69: Kebenaran

7.3K 197 26
                                    

"Bagitahu aku segalanya, please.." Clara meramas tangan Qistina, sahabat yang satu itu tahu dengan menceritakan segalanya pasti akan  mengundang perkara lain.

"Apa yang berlaku?" Dia pelik, macam mana semua ni jadi, kenapa Clara tiba-tiba minta dia cerita segalanya. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Nizam pukul kau ke?" Soalnya spontan. Clara hanya memberi satu pandangan yang aneh, apa maksud Qistina?

"Sorry, tak.. maksud aku sebenarnya why kau tiba-tiba tanya. What makes you come into this?"

"I don't know what but all those dreams, its look real, very. I swear it's too real." Airmata Clara mula jatuh, dia rimas dengan semua memori itu dan kini dia ingin seseorang yang mampu membantunya mengingati semuanya semula.

"Sabar. shhss.." Qistina mengusap rambut Clara dan mendakap sahabatnya itu.

"Its suck. I wish I could remember all those memory like clearly."

"Okay jangan menangis, aku cerita."

Clara mengelap wajahnya dengan hujung lengan, Qistina sudah mula membuka cerita.

"Malam sebelum kau hilang ingatan, kau ada call aku. Aku takut masa kau call aku sebab aku dengar kau dan Nizam bertengkar, aku takut dia apa-apa kan kau-"

"Nizam seorang kaki pukul? Seriously?" Dia seakan tidak percaya, mana mungkin selimut tetangga (okay tak lawak) Nizam yang sangat baik itu menderanya.

"I don't know but I don't think so. Kau minta aku ambil kau sebab kau pregnant masa, i'm sorry it's already nine month."

Clara menekup mulutnya, mimpi itu memang benar, dia memang mengandung. Air matanya tumpah laju lagi.

"Macam mana aku boleh jatuh." Itu apa yang dia sering dengar, doktor, parents and Nizam sendiri sebut yang dia jatuh tangga.

"Aku tak tahu macam mana kau jatuh tangga but masa aku sampai kondo, Nizam dah gendong kau masuk lift."

"Aku gugur sebab incident tu, right?" Dia rasa seperti menerima tekanan yang teramat sangat.

Qistina mengangguk lemah.

"Kau kenal tak seorang perempuan seksi-"

"Ariana?" Laju saja nama itu disebut.

"Aku tak tahu tapi kenapa Ariana?"

"Kenapa, dia datang ganggu kau lagi?"

Soalan dibalas dengan soalan.

"Siapa Ariana? Kenapa dia ganggu aku?"

Ada sengihan sarkastik, "aku tak tahu apa hubungan Nizam dengan Ariana tapi yang aku pasti perempuan tu tergila-gilakan Nizam. Kalau kau nak tahu, malam sebelum kau hilang ingatan, dia ada. Aku terkejut jugak tapi aku syak diorang ada something, sorry to say tapi memang aku tak sedap hati dengan Nizam tu. Cuma kau yang mampu bagitau apa yang terjadi malam tu, aku tak akan percaya langsung apa-apa dari mulut Nizam."

"Aku harap aku ingat semula..."

"Macam mana kau boleh tahu pasal dia?"

"Dia datang tadi dan dia sebut nama Nizam, aku rasa kau betul. Dia dan Nizam-"

"Jangan buat assumption macamtu, aku memang tak suka Nizam tapi aku tak nak sebab apa yang aku bagitau ni kau benci Nizam. Please, no. Bila ingatan kau dah pulih, masa tu baru kau buat keputusan."

"Aku mimpi dan sebenarnya sebelum aku mimpi, aku dah alami benda ni dulu. Ariana, Nizam sering muncul dalam memori tu.."

"Apa yang kau ingat tentang mereka dalam mimpi tu?"

"Aku dan Nizam ditepi pantai, aku tak berapa pasti tapi dalam mimpi tu we look very happy."

"Macam happy untuk forever kan?" Qistina sengih sinis lagi, bukan kerana marahkan Clara tapi kerana lelaki bernama Nizam.

"What do you mean?" Soal Clara, susah kalau dah tak ingat apa ni. Sampaikan hal personal pun nak kena tanya orang.

"Kau dan Nizam pernah bercerai, aku ingat kali ni dah menyesal lah tapi macam sama je. Hish, bengang aku kalau cerita pasal Nizam ni." Getusnya.

"Ada apa-apa lagi yang aku perlu tahu?"

