47: Ignored

10.5K 210 6
                                    

Clara masih meneruskan aktiviti hariannya iaitu menjenguk Nizam yang masih mengambil cuti rehat dirumah. Hari itu dia memakai jubah biru laut berkain shifon. Ronanya lembut, apabila ditiup angin, kain bahagian bawah bertiupb lembut. Dia mengenakan selendang polos berwarna cream. Dia kelihatan sungguh ayu.

Setelah menyalami Mama Nizam, dia naik ketingkat atas, mengetuk pintu berkali-kali sebelum dia sendiri memulas tombol dan masuk kedalamnya. Nizam sedang tidur dikatil, ada bauan hamis. Dia meluru kearah langsir dan cuba membukanya. Dia membuka tingkap supaya ada udara segar yang melawan bauan hamis ini. Kelihatannya Nizam seakan terganggu dengan cahaya tengahari itu.

"Haish!" Dia mendengus. Clara buat tidak tahu sahaja. Dia membuka mangkuk tingkat dan meletakkan sudu disitu. Dia meletakkan mangkuk tingkat berisi bubur ayam disebelah katil Nizam, ada meja kecil disitu.

Pertama sekali Clara mula menyusun bantal yang berselerak dibawah. Dia menepuk-nepuk bantal itu sebelum meletaknya diatas sofa didalam bilik Nizam. Baru dua hari dia tidak menjenguk, dah berhabuk perabot dibilik itu. Dia mula mencapai bulu ayam dan mengemas semuanya. Setelah rapi, dia mendekati Nizam, menyentuh lengan lelaki itu.

"Nizam, its already-"

"Jangan kacaulah!" Nizam masih berkata walaupun matanya pejam. Clara sedikit terusik dengan layanan Nizam itu.

"Nak Zuhur dah ni, better you pergi mandi and I ada bawa bubur kesukaan you. Lepas tu makan and solat."

Nizam diam kaku. Dia membiarkan Clara bercakap seorang. Kemudian, Mama Nizam masuk kebilik, cuba mengejutkan Nizam. Clara sudah berada dipenghujung pintu. Memang tugasnya hanya menbersihkan bilik Nizam dan memastikan lelaki itu terurus.

"Ma, siapa tu?" Soal Nizam. Clara tersentak dengan soalan itu.

"Itu kan Clara. Takkan kamu dah tak ingat?" Nak kata ada masalah ingatan, doctor tak ada pula bagitau macamtu?

"Lepasni Nizam taknak dia masuk bilik Nizam lagi. Mama dan Papa je boleh." Ujarnya sambil menyuap bubur kedalam mulut. Mama Nizam mengelengkan kepala. Dia melangkah kearah Clara yang sudah berada dipintu.

"Jangan ambik hati ya Clara. Bagi dia masa, dia tak maksudkan pun." Mama Nizam mengusap lembut bahu Clara. Clara hanya tersenyum kelat. Benci sangatkah dia pada Clara?

"Nizam memang maksudkan lah Ma, lepasni jangan bagi dia suka hati masuk. Nizam tak suka. Lagipun Nizam ni laki, tak takut ke?" Katanya dengan nada sarkastik. Clara tidak tahan dengan hinaan yang dilemparkan. Dia pun menjawab.

"Tak apa lah Ma, Clara hanya datang sini nak pastikan dia sihat. Tapi memandangkan dia dah sihat pun, Clara tak datang dah lagipun Clara ada maruah, kalau dia tak sudi dengan kehadiran Clara rasanya tak perlu kot nak hina Clara. Clara minta maaf ya Ma. Ini kali terakhir Clara kesini. Apa-apa nanti Clara call Mama ya. Clara pergi dulu." Dia mengucup pipi Mama Nizam dan berlalu pergi tanpa sempat Mama Nizam memujuknya.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now