64: Awake

8.6K 253 65
                                    

Malam Clara keguguran, setelah menyelesaikan segala urusan-dia pulang ke rumah lewat malam. Penat fizikal dan mental, dia ingin berehat. Dia mencipta masalah maka dia perlu selesaikannya. Tapi bukan sekarang, badan terlalu letih.

Nizam sedang memarkir kereta dikawasan perumahannya sebelum didatangi seorang lelaki. Nizam hampir terlepaskan segugus kunci dari tangan setelah melihat lelaki itu berdiri tegak dihadapannya.

"Rayyan!" Ujar Nizam separa menjerit akibat terkejut.

Bukk!!

Satu tumbukan melekap di perutnya. Senak! Nizam menunduk memegang perutnya yang ditumbuk.

Bukk!!

Satu lagi hinggap di muka, kali ini Nizam terus terbaring sambil meraba-raba pipi. Rahang cuba dibuka. "Argh!" Dia menjerir kecil, perit rasanya.

"Aku dah kata, kita lelaki. Sepatutnya kau tahu cara nak jaga dia!" Rayyan mengenggam kuat baju Nizam, cuba membuat lelaki yang telah lemah itu berdiri.

"Kalau kau tak reti nak jaga bini kau, lepaskan tanggungjawab kau tu. Sebab kau ni tak ubah macam binatang kat mata aku!" Rayyan mencengkam pipi Nizam yang sudah lebam, lelaki itu meraung kesakitan-minta dilepaskan.

"Lepaskan aku." Rayu Nizam dengan kata yang sudah tidak jelas kedengaran. Agaknya rahangnya patah. Ah peduli apa!

"Sakit? Kau pernah pikir apa Clara rasa? Lagi sakit dari ni!" Satu tumbukan melekap diperut Nizam, lelaki itu mengaduh kesakitan lagi. Sudahlah fizikalnya penat dan letih, ditambah dengan amarah Rayyan.

"Aku taknak rasa menyesal sebab lepaskan Clara demi kau. Tapi nampaknya aku tak boleh, aku memang bebetul menyesal! Ni last warning!" Rayyan menjeling tajam Nizam yang sudah lembik dipukul. Nizam langsung tidak melawan, sama ada dia tiada seni mempertahankan diri, atau dia merelakan dirinya dibelasah atau memang dia pengecut!

Rayyan beredar dari tempat itu, membiarkan Nizam terbaring ditepi keretanya. Datang pula si Ariana terkedek-kedek.

"Nizam!!" Jeritnya dengan kuat lalu cuba mengangkat Nizam. Berkerut-kerut wajahnya menahan bebanan tubuh Nizam.

"Siapa belasah you ni?" Dia membelek-belek wajah Nizam yang sudah lunyai, lebam sana sini dengan darah meleleh dari mulut.

"I panggil security minta bawak you naik, tunggu sayang." Ariana berlari anak kearah guard house. Tak lama kemudian dua orang lelaki mengangkatnya masuk ke kondo. Ariana turut menemani.

"Thanks." Ujar Ariana sambil menyerahkan not 50 seorang. Pengawal keselamatan itu terima dengan hati terbuka, sama sewaktu Rayyan menyogok mereka untuk masuk kedalam kawasan Kondo tersebut.

Ariana bergegas mencari tuala basah, dia mengelap mulut Nizam yang lebam membiru itu. Sesekali lelaki itu menepis kerana sakit.

"Tahan lah sayang. Mana nak baik nanti." Dia mengelap darah yang meleleh tadi. Nizam sudah tidak sedarkan diri, dia sudah tidak larat.

"Hmm sayang, sebab I-you jadi kelam-kabut macamni. I minta maaf ya sayang." Ujarnya sambil menyisir rambut Nizam. Lama wajah lelaki itu ditenung. Tidak lama lagi dia akan miliki lelaki ini.

**********

Beberapa hari kemudian.
Nizam masih merenung Clara, memegang erat tangan Clara. Dia teringat kembali saat dia koma dulu. Dia dengar samar-samar suara Clara menceritakan segalanya. Dia dengar dan dia tahu Clara ikhlas menyayanginya.

Hari ini, wanita ini pula terbaring tidak sedarkan diri. Sudah hari kedua semenjak peristiwa itu. Qistina sudah pulang terlebih dahulu apabila terserempak dengannya. Rayyan lagi lah, berjumpa pun tak mahu dah. Seakan semua orang membenci dirinya.

Sedang dia mengelamun, dia tersentak melihat Clara cuba menggerakkan jari dan cuba membuka mata. Segera dia memanggil doktor.

