71: Kata Maaf

7.6K 215 25
                                    

Selepas pulang dari Cafe Canopy, Clara tidak terus kerumah tapi sebaliknya dia singgah kesebuah taman. Ada tasik dan entah kenapa dia kenal dengan pemandangan tasik itu. Tasik itu sebenarnya tempat dia dan Rayyan singgah, tempat dia dan Rayyan meluahkan perasaan dan tempat dimana dia lihat Nizam bersama Ariana.

What?!

Dia ingat???

Dadanya kembali berdebar, takkanlah dah ingat semula? Soalnya kepada diri sendiri. Cepat-cepat dia tempis tapi ada lagi memori tentang tasik itu bermain diminda.

"Kita akan bernikah tak lama lagi." Ujar Rayyan, dia ingat lagi suara itu. Mata yang memandang wajahnya redup.

"I harap you ialah jodoh I yang dah tertulis..."

"Hei, jangan lah risau. Kalau takdir kata kita berjodoh, it won't exchange. Follow the flow..." Tangkis Clara bagi menghilangkan kerisauan Rayyan. Dia senyum dan dia lihat Rayyan juga senyum.

Dia ingat, ya dia ingat. Tak tahu nak menangis kerana gembira atau apa tapi yang pasti memori Nizam paling dia tidak ingin ingat.

Angin sepoi-sepoi menerbangkan juraian shawl yang disarung. Dia memejam mata, menikmati indahnya suasana itu. Tanpa dia sedar sebenarnya hatinya berasa sangat sayu, takungan air pada tubir mata ditahan rapat.

"Boleh tak janji dengan I, tiga benda ni." Ujar Nizam pada malam sebelum dia ketasik. Malam dimana dia hampir jatuh cinta pada Nizam lagi.

"You nak I janji apa?" Clara menongkat dagu. Matanya bercahaya, Nizam kembali terpukau dengan keindahan mata Clara.

"Janji yang you akan cintakan I, suatu hari nanti..." Nizam mula menyentuh pipi Clara dan membuatkan rona wajahnya merah padam. Ya dia tahu Clara belum mampu menyayanginya kerana masalah pada ingatan itu tapi dia mahu Clara janji untuk cuba menyayanginya dan masih menyayanginya meskipun kebenaran didedahkan.

"Kedua, I nak you sentiasa maafkan I-"

"You tak ada buat salah pada I... kenapa you kata macamtu? You kan husband I and bila I dah dapat ingatan I semula, for sure I akan sayangkan you." Clara memegang jari Nizam yang melekap pada pipinya sejak tadi.

"Bila you dah dapat ingatan you... I takut you can't forgive me. I bukan suami yang baik untuk you but I really love you.." Nizam merapatkan wajahnya pada Clara, hidung mereka bergesel lembut.

"I promise..." Clara memberikan senyuman pada Nizam biarpun lelaki itu rasa sedikit aman namun ketakutan pada kebenaran masih dirasai.

"Yang ketiga?"

"When you are ready, give me a child." Nizam lantas mencium bibir Clara perlahan. Terbuntang mata Clara mendengar permintaan terakhir itu.

Angin menerpa lagi wajahnya. Mata dibuka, ah kenapa Nizam lagi yang muncul dalam ingatannya?

Kini dia tahu kenapa Nizam memintanya untuk berjanji pada tiga perkara tersebut. Langit dilihat, mendung. Clara lantas mendapatkan kereta sebelum hujan turun. Punggung ditepuk-tepuk dan kaki dilangkah ke kereta.

Didalam perjalanan kerumah, memori bersama Nizam sudah mampu untuk dia ingati kembali. Cuma satu, kejadian pada malam itu. Dia belum ingat sepenuhnya. Namun dia akan cuba sehingga segalanya jelas. Ketika itu dia akan mempersoalkan semuanya.

"You keluar kemana?" Nizam menyoal sebaik sahaja Clara tiba dirumah. Clara langsung tidak memandang muka Nizam malahan soalan itu dibiar sepi. Hatinya rasa sakit setelah mengetahui kecurangan Nizam. Pertama melalui Qistina kedua setelah melihat gambar-gambar dari Ariana dan semuanya makin kuat setelah ingatannya kembali pulih sedikit demi sedikit. Ya memori tentang barannya Nizam dan bagaimana amarah Nizam membuatkannya jatuh tersungkur. Dia ingat semuanya dengan jelas.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now