The Best Leaders

2.6K 199 47
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot, Emma Watson is Farra's cast.


BAB 30 : DUA KETUA


Noorizan bersembunyi di sebalik tiang itu sambil melihat kelibat seorang gadis berjalan penuh berhati-hati. Hisham berdiri di sebelahnya bersama Farra dan Tasnim. Berbeza dengan Sheronica, Farra memandang gadis yang menyerupai Aieyn itu dengan wajah tenang tidak terganggu dengan emosi.

Gadis berjalan penuh berhati-hati di kawasan yang tiada siapa sangka dia akan berada di situ. Mereka menjumpainya kerana burung yang dijelmakan oleh Tasnim membawa mereka ke tempat itu. Tempat yang sedikit jauh daripada tempat di mana mereka bertemu gadis itu sebelum ini.

"Bila kita nak jumpa dia??" Noorizan bertanya dengan nada tidak sabar. Dia sudah tidak mampu menahan lagi.

"Sabar..." Hisham menarik nafas panjang. "Awak kena faham. Dia pasti akan.... Noorizan!!"

Noorizan kini sudah berjalan keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan mendekati gadis itu. Hisham mendengus kuat sambil menggerutu. Farra tidak berganjak dan Tasnim hanya menunggu arahan.

"Aieyn!!"

Gadis itu berhenti berjalan serta-merta. Dia segera menoleh ke belakang dan langsung tidak terkejut melihat kelibat Noorizan seolah-olah dia tahu lelaki itu akan datang. Dia hanya menggerutu.

"Awak lagi..." gadis itu cuba menahan sabar sambil memejamkan matanya seketika. "Apa yang awak nak sebenarnya?? Apa yang saya buat sampai awak nak susahkan hidup saya sangat macam ni??"

Noorizan menarik nafas panjang sambil memandang gadis itu sayu. "Awak perlu percaya pada kami."

Gadis itu tergelak menyindir. "Awak bergurau ke?? Percaya pada seseorang yang seperti ada niat jahat pada awak??"

"Aieyn, awak tak..." Noorizan segera berhenti bercakap apabila Aieyn menaikkan jari telunjuknya.

"Berhenti panggil saya Aieyn!!" bentak gadis itu dengan wajah yang serius. "Saya bukan dia!!"

"Awak adalah Aieyn!" Noorizan menekan.

Kenyataan itu membuatkan gadis berambut perang itu hilang sabar. Dia menggenggam buku limanya erat lalu menumbuk lelaki itu menyebabkan Noorizan mengerang kesakitan.

"Argh!"

"Awak betul-betul tak ambil pengajaran." Gadis itu menggumam sambil mengetap giginya kegeraman.

Noorizan tergelak sedikit sambil mengesat darah dari bibirnya. "Saya jenis orang yang tak berputus asa."

Entah kenapa, gadis berambut perang itu semakin berang. Dia menghayunkan buku limanya sekali lagi bagaimanapun berjaya ditangkis oleh Noorizan menggunakan tangan kanannya. Baru sahaja Noorizan ingin membuka mulut untuk bercakap, kaki gadis itu bergerak pantas. Dia menendang perut Noorizan menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai.

"Saya akan uruskan dia." Farra berbisik tenang yang mana Hisham dan Tasnim kagum dengan itu. "Kamu tunggu sini."

"O... Okey..." Tasnim mengangguk teragak-agak kerana takut. Dia tidak tahu di mana hendak mencelah dalam situasi itu.

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now