60: Ditampar

8.8K 226 45
                                    

Nizam berjalan kearah pintu dan membukanya perlahan. Orang yang menekan loceng itu pantas sahaja menolak daun pintu dan memeluk tubuh Nizam.

"Hish apa ni?!" Nizam menepis dan cuba meleraikan pelukan Ariana. Ya, Ariana. Wanita itu merengek seperti anak kecil. Clara yang sedari tadi masih kepeningan mula bangkit dari pembaringan. Telinganya dapat menangkap suara seseorang yang asing. Dia perlu lihat.

"I call you, tapi you tak answer. Banyak kali tau. I miss you lah sayang." Ariana masih tidak putus asa untuk merangkul tubuh Nizam. Clara berjalan terjingkit-jingkit dalam kadar perlahan cuba mendapatkan Nizam.

"Lepaskan I lah, you ni tak tahu malu ke?" Nizam menolak kuat namun wanita itu seakan lebih kuat. Clara memandang tajam perlakuan mereka berdua. Dengan bercekak pinggang dan tangan sebelah kiri memicit kepala, dia menarik nafas cuba untuk tidak buat perkara yang bodoh.

Ariana memandang Clara sekilas dengan senyuman mengejek.

"Tak puas lagi ke berpelukan ni?" Ujarnya memecah kesunyian. Seraya itu Ariana meleraikan pelukan. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Clara.

"You tak kata pula dia ni ada kat rumah? I ingat you sorang je? kalau tak, boleh kita....." Ayat yang sengaja dihentikan, mata melirik kearah Clara. Sakitnya hati Clara hanya tuhan yang tahu. Rasa nak hempuk-hempuk saja Ariana ni.

"Siapa suruh you datang?" Soal Nizam agak bengang.

"Eeii you ni, macam tak biasa pulak! Sebelum-sebelum ni tak ada pulak nak marah I camni?" Soal Ariana dengan suara manja. Clara mengeleng kepala, menyampah. Maknanya dah lama lah dorang buat benda ni?

"Kalau nak bermanja-manja, I cadangkan you all keluar. I taknak rumah ni penuh dengan maksiat."

"Jahatlah mulut dia, tolong ajar dia sikit you." Ariana tergedik-gedik, bermain kolar Nizam yang sudah berwajah merah padam.

"Jaga sikit mulut you. Ni rumah I jugak tau." Nizam seakan memenangkan Ariana. Apa lagi, suka lah perempuan tu.

"Tak apa lah kalau you all tak nak keluar, biar I yang keluar." Clara sudah berganjak. Tak kuasa dia nak melayan kerenah Ariana yang tergedik-gedik. Nizam pun satu, siapa bini dia sebenarnya?

"You tak akan pergi mana-mana, okay?" Nizam memegang lengan Clara. Wanita itu menoleh dan memberikan pandangan yang tajam.

Apa guna aku ada kat sini kalau hanya untuk disakiti?

Clara menepis dan berlalu pergi. Dia berkemas-kemas semua barangannya. Hanya yang penting sahaja dan ketika dia mencapai telefon untuk menghubungi Qistina, Nizam memasuki bilik.

"Nak pergi mana ni dengan semua baju ni?"

Clara mengendahkan soalan Nizam.

"I bukan cakap dengan tunggul." Dia menarik lengan Clara. Wanita itu segera menepis.

"Memang I ni tunggul pun. Kalau tak buat apa you bawak perempuan lain dalam rumah ni? I sendiri dah tak tahu siapa I untuk you. Nonsense lah semua ni." Jarinya masih menaip nama Qistina, setelah carian berjaya dicari, dia menekan Call. Kepala sesekali dipicit, sisa pening tadi masih belum sepenuhnya hilang.

"Babe, ambik aku sekarang."

Nizam sedari tadi berdiri disitu sahaja mula berasa bengang. Jangan cabar kelakian dia.

"I kata you are not going anywhere!"

Clara mengendahkan Nizam sehinggalah lelaki itu sudah mencapai tahap kemarahan.

"Sekali you keluar dari rumah ni. I akan-"

"Babe, ada masalah ke? Kau okay ke?" Soal Qistina bertubi-tubi. Risau pula dengan sahabatnya. Dia dengar suara Nizam yang makin meninggi tu. Bergaduhkah mereka?

"Jangan jadi pekak badak!" Nizam merampas telefon Clara dan mencampakkannya.

"Whats wrong with you????!" Clara mula meninggikan suara.

Pangggg!!

Satu tamparan hinggap dipipinya.

Suasana menjadi senyap, Clara meraba-raba pipi. Matanya sudah bergenang, dia masuk ketandas dan meninggalkan Nizam terpinga-pinga.

Apa yang aku dah buat ni? Soal Nizam.

"Clara..." Panggilnya.

"Clara, I am sorry..." Katanya lagi. Clara terus menutup pintu tandas.

"I tak sengaja... I mintak maaf." Nizam masih memujuk. Dia berdiri didepan pintu tandas.

Ariana yang sedari tadi menyorok ditepi pintu bilik, melihat sahaja perlakuan suami isteri itu. Dia tersenyum sinis, rancangan pertamanya sudah berjaya. Matanya sakit melihat perut Clara yang makin memboyot itu. Timbul satu lagi idea jahat.

"Tak lama lagi kempislah tu..." Ada senyuman sinis. Dia beredar dari situ. Tak kuasa nak tengok Nizam memujuk Clara.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now