The Last Four Leaders

2.2K 186 25
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Lana (Huruf L)'s cast is Taylor Swift. 


BAB 13 : PENAUNG YANG LEPAS


Noorizan melangkah masuk ke dalam markas itu dengan wajah yang suram. Qushairy hanya menyusul dengan wajah yang bersinar-sinar kerana dia terhidu masakan Yuna di dapur. Dia terus sahaja meluru masuk ke dapur tanpa mempedulikan apa-apa. Jyra pula berjalan bersama Lana yang kini ternganga memandang tempat itu bagaimanapun cuba disembunyikan. Mereka sudah menerangkan semuanya kepada gadis itu mengenai markas dan segala-gala yang mereka tahu mengenai Huruf.

"Kamu jumpa?" Miezza mengangkat keningnya dari meja makan itu sambil memandang Lana.

Noorizan segera masuk ke dalam biliknya tanpa sepatah kata atau menjawab apa-apa soalan. Hisham memandang lelaki itu seketika kemudian memandang Jyra agak pelik sambil cuba menggunakan bahasa isyarat mata dan kening untuk bertanya apa yang telah berlaku. Olive dan Cska yang duduk di meja makan itu hanya memandang teruja ke arah Lana. Ahli mereka bertambah adalah satu perkara yang baik dan amat mengujakan. Khairul dan Yuna pula sibuk bekerja di dapur dengan gembiranya ketika Qushairy menyertai mereka. Senyuman gadis itu terus sahaja bersinar.

"Kenapa dengan Noorizan?" Tanya Hisham ketika Jyra menyertai mereka di meja makan.

"Terlibat dalam sedikit pergelutan." Jyra mengangkat bahunya cuba menahan diri daripada ketawa.

Miezza dan Hisham segera tersengih walaupun belum tahu apa sebenarnya yang terjadi. Mereka faham apa yang Jyra maksudkan dengan 'pergelutan' jika melibatkan Noorizan. Bukannya pertama kali mereka melihat pergelutan dalam misi pencarian seperti itu. Sudah banyak kali.

"So..." Olive memandang Lana yang masih lagi berdiri agak kekok. "Siapa nama awak?"

"Lana."

Olive mengangguk-angguk. Tidak begitu menyangka akan dibalas dengan sepatah perkataan. "Huruf L."

"Saya Khairul." Khairul melambai dari dapur. "Ini Yuna."

"Hai." Yuna hanya melemparkan senyuman manis.

"Saya Olive." Olive bersuara lagi. "Ini Cska. Yang itu adalah Miezza dan yang satu lagi Hisham."

Lana hanya mengangguk-angguk.

"Apa kuasanya?" Miezza memandang Jyra.

Jyra mengangkat bahunya sambil memandang Lana agak berkerut. "Saya cuma tahu dia boleh lukakan orang."

"Saya boleh keluarkan benda tajam dari tangan saya." Lana segera menjawab untuk dirinya.

"Benda tajam??" Ulang Hisham sambil berkerut dan mengecilkan matanya merenung gadis itu.

Lana mengangguk-angguk.

"Apa sahaja benda??" Hisham bertanya lagi.

"Apa sahaja benda tajam." Lana membetulkan sambil mengangguk. "Pisau, jarum, pedang dan macam-macam lagi."

"Wuoh." Hisham kelihatan teruja.

"Tak hairan lah awak boleh lukakan lengan saya."

Serentak semua orang menoleh. Kelihatan Noorizan berjalan keluar dari biliknya dengan memakai baju tanpa lengan menampakkan kulitnya yang putih melepak. Balutan ketara di situ. Ototnya juga kelihatan sedikit menyebabkan Cska mengalihkan pandangannya dengan wajah yang merah padam entah kenapa. Lana tergamam memandang lelaki itu. Yuna pula ternganga menyebabkan Qushairy merenungnya tajam. Memberi amaran awal-awal sebelum apa-apa terjadi.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now