7: Intro of Clara

21.2K 432 2
                                    

"Pakcik tak payah ambik saya nanti. Saya balik sendiri." Ujar aku kepada driver melalui phone.

"Tapi kenapa, Cik balik naik apa?" Soalnya kembali-risau.

"Saya ada hal, balik dengan teksi. Pakcik jangan risau. Asalkan Papa tak tahu semuanya akan okay." Lalu aku meletak call. Tiba di rumah awal, hanya Pakcik Munawer, tukang kebun dan Mak Siti sahaja di rumah.

"Awal Cik balik?" Soal Mak Siti. Aku senyum kelat dan menaiki tangga menuju ke bilik dihujung aras.

"Buatkan saya orange juice dan pasta. Macam biasa." Aku membuat pesanan.

Papa memang manja kan aku. Katanya kalau nak ke mana-mana panggil sahaja Pak Man. Dia akan bawak kemana sahaja aku pergi. Tapi kalau terlalu jauh lokasinya, Pak Man akan inform Papa dulu dan memang akan ada bodyguard yang mengawasi aku dari jauh. Aku belum pernah terserempak dengan mana-mana bodyguard aku. Mungkin mereka berpakaian biasa. Tapi biasanya bodyguard akan berpakaian formal, bukan?

Dari kecil aku memang suka makan. Cakap sahaja mahu apa, Mak Siti akan menyiapkan untuk aku. Sebab tu aku gemuk. Aku tak kisah sebab hanya itu kebahagiaan aku. Hiburan untuk aku. Aku tak ramai kawan mungkin sebab aku tak ramping macam Ariana ataupun Qistina. Aku tak secantik mereka.

Bercakap tentang Qistina, dia merupakan satu-satunya kawan in crime aku. Dia kawan segalanya buat aku. Dia cantik, orang kata muka dia macam Hyoona. Aku setuju dengan pendapat tu. Wajahnya yang putih kemerahan, bibir yang merah jambu dan mata yang sedikit sepet. Membuatkan ramai tergilakannnya. Dia tidak melayan, maka sebab tu dia tak se-hot Ariana.

Pakcik Munawer pula hanya mengemaskan kawasan rumah yang besar. Banglo 3 tingkat ini dilengkapi dengan lif untuk memudahkan pergerakan. Ada sekali Papa mengupah pembantu rumah untuk mengemas didalam rumah tapi banyak barang yang hilang. Maka kerana itu hanya Mak Siti sahaja yang dipercayai.

Mama sama macam Papa. Businessman berjaya. Tak memiliki empayar yang sangat kaya Tapi cukup kaya untuk mengupah beratus pekerja untuk syarikat dan kilangnya. Termasuk juga pekerja dirumah ini.

Papa memiliki perniagaan auto-mobile manakala Mama pula sama macam wanita lain yang memiliki butik. Jika bercakap tentang nama, Mama lebih kerap muncul di TV. Papa pula terkenal pada nama sahaja.

Secara kesimpulannya. Latar belakang aku cukup untuk membuatkan aku berpengaruh di sekolah. Tapi aku memilih untuk diam dan tidak menghebohkan.

Kenapa aku bertindak begitu?

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now