16: Nizam' Story II

15.7K 376 1
                                    

Kita beralih kepada persepsi Nizam. Apa yang dia lihat pada wanita yang mencintainya satu masa dulu iaitu Clara.

Aku Nizam Fikri. Atlet sekolah yang digilai ramai. Aku bermain bola sepak dan juga rugby. Itu sukan kesukaan aku. Wajah aku biasa-biasa sahaja tapi mereka kata aku ada tarikan, mungkin pada cara layanan aku yang gentleman.

Ariana adalah antara gadis yang tak pernah berputus asa untuk memiliki aku. Dia selalu menganggap aku kekasihnya tapi tidak sesekali bagi aku.

Mereka yang lain tak tahu bahawa Ariana dan aku hanya kawan dan tidak pernah lebih dari itu. Semua orang dan termasuklah Clara tidak tahu langsung mengenainya.

Aku tahu Clara suka pada aku, aku juga tahu dia yang berikan hadiah jam tangan Rolex pada aku semasa semua orang bersorak nama Ariana.

Aku nampak senyuman manisnya sewaktu aku memandangnya. Mungkin dia malu dengan aku.

Aku dah lama minat pada Clara tapi aku diam kerana aku takut dia menolak. Aku sedar waktu tu Clara tidak cantik dan menarik pun. Badannya yang gemuk dan kaca mata besar dan tebal, dia memang nerd. Kewujudan dia disekolah tiada siapa pun sedar. She is the girl that they never noticed, except me. Aku sedar kehadiran dia.

Dia malu untuk bertegur dengan seorang lelaki pun. Malah dia sopan dengan semua orang. Dia bukan macam Ariana yang tidak tahu malu dan perasan Diva.

Sikap Clara yang menyintai aku dalam diam dan banyak mengambil berat tentang aku yang buat aku sedar kehadiran dia. Aku tahu dia ikhlas. Berbeza dengan peminat aku yang lain yang tergedik-gedik.

Dia membelikan mineral dan menyuruh junior serahkan kepada aku semasa perlawanan persahabatan di padang sekolah.

Dia pinjamkan buku teks kepada aku semasa aku terlupa membawa buku teks Sejarah ke sekolah.

Dia perhatikan aku dari jauh dan sewaktu pandangannya dilemparkan ke arah lain, aku turut memandangnya dengan sebuah senyuman.

I love her and she will never know it.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now