The Power Of Light & Vision

1.9K 177 41
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Dayah's cast. (Lily Collins)


BAB 22 : KUASA CAHAYA & VISI


Hisham membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berpinar-pinar saat itu. Hampir saja dia tidak dapat membuka matanya. Sepertinya ia telah diletakkan benda berat agar sentiasa tertutup. Dia tidak tahu di mana dia berada. Keadaan agak gelap tidak pasti sama ada itu hanya pandangannya atau bukan. Dia dapat menghidu bau yang tidak menyenangkan masuk ke dalam hidungnya.

"Hisham... Hisham..."

Hisham berkerut seketika apabila terdengar namanya disebut. Dia berusaha untuk membuatkan matanya kekal terbuka dengan mengelipkan beberapa kali. Dia memandang sekeliling dan terhenti pada kelibat yang berdiri di hadapannya. Cska memandangnya dengan mata bulat bersinar. Dia hampir tidak dapat mengecam gadis itu kerana riak mukanya agak lain pada kali ini.

"Cs... Cska..." Hisham segera duduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit tanpa diketahui sebabnya.

"Awak okey, Hisham?"

Hisham mengangkat mukanya. Vince memandangnya agak risau dengan dahi yang berkerut.

"Vince..."

Vince hanya mengangguk-angguk juga dengan wajah yang kelihatan lain dari yang lain.

"Apa yang dah berlaku?" Hisham memandang sekeliling.

Baru lah dia perasan kenapa keadaan sekeliling amat gelap. Mereka kini berada di suatu tempat dipenuhi dengan batu-batu. Ia seperti sebuah gua. Bau hanyir dan busuk kuat menusuk ke hidung.

"Tempat apa ni??" Hisham mengerutkan dahinya. "Macam mana kita boleh ada kat sini?? Apa dah berlaku?"

"Bertenang lah..."

Hisham menoleh lagi apabila terdengar suara dari belakangnya. Dua orang yang agak asing memandangnya agak tenang. Seorang gadis berambut pendek dengan wajah selamba mengangkat sebelah keningnya untuk memastikan bagaimana keadaan Hisham. Gadis itu hampir mengingatkannya pada Lily yang sebelum ini pernah menjadi puak Huruf. Gaya mereka agak sama. Di sebelahnya pula, seorang lelaki bermata sepet memandangnya agak risau.

"Siapa kamu?" Hisham mengecilkan matanya merenung kedua-dua orang itu cuba untuk mengenalpasti.

"Saya Webly." Lelaki itu bersuara sopan lalu memandang ke arah gadis berambut pendek itu sekali imbas. "Ini Pikah."

"Di mana ni??" Hisham memandang sekeliling setelah memastikan mereka adalah orang asing.

"Well..." Pikah mengangkat bahunya. "Untuk menjawab dari segi kertas peperiksaan.. Kita berada di bawah tanah."

"Ada dari segi lain ke?" Hisham mengangkat keningnya.

"Dari segi lainnya..." Pikah menarik nafas panjang. "Kita sekarang berada di tempat kurungan."

"Kurungan??" Ulang Hisham.

Serentak Pikah dan Webly mengangguk-angguk. Hisham masih lagi kebingungan lalu memandang Cska dan Vince yang hanya duduk diam tidak tahu hendak berkata apa dalam situasi itu.

"Memandangkan kamu semua dibawa ke sini..." Pikah berpeluk tubuh. "Mesti kamu semua ada kuasa kan?"

Serentak Hisham, Vince dan Cska tersentak lalu membesarkan mata mereka memandang kedua-dua orang itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now