"Nizam...Clara..." panggil Ariana dalam keadaan lemah, wajahnya sangat menakutkan.

"I mintak maaf untuk semuanya selama ni... I menyesal." Dia ceritakan segalanya yang dia punca Clara jatuh, dia punca Clara keguguran dan hilang ingatan. Dia punca segala masalah. Dia sedar dia telah terima kifarahnya. Dia menyesal. Nizam dan Clara terkejut mendengar kenyataan itu, mereka walaupun agak marah namun masih dapat memaafkan Ariana.

They can forgive not forget.

Ariana juga ceritakan bahawa dia dapat panggilan dari Razlan yang Nizam dipukul sebab nak balas dendam. Nizam dipukul angkara dendam Razlan pada Ariana. Razlan berdendam bukan sahaja sebab tak dapat duit daripada Ariana tapi juga sebab salah dirinya satu masa dulu, dia meminta Razlan lakukan kerja kotor untuknya dan menjadikan Razlan tak ubah macam sampah. Bila dia dapat apa yang dia inginkan dia tinggalkan Razlan dan kini Razlan datang untuk membalas dendam. Kata cinta yang Ariana pernah ucapkan pada Razlan semuanya palsu. Razlan makin berang.

Mendengar pengakuan Ariana, Razlan dan geng menjadi buruan polis atas dakwaan menyamun, merogol dan mencederakan.

**********

"Kami nak sangat korang terima tiket ni, even korang sendiri afford tapi kami betul-betul harap korang terima." Rayyan menghulurkan tiket penerbangan ke Venice, Italy kepada Nizam. Laki bini tersebut agak terperanjat, yelah nak honeymoon tapi sponsor orang lain untuk honeymoon sekali.

"Ala apa ni, takkan lah kami nak ganggu honeymoon korang pulak, kan Clara?" Ujar Nizam sambil memeluk bahu Clara.

"Duo honeymoon kool apa." Balas Mardiyah dengan senyumannya yang tiada penghujung itu. Macam tak percaya Mardiyah akan berkata begitu, mereka tertawa.

Rayyan dan Mardiyah membuat keputusan untuk sponsor percutian yang boleh dianggap honeymoon untuk Nizam dan Clara. Mereka rasa bersalah kerana Nizam dan Clara mengalami kecelakaan sewaktu ingin menghadiri majlis pernikahan mereka.

Tidak mahu mengecewakan hati pasangan pengantin itu, mereka menerima sahaja.

Semasa di KLIA, mereka sedang menikmati sarapan di KFC sebelum terserempak dengan Ariana. Terkejut jugak mereka pada awalnya entah-entah nak porak-perandakan hubungan mereka.
"Ariana?" Panggil Nizam, mereka mengekorinya tidak terlalu jauh, flight juga harus dikejar kan?

Wanita itu memakai selendang bercorak floral. Dia menutupi sebahagian muka dengan selendang tersebut dan memakai semula kaca hitamnya.

"You nak kemana ni?" Soal Nizam lagi teragak-agak. Kelam-kabut semacam je Ariana ni. Something fishy hmm.

"I nak ke London, you all?" Jawabnya tersekat-sekat. Dah kenapa pulak dia ni?

"Venice, holiday. You pun holiday ke?" Soal Clara kembali. Nizam memeluk erat pinggang Clara. Tidak senang kut dengan perlakuan pasangan tersebut dia berdehem. Bukan nak kata yang mereka biadap tapi Ariana agak tak selesa, mungkin masih cemburu.

"I stay sana dengan Mama untuk sementara waktu.. eh okay lah I nak kejar flight ni. Happy holiday ya." Dia memberikan senyuman hambar sebelum berlalu pergi. Agak tercengang jugak pasangan suami isteri itu, tak sempat nak tanya khabar apa. Tak apa lah asalkan dia tahu Ariana dah sihat dah mampu lakukan aktiviti harian macam biasa. Cuma parut itu yang membuatkan Ariana sedih dan makin merendah diri.

Ternyata ujian itu akan membuatkan seorang hamba itu ingat kembali asal-usulnya. Dia kembali pada jalan yang lurus semula.

Tak lama selepas itu mereka bertembung dengan Rayyan dan Mardiyah dan sama-sama menaiki flight.

Dan mereka kini di Venice Marco Polo Airport. Perjalanan yang panjang itu sangat memenatkan namun mereka masih gembira. Segalanya seakan jelas terlihat. Apabila cinta Allah dicari, Allah berikan mereka cinta kembali. Konflik yang terjadi sepanjang perjalanan rumah tangga mereka kini makin baik, mereka sudah mampu bahagia seperti pasangan lain. Ariana juga sudah menyesal dengan perbuatannya. Harapnya Ariana benar-benar menyesal.

Menunggu pemandu pelancong persendirian Abah Mardiyah yang ditempah khas. Mereka sekadar berjalan-jalan disekitar lapangan terbang tersebut. Berjalan seiringan dengan luggage ditangan masing-masing.

Rayyan disebelah kanan memeluk pinggang Mardiyah, "awak sayang saya tak?" soalnya pada Mardiyah, wanita itu ketawa kecil. Dia tahu soalan itu agak bodoh namun dia juga berusaha nak jadi husband material. Sudahlah kacak bergaya, badan juga not bad, ilmu agama sudah ada didada. Kaya pun kaya, apa lagi yang dia tiada? Memiliki Mardiyah?

"Sayang awak setinggi gunung, sedalam laut, sebesar atmosfera dan sekuat magnet bumi ni." Huh jawapan taknak kalah!

"Aik kenapa setinggi gunung je, kenapa tak langit?" Usik Rayyan.

"Sebab cinta Allah itu kita harus letak pada tempat paling tinggi. Awak sentiasa ada dalm hati saya jadi tinggi gunung tu dah kira tinggi lah kan. Hehe.."

Alahai nampaknya ilmu Rayyan tak sehebat Ustazah Mardiyah ni.

Nizam disebelah kiri pasangan pengantin baru tadi, sedang memeluk Clara pada bahunya. Clara tersengih mendengar soalan Nizam yang agak sama macam Rayyan tadi, "Ana uhibbuki kasiran ya Zauj."

"Italy kami datang!" Jerit Nizam dan Rayyan serentak. Lalu ketawa meletus lagi antara kedua pasangan tersebut.

Bahagialah kedua pasangan itu semoga bahagia buat selama-lamanya.

***Clara (The Girl They Never Noticed) dah labuhkan tirai dah tamat selamanya. Maafkan segala kekurangan dan terima kasih untuk semua votes dan yang sudi baca tanpa votes pun huhuhu. Rindu-rindukanlah Clara ya dan terimalah Nizam dalam hidup Clara (sebab ramai nak Rayyan) haha. Ketahuilah mencintai tu tak semestinya memiliki hehehe. Jangan lupa baca Bad Girl. Burbye : )

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now