75: Hospital Ampang

10.5K 185 26
                                    

Jangan melawan!" lelaki bertopeng memulas tangan Clara kebelakang, dia bergelut melepaskan diri. Dua orang lelaki yang turut bertopeng mengangkat tubuhnya, dia hilang upaya untuk melawan. Nizam sudah cedera dibahagian kepala akibat dipukul dengan kayu. Akibat dari kecederaan itu dia berasa agak lemah, langkah menjadi terhuyung-hayang.

"Clara..." dia memegang kepala yang berdenyut kuat. Rasa macam nak pengsan pun ada dan lama-lama dia tahu pandangannya menjadi makin gelap. Sayup-sayup kedengaran Clara menjerit meminta tolong.

"Apa yang korang nak ni!" Clara sudah menggigil ketakutan, pisau yang dipegang oleh penjahat itu kalau dihunuskan, dia tak dapat bayangkan kesakitannya.

"Bagi aku apa yang kau ada! Bak telefon tu." Iphone Nizam dirampas dari tangan Clara. Clara lantas memberi jam tangannya. Penjahat itu masih belum puas hati, dia menyeluk poket Nizam dan mendapatkan wallet yang berisi RM700 cash, tergopoh-gapah dia memasukkan duit tersebut kedalam beg yang disandang. Wallet Nizam dicampak ketepi.

"Dah cepat-cepat blah nanti orang nampak!" Tempik si pembonceng, mereka hanya menaiki motorsikal, lengan Clara ditolak kasar sehingga dia jatuh terjelupuk atas jalan tar. Telapak tangan ada kesan calar dan darah mula menitis, dia pantas mendapatkan Nizam yang sudah mengalami pendarahan pada kepalanya.

Dalam kesusah payahan dia mengangkat Nizam masuk kedalam kereta pada seat belakang. Kereta dipandu laju beredar dari kawasan asing itu. Dia menuju ke hospital Ampang.

"Emergency, husband saya dipukul kat kepala. Tolong." Clara merayu pada nurse yang lalu lalang, dalam keadaan menangis dia tidak heran lagi pada baju yang sudah kusut. Iphone dicapai dan dia bersama Nizam sama-sama masuk keruangan hospital.

Nizam sedang dirawat. Clara mendapatkan kaunter pertanyaan.

"Boleh tak saya nak pinjam charge fasal battery mati, ada emergency." Ujarnya dalam keadaan menangis teresak-esak. Jururawat bername tag Lina terus mengangkat muka.

"Kalau Cik Puan nak call, boleh guna telefon ni." Dia meletakkan telefon dekat dengan Clara, Clara mengangguk berterima kasih.

Sebaik sahaja nombor didail, gagang diletak pada telinga.

"Qis...Qis..." Clara menangis lagi.

"Ya Allah, Clara kau okay tak ni. Kau kat mana?" Dia memang menantikan panggilan dari Clara. Dia dan suami tak tahu macam mana nak cari Clara namun mereka ada buat laporan polis selepas itu. Rayyan dan Mardiyah yang baru mengangkat akad nikah yang mengetahui perkara tersebut terkejut mendengarnya. Namun para tetamu tidak dikejutkan hal tersebut.

"Rayyan dan Mar ikut prosedur macam biasa, kalau ada apa-apa biar kami sahaja. yang uruskan-" Jelas Rizki, mereka dikelilingi beberapa orang ahli keluarga. Mama dan Papa kepada Nizam dan Clara turut terkejut nasib baik tiada serangan jantung. Lain pulak yang jadi kang.

"No... kitorang akan buat yang mana penting and kalau ada apa yang penting, inform je and kita pergi sama-sama. Boleh kan Mar?" Soal Rayyan dengan risau namun nadanya masih tenang. Mar hanya mengangguk setuju.

Clara sejak tadi tak boleh berhenti menangis, dia masih shock dengan kejadian tadi, dan paling dia takut ialah keselamatan Nizam.

"Kitorang kena samun tadi, sekarang aku kat hospital Ampang. Nizam cedera dikepala." Ujarnya dengan satu nafas.

"Ya Allah, kau macam mana okay tak? Macam mana lah boleh jadi macam mana." Qistina masih mengeluh. Semasa panggilan dibuat memang kebetulan Rayyan, Mar, Rizki dan ahli keluarga yang lain sedang berbincang.

"Aku okay cuma Nizam yang parah. Datang sini okay, aku perlukan kau. Tsk tsk.."

"Aku pergi sana okay? Kau tunggu." Qistina terus meletakkan panggilan. Setelah memaklumkan dimana lokasi Clara dan kondisi Nizam, mereka menuju ke hospital Ampang dengan menaiki tiga buah kereta. Ibu bapa Mardiyah dan Nizam tidak dibenarkan ikut kerana tidak elok untuk biarkan tetamu tidak dilayan.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now