Fight Clara, fight! Bisiknya dalam hati.

"Patient is awake." Kata Doktor Shila sambil menoleh pada Nizam.

"Clara, I Doktor Shila-yang merawat you sepanjang you kat hospital.." Doktor Shila cuba berinteraksi dengan Clara. Namun Clara masih kekal diam.

"You dah admit kat sini untuk dua hari, now you rehat dulu." Doktor Shila mencatat sesuatu pada helaian kertas. Dia senyum lalu menunduk pada Nizam. Fahamlah Nizam.

"Sayang.." Panggil Nizam sambil mencapai tangan Clara. Wanita itu tidak sikitpun memandangnya.

Benar kata Papa, once Clara dah sedar, cabaran akan lebih besar. Dia perlu bersabar.

"Sayang ingat tak I?"

Clara menoleh kearah Nizam, lama dia memerhati lelaki itu. Dia geleng.

"I Nizam, husband you." Nizam tersengih. Namun Clara masih diam dan memandangnya pelik.

"Husband I?" Tanyanya seolah tidak percaya.

"Ya, I Nizam-husband you. I happy sangat you dah sedar." Katanya dengan gembira. Tak, dia tak gembira. Dia tipu.

"Bila masa I ada husband ni?" Tanya Clara sambil mengerutkan dahi. Ah sudah, dia banyak soal pula. Nizam tersenyum hambar. Cuba menahan sakit.

"You hilang ingatan, tak apa-nanti you akan ingat I semula." Nizam lantas mencapai phone dan menghubungi ahli keluarga lain untuk memaklumkan keadaan Clara.

Clara masih menenung Nizam. Dia tidak berkelip mata memandang lelaki itu. Kenapa dia tak mampu ingat Nizam? Setelah Nizam meletak kembali telefon, Clara memanggilnya.

"Excuse me, sir?" Panggilnya.

Sir? Ya Allah, sakitnya dugaanMu ini. Bisik Nizam. Hatinya bagai dicucuh apabila Clara memanggilnya begitu.

"Ya sayang?" Jawabnya dengan wajah pura-pura gembira.

"Maaf I tak biasa and tak suka bila you panggil I sayang-" Katanya teragak-agak.

Fuhh! Menikam-nikam! Hati Nizam bagai ditikam.

"Tak apa, I faham. Take your time dear." Jawabnya.

Dear? Ah aku tak kenal lelaki ini! Clara meronta.

"Tapi I nak tanya you, sejak bila kita jadi husband and wife? Seingat I, I akan bernikah dengan Rayyan." Ujarnya jujur. Memang dalam ingatannya sekarang hanya ada Rayyan. Dia tak mampu nak ingat siapa Nizam.

Rayyan? Dia menarik nafas dalam-dalam cuba menahan cemburu.

"Tak apa nanti bila you dah rest I akan cerita semula tentang diri I. Mungkin you akan ingat I semula." Balasnya dengan tenang.

Clara menggeleng. Dia cuba memaksa dirinya untuk mengingati Nizam namun dia gagal. Dia memegang kepala, menahan sakit.

"Maaf, tapi I tak kenal you and I tal faham, kenapa macam ni... argh- kepala I sakit." Dahi berkerut menahan sakit.

"No no it's okay. Kalau you tak ingat i-" okay ni tipu, dia tak okay.

"You kena rehat dulu. Jangan paksa diri you."

Nizam keluar dari bilik, memanggil doktor. Tidak lama kemudian, Qistina dan Rayyan tiba.

"Clara!" Panggil Qistina dengan penuh keterujaan. Dia lantas memeluk tubuh Clara.

"Ingat aku tak?" Soalnya dengan gembira.

Namun mata Clara tidak lepas dari memandang Rayyan.

"Rayyan?" Dia hanya kenal Rayyan, saat itu hanya Rayyan yang dia kenal. Dia berasa selamat dari dunia asing itu.

Tercengang Qistina mendengar Clara memanggil Rayyan. Ini bermakna, Clara berada dalam keadaan dimana memorinya bersama Rayyan.

***Lama tak update tapi bila dah update nampak cam rushing pulak haha sorry guys kalau hambar.

Hmm macam yang semua orang inginkan. Kita buat Nizam kena torture dulu. Muahaha evil. Tak nampak lagi kan evil tu? Kita tunggu next chapter! Kita buat Nizam jatuh tersungkur, sapa suruh jahat sangat!

And team Rayyan, go go go! Kita buat Rayyan menyerlah pulak. :D

Comments & votes eh? Hehehe

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now