56: Ariana is back too.

8.1K 186 0
                                    

Nizam memecut laju kereta, telefon berbunyi.

Ah, sapa pulak call ni! Bentaknya, masih marah dengan Clara.

"Hello baby..." Manja suara dicorong telefon.

"You nak apa?" Jawabnya marah.

"Hish apa ni nak marah-marah, kan kita ada brunch date harini. You lupa ke?" Wanita itu merengek manja.

Nizam melihat jam di dash board.

"I busy lah harini..." Cuba mencari alasan untuk mengelak, hatinya memang masih panas. Tak pasal si Ariana pun kena tempias nanti.

"Alaa... I dah cancel kan meeting I semata-mata nak date dengan you tau. You ni."

Haish ni sorang lagi!

"Yelah-yelah. Kita awal sikit, I ada hal nanti. Jumpa lagi setengah jam, tempat biasa." Nizam mematikan panggilan. Ariana senyum sinis sahaja. Nizam pasti akan menjadi miliknya, bisiknya.

Tiba sahaja di restoran plan B, dia duduk dimeja paling tepi. Ariana kelihatan sangat seksi, tipikal Ariana lah kan. Nizam senyum sarkastik. Dasar murahan.

"Hai baby," Ariana cuba untuk mengucup pipi Nizam tapi Nizam terlebih dahulu menepis. Ariana duduk kembali, malu.

"I order carbonara untuk you dengan mocha. You okay kan?" Soal Ariana.

Kalau tak okay pun, aku ada pilihan ke? Bila berdepan dengan Ariana, dia memang tak diberi pilihan.

"You ni cancel meeting segala, tak ganggu business you ke, kita boleh dinner je kalau you busy." Ujar Nizam sekadar berbasa-basi.

"Sayang, I sanggup buat apa sahaja demi you tau." Ariana mencapai tangan Nizam.

"I ni suami orang." Nizam menarik tanggannya. Ariana buat-buat betulkan rambut.

"Yeah I know, but do I look like I care?" Ariana mengangkat keningnya, senyum sinis.

"You dari dulu sampai sekarang memang tak pernah give up kan dengan I." Nizam senyum sinis kembali.

"Because I percaya, kita berdua ni berjodoh." Jawabnya dengan lantang, seraya itu hidangan tiba. Nizam mengucap terima kasih kepada waitress itu.

"You look like you don't." Laju saja ia terpacul dari mulut Nizam. Ariana mengalihkan mata tepat kedalam mata Nizam.

Kalau dia percaya pada jodoh, dia perlu terima kenyataan yang dia dah bernikah dengan Clara.

"I percaya yang Clara tu just persinggahan you je."

Nizam ketawa.

Apa yang lawak? Marah Ariana dalam hati.

"So you nak kata, you are the one who gonna be my wife?" Soal Nizam dengan tawa yang masih bersisa.

"Yes of course. You are mine. I hadir dulu before that bitch."

"Watch your word Ariana." Marah Nizam. Sengaja Ariana menghina isteri Nizam. Memang dah lama sangat dia tak suka Clara.

"Okay Im sorry," dia menyuap spaghetti dan suasana kembali senyap.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now