29: Family Rayyan II

11.2K 253 0
                                    

"Rayyan banyak cerita pasal Clara kat Auntie dan Uncle. Ni, Cik Suzie pun dah kenal dengan Clara. Tunggu Pak Mat tukang kebun kami je belum tahu. Tu pun sebab dia jarang ada dalam rumah." Seisi rumah ketawa. Clara merah padam, sesekali dia mengerling Rayyan yang menutup muka, malu kerana rahsianya bocor.

"Apa je yang Rayyan cerita ya." Soal Clara dengan ramah.

"Banyak, dia cerita yang Clara ni anak Tan sri Ridzwan. First meeting korang pun sebab Clara tertinggal hand-out." Balas Datin Paduka Rozie.

"Dah sejam ni duk berbual, nak masuk Zuhur dah. Kita solat dulu ya Clara?" Ujar Datuk Paduka Razak.

Clara senyum teragak-agak. Bila tah kali terakhir dia solat?

"Tempat wuduk ada sebelah bilik solat, kita naik dulu jom." Kata Datin Rozie yang sudah berdiri. Clara mengangguk.

"Auntie, sebenarnya Clara..."

"Clara cuti ya?" Datin Paduka Rozie mengagak. Clara nak kata yang dia dah lupa cara berwuduk dan solat. Tapi jika itu yang Auntie dah fikir, dia mengangguk mengiyakan sahaja.

"Tak apa, Clara duduk saja disini. Kami jemaah dulu." Ujarnya lagi. Mereka telah naik ditingkat atas menunaikan fardhu Zuhur berjemaah.

Lebih kurang setengah jam kemudian mereka turun dan mengajaknya makan sekali.

"Kita lunch dulu Clara. Harini Auntie dan Cik Suzie masak makanan kegemaran Rayyan. Kalau Clara nak resepi, lain kali datang sini lagi. Auntie ajar, ya." Datin Paduka Rozie berseloroh.

Amboi amboi. Apa agenda mereka ni. Huhuhu. Lain macam je.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now