All About Powers

2.5K 191 26
                                    

BAB 32 : PASAL KUASA


Farra dan Aieyn berdiri bersebelahan sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang serius. Sheronica masih bekerja di dapur seperti biasa dengan bantuan Cska dan Geoffry, yang kini sudah boleh menerima keadaan itu. Kawan-kawan mereka yang lain semua berada di situ. Duduk mengelilingi tempat itu dengan wajah yang tidak tahu hendak berkata apa-apa. Mata mereka hanya tertumpu pada dua gadis itu. Miezza, Noorizan, Hisham dan Jyra turut menanti apa yang mereka akan katakan.

"Kalau saya masih hidup..."

Serentak semua orang berpaling memandang Farra.

"Mesti Izzudin masih hidup." Farra menarik nafas panjang.

"Tapi..." Miezza berdehem seketika sambil berfikir. "Kita nampak dia dibunuh oleh musuh kan??"

"Ya." Jyra menyokong. "Cara kamu semua mati agak berbeza. Aieyn dan Sheronica dibunuh oleh...." Jyra memandang Xiao Wei sekali imbas tanpa dia sedar dia melakukan perkara itu. "Rusdi. Farra letupkan dirinya... Izzudin satu-satunya orang yang dibunuh oleh musuh."

"Dan setakat ni tak ada di kalangan Huruf yang masih hidup bila dibunuh oleh musuh." Hisham menambah.

"Tapi saya bunuh Rusdi."

Ada beberapa orang dalam kalangan mereka agak terkejut mendengar kenyataan itu. Mengetahui ada dalam kalangan mereka yang membunuh sesama sendiri.

"Dan dia dah mati." Farra bersuara lagi. "Maksud saya Xiao Wei ada kat sini. Dan dia tak akan kembali kan."

"Tapi ingat tak macam mana Rusdi kongsi kuasa dengan perempuan tu??" Aieyn mengangkat keningnya. "Mana kita tahu Rusdi dah benar-benar mati."

"Wuoh! Wuoh!" Zamir yang dari tadi duduk diam segera menyampuk secara tiba-tiba. "Boleh tak kamu berbincang melibatkan kami sekali?? Jangan lah buat kami macam tunggul kat sini."

Serentak Farra dan Aieyn memandang semua orang yang ada di situ. Hampir semua mereka menunjukkan wajah yang bersetuju dengan apa yang Zamir katakan.

"Maaf." Farra menarik nafas panjang kemudian berfikir seketika. "Okey... Macam ni... Kamu semua dah sedia maklum bahawa kami... Saya, Aieyn dan Sheron dah mati sebelum ni kan??"

Semua orang mengangguk-angguk tanda mengiyakan perkara itu.

"Dan cara kami semua mati sebenarnya berbeza..." Farra menggigit bibirnya seketika. "Aieyn dan Sheron dibunuh oleh salah seorang daripada puak ini sendiri. Izzudin mati dalam pertempuran. Dia dibunuh oleh musuh. Saya pula letupkan... Diri."

"Kenapa awak letupkan diri awak?" Rizal mengecilkan matanya memandang gadis itu tajam.

"Sebab itu satu-satunya cara yang ada masa tu." Farra mengangkat bahunya. "Kami tinggal berlima dengan bilangan musuh yang berjuta-juta..."

Serta-merta mulut mereka terlopong.

"Hanya itu satu-satunya jalan." Farra menyambung. "Daripada kami semua terbunuh dan tiada siapa meneruskan generasi puak ni."

Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra segera tunduk apabila mendengar alasan itu. Mereka menghabiskan masa selama empat tahun memikirkan kenapa Farra ingin bertindak sendirian suatu masa dahulu. Kini mereka sudah faham. Jika dia tidak melakukan itu, tiada siapa yang akan mencari dan mengumpulkan puak Huruf.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now