling dan membunuhnya pada pengakhiran mereka. Apa yang penting baginya, dia dapat membunuh perempuan itu. Ibu kandungnya sendiri. Atau dia berharap begitulah pengakhiran yang diinginkannya.

"Aieyn..."

Aieyn tersentak dari lamunannya. Dia segera menoleh pantas. Noorizan sedang berdiri memandangnya dengan wajah serius sambil cuba mengecilkan matanya menahan kesilauan cahaya bumi. Baru kini dia perasan mengenai lelaki itu. Dia benar-benar berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih matang dan segak berbanding dulu. Dia masih ingat lagi bagaimana lelaki itu berusaha menenangkannya saat dia tahu bahawa Rusdi ditangkap. Bagaimana dia dan Noorizan mengalahkan naga semasa berada dalam kumpulan untuk mencari bebola kristal.

"Noorizan..." Aieyn kembali memandang ke hadapan diiringi dengan tarikan nafas yang panjang. Bukan kerana tidak mahu memandang lelaki itu. Tapi kerana agak letih menoleh ke belakang.

Noorizan tersengih apabila perasaan bahawa cara dia dan gadis itu berdiri kini sama. Kedua-dua tangan mereka dimasukkan ke dalam kocek seluar yang dipakai. Dia langsung tidak tahu kenapa boleh menjadi seperti itu. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati gadis itu sambil memandang sekeliling.

"Menikmati pemandangan?"

Aieyn menarik nafas panjang tanpa memandang wajah lelaki itu. Dia memandang sekeliling dengan senyuman kecil yang terukir di bibirnya. "Merasainya setelah empat tahun lamanya."

Noorizan mengangguk-angguk juga tidak memandang gadis itu. Dia hanya memandang sekeliling tanpa tujuan. Berasa sedikit kekok untuk memulakan apa-apa perbualan selepas semuanya.

"Awak masih ada masalah dengan air?"

Aieyn tersengih mendengar soalan itu. "Mengingatkan bahawa saya pernah mati sekali... Sebab air. Saya tak rasa saya tak ada masalah."

Noorizan turut tersengih.

"Farra beritahu saya apa yang jadi..." Aieyn masih tidak memandang wajah lelaki itu apabila mengingatkan perbualannya bersama Farra malam semalam. Mereka berbual panjang. "Selepas saya mati..."

Noorizan tersentak mendengar kenyataan itu. Dia tahu apa yang gadis itu cuba cakapkan. Ia mengenai dirinya sendiri. Bagaimana kehilangan Aieyn memberi impak yang besar pada dirinya. Bagaimana semuanya menjadi kucar-kacir selepas itu. Terutama pada dirinya sendiri.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now