40: Confession I

10.2K 234 1
                                    

Rayyan tahu dibelakang ialah wanita yang dia cintai dalam masa sebulan. Dia tahu wanita itu ialah bakal isterinya dan dalam masa lima hari dari sekarang mereka bakal bernikah. Dua tahun selepas perkahwinan ialah dia menjangkakan seorang cahaya mata bersama wanita itu. Dan dia juga sedar dia telah memutuskan untuk membatalkan perkahwinan bersama wanita yang dia cintai yang dia telahpun ada rancangan untuk memiliki anak dan tempat-tempat menarik untuk dilawati bersama, relationship goals kata kan.

Kini dia masih berjalan kehadapan tanpa menoleh. Jika dulu, dia pernah berada ditempat Clara, ditinggalkan terpinga-pinga. Maka, dialah yang paling memahami apa yang wanita itu rasa sekarang. Sedih, kecewa, sakit dan sakit yang berulang tanpa henti. Dia tahu yang memori berkasih mereka pasti berulang seperti tape diminda Clara. Mengenangkan saat manis bersama dan semuanya seakan palsu bagi Clara kerana dia memilih untuk memutuskan segalanya.

Dia boleh jika mahu memperjuangkan cintanya terhadap Clara. Dia boleh menegaskan dan mengubah apa yang Clara rasa pada Nizam. Dia boleh lakukan semua itu seperti dalam filem Hindustan. Tapi dia memilih untuk mengalah, bukan kerana dia pengecut. Bukan kerana dia lemah. Tapi kerana dia tahu, cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia tahu cinta itu tidak semestinya memiliki. Itu semua kerana...

**********

"Apa khabar, bro?"

Rayyan membuka rayban dan meletakkannya ketepi. Iphone juga diletakkan diatas meja. Dia berhenti dari scroll Ig yang menawarkan rekaan busana pengantin yang cantik. Ya, ada lagi sepuluh hari sebelum dia dan Clara bergelar suami-isteri.

"Aku Nizam..."

Rayyan menyambut salaman Nizam dan dia masih terdiam, meminta penjelasan siapakah Nizam ini. Seraya itu, hidangan yang dipesan sampai. Nizam membuat pesanan juga.

"Ex-husband Clara."

Dan tahulah Rayyan.

"Bro ni Rayyan kan?"

Nizam yang banyak berbicara sedari tadi. Rayyan masih kaget dengan kehadiran Nizam yang tiba-tiba ini. Apakah lelaki ini mahu? Dia ingin memburukkan Clara kah? Atau dia ingin menyampaikan amanat untuk menjaga Clara sebaiknya. I try bro, I try. Huhu.

"Ya, aku Rayyan. Bakal suami Clara." Dia tekankan sikit perkataan suami itu. Nizam berdehem. Rayyan buat-buat minum air.

Sepertinya suasana ini akan tegang. Jika lelaki yang mengaku dirinya ex husband Clara, maka dia juga perlu tahu bahawa dirinya ialah future husband Clara. Bergaya.

"So, bila korang akan bernikah?" Dia sekadar berbasa-basi.

"Minggu depan, bagi alamat bro. Nanti aku hantar kad jemputan." Katanya tersengih. Nizam mengetap rahangnya. Menahan sakit.

"She is beautiful, right?"

Ah dia dah mula dah.

"Aku kenal dia dari sekolah menengah lagi. Tapi dulu dia tak macam sekarang, heh." Nizam seakan bangga kerana mengenali Clara dari dulu lagi. Dia bangga untuk menceritakannya seolah dia yang paling kenal akan Clara.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now