42: Confession III

10K 248 7
                                    

"Okaylah, to be clear. Why am you telling me all these?" Soal Rayyan tanpa berbasa-basi.

"Kalau kau ditempat aku, boleh ke kau lupakan dia?"

Rayyan ditenung lama. Tapi tidak sedikit pun menganggu fikirannya. Dia cuba untuk meletakkan dirinya ditempat Nizam.

"Maybe aku takleh lupakan dia but aku akan stop kejar dia.."

"Jangan berani kau kata kau akan stop kejar dia sehinggalah kau ada dikasut aku, cintakan dia sejak dia tak cantik pun, itulah cinta paling ikhlas. Sehingga bercerai pun bukan kerana kesalahan kau. Tapi ada yang cuba fitnah dan runtuhkan rumah tangga kau. Kau dah fikir sedalam tu?"

Rayyan menelan liur.

"Okay bro so sekarang apa yang kau nak dari aku."

"Aku nak kau berdiri dikasut aku dan fikirkan sama ada kau nak teruskan atau tidak pernikahan ni."

Rayyan menjegilkan mata. Permintaan apakah ini? Dia tidak segila ini.

"And to inform you, im very sure she still love me." Kata Nizam lagi.

"Macam mana kau boleh terlalu yakin?"

"Aku tahu semua tentang dia. Aku juga tahu tempat dating korang." Ujar Nizam sambil tersengih, sarkastik.

"What?!"

"Aku sentiasa jaga dia since dia jadi wife aku. Everything is smooth and aku hampir berjaya pujuk dia untuk terima aku semula. Sampailah...."

"Teruskan."

"Sampailah dia berjumpa kau."

"Kau nak kata aku ni penganggu hubungan korang lah"

"Exactly."

"I hope I was not there to meet her but kalau dah jodoh kan. Apa yang aku boleh buat." Rayyan masih mempertahankan dirinya.

"Aku harap sangat kau boleh fikir semula semua yang aku cakap ni."

Rayyan keliru. Dia cintakan Clara tapi nampaknya laki ni lebih lagi mencintai Clara. Dia ingin bernikah dengan Clara malahan majlis mereka tidak kurang dari sepuluh hari lagi. Tapi laki ni seakan tidak membenarkan sesiapa pun mendekati bekas isterinya. Tapi rasanya laki ni kena sedar perempuan yang diperkatakan ini hanyalah bekas. Masa lalu sahaja. Tapi bagaimana pula jika dia yang berada ditempat Nizam?

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now