34: Engaged

10.7K 255 5
                                    

"Clara tak kata pula yang mereka datang hantar rombongan meminang?" Ujar Mama padaku. Aku sendiri tak tahu akan perkara ini. Rayyan cuma kata mahu datang melawat Papa dan Mama.

Papa sendiri kaget dengan orang ramai yang datang dengan kostum sedondon. Pengiring rombongan memakai Jubah polos hijau daun. Warna sunnah, sejuk hatiku. Walaupun aku buta tentang Islam tetapi tidak bermakna aku tidak tahu langsung, aku cuma tersasar dari landasan semenjak menjadi 'cantik' ni.

Aku berfikir-fikir kembali apabila menyebut perkataan pertunangan. Teringat wajah Nizam dan Cikgu Aril. Eh, Cikgu Aril? Nanti lah aku cerita, banyak rahsia mengenai kisah hidup aku. Yang aku sendiri tak tahu sama ada Rayyan mampu menerima atau tidak.

Sewaktu rombongan menyatakan hajat ingin menyunting aku, hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya aku dengan berita itu. Walaupun aku dan Rayyan baru berapa bulan berkenalan, malah jika aku boleh katakan, baru masuk sebulan lebih. Tapi gilalah aku kalau aku tak setuju dengan pinangan ini. Rayyan sememangnya aku dapat rasakan aura yang mampu memberikan aku kebahagiaan didunia malahan disana nanti, dengan izin Allah. Aku percaya itu.

Walaupun aku sendiri terkejut dengan rombongan ini, aku tak menunggu lama untuk memberi kata putus. Sehinggakan rombongan semua ketawa bahagia apabila aku menerimanya.

Qistina ada memberi aku sedikit ceramah. Katanya, jika nak tahu sama ada orang itu ialah jodoh yang baik, apabila kita memandang wajahnya kita akan berasa tenang. Rayyan memiliki ciri-ciri itu, kerana itu juga aku percaya akan Rayyan.

Qistina yang baru berhijrah kearah lebih baik itu sememangnya banyak juga memberi aku tunjuk ajar untuk turut berubah. Katanya lagi, semua persahabatan didunia ini akan menjadi permusuhan melainkan persahabatan yang disertai dengan ketaqwaan.

Qistina juga ada memanjatkan rasa syukurnya kerana akhirnya hatiku terbuka untuk berubah.

Sebentuk cincin pertunangan, telekung dan sejadah, dan juga perfume lagi untuk hantaranku. Kali ini bentuk botolnya ialah berbentuk hati. Haritu bentuk tower, kali ini bentuk love.

Clara mengeleng kecil, ada senyum terukir.

Rayyan tidak mengikut rombongan tersebut. Malah selepas Datuk dan Datin pulang bersama rombongan, Clara masih tidak menghubungi dia. Hatinya cukup berbunga-bunga.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now