57: An hour with Rayyan

8.5K 205 6
                                    

"Here we go." Ujar Rayyan yang sekaligus membangkitkan Clara dari lamunan. Dia sangat sedih hari ini, Nizam melayannya seolah dia bukan isterinya. Dia sendiri tak tahu kenapa Nizam tiba-tiba berubah.

Clara dan Rayyan, mereka sama-sama keluar dari Audi dan berjalan kesebuah bangku menghadap tasik.

"We used to be here, right?" Rayyan seolah cuba mengingatkan Clara pada masa silam mereka.

"Tak move on lagi?" Soal Clara sekadar berseloroh. Rayyan tertawa hambar. Clara dapat rasakan lelaki ini masih menyayanginya.

"I still try..." Ujar Rayyan perlahan. Clara seakan tersentuh mendengarnya.

"I try very hard Mrs Nizam." Rayyan cuba menyedarkan dirinya bahawa wanita ini sudah bersuami. Dia memang selalu merindui Clara namun pada akhirnya dia akan mengingat kembali mereka tak mungkin bersama.

"I'm sorry." Kata Clara.

"No, ni bukan salah you pun. I yang decide untuk cancel that wedding." Balas Rayyan,matanya masih pada tasik yang terhampar luas. Jika dia berkuasa, dia tak mahu berpisah dengan Clara. Jika dia berkuasa dia tak akan serahkan Clara pada Nizam. Namun dia sentiasa meletakkan dirinya pada tempat Nizam. Dia simpati, dia rasa serba salah. Dan akhirnya dia berkorban demi kebahagiaan orang lain. Walaupun pada akhirnya dia sendiri yang akan menanggung seksa ini.

"So you still taknak bagi tahu, kenapa you duduk dibawah pokok tadi?" Soal Rayyan.

"Nizam tinggalkan I ditepi jalan." Katanya perlahan. Sakitnya hati bila ingat kembali.

"What?!" Rayyan benar-benar tak sangka.

"Ada gaduh mulut sikit tadi and he left me there." Clara menjongketkan sedikit bahu.

"Dalam keadaan you macam ni?" Rayyan mengalihkan mata pada perut Clara.

Clara mengangguk.

"I tak tahu but akhir-akhir ni dia dah lain. I rasa dia still sayangkan Ariana."

Ariana? Orang ketiga yang Nizam pernah ceritakan dulu?

"Bukan ke Ariana tu hanya cemburu dengan you all. Kenapa Nizam boleh dengan Ariana pulak?"

"Itu yang I tak faham. Dari zaman sekolah lagi, Ariana memang nak Nizam but he refused. Tapi keadaan dah terbalik, maybe Nizam dah jatuh hati pada Ariana semula kot? I tak nak lah buat assumption but since semalam I dengar suara Ariana masa I call Nizam and the worst part is I dengar Ariana call him Baby. Funny kan?" Clara buat-buat ketawa.

"You sure itu Ariana?"

"I tak sure but before that I ada terserempak Nizam dengan Ariana di kawasan ni jugak. What I should think like, can you tell me?" Matanya bergelinang, menahan rasa sakit, rasa sedih dan kecewa.

"And you sure apa yang you nampak tu? I bukan taknak percaya but everything yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang kita fikir. And mungkin you salah orang."

Clara mengeluarkan phone dan menunjukkan gambar yang dia pernah ambil.

"I understand sebab memang tak aka ada orang boleh percaya yang Nizam jadi macamtu semula, right? Even I sendiri masih tak percaya dengan apa yang jadi ni..." Katanya terhenti kerana dia sudah mula menangis teresak.

"I hope ni semua mimpi but when I wake up, I still stuck in this suck life." Dia mengesat matanya.

"Sabar okay? Jangan macamni, you kena kuat."

Clara mengeleng kepala. "I wish I could be strong but I can't."

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now