"Aku tak nak cerita lebih-lebih mungkin lepas ni kau kena tanya Nizam sendiri..."

Qistina memandang Clara dengan sayu, "dan aku harap apa yang aku cerita ni sama dengan apa yang dia akan cerita."

Dia rasa debarannya sangat kuat. Takut nak ketahui kebenaran.

Selesai berbual dari hati ke hati bersama Qistina, Clara menuju ke parking lot di hadapan business park, berdekatan restoran tempat pertemuan mereka. Dia baru nak melangkah kedalam perut kereta sebelum seseorang menyentuh bahunya.

"Ariana-" Sebutnya sepatah, Ariana hanya senyum segaris, ikhlas atau tidak dia sendiri tak pasti.

"I need to talk with you." Ariana kelihatan lebih serius kali ini, ada debaran kuat mula menggoncang dada. Dia takut kebenaran makin terlihat. Baru tadi dia berjumpa Qistina, apa yang dia dengar memang mengejutkan dan kini dia takut Ariana pula akan mendedahkan perkara lain.

"Awak nak cakap apa?" Clara menutup semula pintu kereta, nampaknya dia berminat untuk berbual dengan Ariana.

"Kita minum-minum erm..." mata dilontar sekelilinf bangunan niaga tersebut, ada barisan restoran pelbagai aneka, daripada french, western dan italy.

"Kita minum situ," bibir dijuihkan kearah kanan, Cafe Canopy. Clara mengangguk dan mereka berjalan seiringan kearah Cafe tersebut. Suasana Cafe kelihatan santai dan tidak ramai pelanggan, pemilihan warna kedai yang agak gelap, cliche sebuah Cafe hipster.

"Mocha." Pesan Ariana pada pelayan ber-name tag Lisa.

"Sama." Ujar Clara sepatah sebaik sahaja mata Lisa dialihkan kearahnya. Dengan memberi sebuah senyuman, pelayan tersebut beredar.

"So...what?" Tanpa berdolak-dalih. Clara tidak mahu membuang masa.

"Nizam ada cerita apa-apa tentang I?" Soalnya dengan wajah yang masih serius. Clara memandang matanya dalam.

"Tak ada cakap apa-apa. Why, ada something yang Nizam perlu beritahu I pasal you?" Panggilan diri sudah bertukar.

"Nizam...Nizam... I pun tak faham lah dengan lelaki zaman sekarang, he suppose to tell you about me. About us, to be more clear."

About us? Apa yang Qistina cakap tadi sememangnya benar. Liur ditelan, kebenaran rasa makin pahit untuk ditelan.

"What do you mean, I don't get it." Senyuman hambar menghiasi bibirnya, ternyata Clara tak mampu untuk menjadi fake. Jika dia marah, dia akan marah, jika dia kecewa wajahnya memang jelas menunjukkan dia kecewa.

"We are getting marry. I dan Nizam akan bernikah tak lama lagi, don't you know about that?" Ariana memegang tangan Clara, memberi Clara kekuatan (kononnya) untuk menghadapi kenyataan pahit itu.

Mulut Clara ditekup dengan tangan, wajahnya jelas terkejut, mimpi itu benar.

"Kenapa Nizam rahsiakan dari I? Sejak bila you all bercinta?"

Coffee sampai dan masing-masing membiar sepi air itu.

"I sendiri tak pasti kenapa tapi kami berdua dah pernah terlanjur..." sengaja ayat terakhir diperlahankan. Muka juga tunduk kebawah. Clara terlopong mendengarnya.

"Terlanjur??!" Dia benar-benar tidak percaya, masa kan Nizam akan main kayu tiga dengannya sehingga begitu sekali? Apa maksud semua ciuman itu? Dasar lelaki! Kepala terasa ada denyut, ahh sakit tu kembali lagi.

"Kalau you tak percaya, I ada bukti." Ariana mengeluarkan beberapa keping gambar.

Kepingan pertama.
Ariana dan Nizam sedang bertemu dilobi sebuah hotel.

Kepingan kedua.
Ariana dan Nizam hanya berselimut diatas katil.

Kepingan ketiga.
Clara sudah menolak ketepi kesemua gambar itu. Ternyata itu sangat menyakitkan hatinya. Meskipun dia pernah menafikan rasa cinta pada Nizam, namun semua ini membuatkan dia berfikir dua kali.

Am I fall in love with this guy? Like seriously, I fall in love for what time with this shit???!

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now