Duty

2.4K 192 27
                                    

BAB 38 : TUGAS


Hisham, Noorizan, Miezza dan jyra kini sedang duduk di meja makan itu menikmati apa yang telah ditinggalkan. Semua yang lain sedang berlatih di bawah pengawasan Farra dan Aieyn. Mereka sendiri yang meminta untuk dilatih sebelum dilepaskan untuk bertugas mencari bebola kristal tersebut. Masing-masing ingin memastikan bahawa mereka sudah cukup bersedia untuk itu.

"Nampaknya semua berjalan lancar sebab mereka dah balik." Hisham menarik nafas lega tanpa dia sedari. Saat itu, hanya mereka berempat sahaja yang berada di ruang markas itu memandangkan semua pergi ke tapak latihan. Ia agak selamat untuk mereka berbual mengenai apa sahaja. Mereka juga diminta berehat kerana sudah agak lama mengumpulkan semua orang.

"Ya." Sokong Miezza. "Senang semuanya."

"Macam mana??" Jyra memandang Noorizan dan Hisham silih-berganti sambil mengangkat keningnya. Senyuman sinis mula terukir pada wajahnya. "Dah luah apa yang patut pada mereka?"

Hisham dan Noorizan berpandangan seketika. Mereka tahu siapa yang Jyra maksudkan dengan 'mereka' itu.

"Dah."

Miezza terus sahaja tersembur keluar minuman yang baru sahaja diteguknya. Jyra turut membesarkan matanya. Kunyahannya pada kerepek yang ada di dalam mulutnya turut dihentikan.

"Apa??!!"

"Perlu ke terkejut sampai macam tu sekali??" Noorizan merenung kedua-dua gadis itu tajam.

"Serius??!!" serentak kedua-dua gadis itu bersuara lagi.

Kedua-dua lelaki itu hanya mengangkat bahu tidak berkata apa-apa. Terlalu malas hendak menegur.

"Serius kamu dah luahkan?" Miezza memperlahankan suaranya tanpa disedari sambil mendekatkan mukanya.

"Ya." Hisham menjawab bagi pihak mereka berdua. Dia tahu mengenai hal Noorizan dan begitu juga sebaliknya. Mereka sudah lama berbincang mengenai hal itu pada masa yang sesuai.

"Habis tu macam mana??" Jyra bertanya dengan wajah yang teruja. Dia menelan air liurnya. Agak gementar menanti jawapan atau apa yang berlaku seterusnya. "Apa jadi?? Kamu dah jadi sepasang keka..."

"Wuoh, wuoh! Jyra..." Noorizan segera memintas sambil mengangkat tangannya. "Bawa bertenang. Kita ada banyak perkara nak difikirkan selain dari perkara tu. Jadi... Tak payah tanya."

"Tapi..." Jyra memuncungkan bibirnya. "Takkan tak ada apa-apa yang berlaku langung kot?"

"Kami akan bercakap balik, Jyra." Hisham memberitahu. "Tapi bukan sekarang. Kami akan bincang balik."

Jyra hanya mengangguk tidak bertanya lagi kemudian berpaling memandang Miezza. "Awak macam mana?"

Miezza mengangkat bahunya. "Dia tengah sibuk sangat sekarang. Saya tak nak mengganggu pula."

"Hmmm..." Jyra hanya menggolekkan bebola matanya. Mahu semuanya berjalan lancar.

"Apa yang penting sekarang kita dah tak risau lagi..." Miezza menarik nafas panjang. "Sebab mereka dah ada."

"Ya." Hisham menyokong sambil menarik nafas panjang. "Kalau tak... Berat je saya rasa."

Noorizan tersenyum sambil melirik ke arah lelaki itu. "Saya ingat lagi macam mana kusut kepala awak dulu."

Huruf II (Sequel) ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora