62: Hospitalized

8.8K 243 73
                                    

Qistina memandu laju kereta menuju hospital. Dia mengerling sekilas Nizam yang memeluk tubuh Clara dibelakang sambil menangis teresak-esak. Rasa geram pulak, dia dengar apa yang terjadi masa call Clara tadi. Pasti Nizam ialah puncanya
Namun untuk memastikannya, maka dia mula bertanya.

"Apa yang jadi? Why she is bleeding?" Ujar Qistina yang masih focus pada pemanduannya.

"Dia... dia jatuh tangga." Jawab Nizam dengan nada kesal. Memang dia patut rasa bersalah!

"Tangga??! Kenapa dia lalu kat tangga? Lift kan ada?" Soal Qistina bertubi-tubi, dia tak puas hati dengan jawapan Nizam.

"Dia nak keluar dari rumah but I tak izinkan. So dia lalu tangga and...."

"Apa yang susah sangat you nak bagi dia keluar?" Marahnya lagi. Kalau ada apa-apa jadi pada Clara, dia tak akan maafkan Nizam.

"I tak nak cakap pasal hal ni."

"And kenapa si Ariana ada dekat rumah you all?" Soalnya lagi. Dia akan paksa Nizam jawab.

"Please, I tak nak cakap pasal hal ni. Now, focus on your driving. I takut apa-apa jadi pada Clara."

Takut? Kalau ada apa-apa berlaku, kau orang pertama yang aku akan salahkan!

Mereka tiba di private hospital dan Clara dimasukkan ke wad kecemasan. Nizam dan Qistina sedang duduk di waiting area sebelum Papa dan Mama kepada Clara dan Nizam tiba. Mereka saling berpelukan dengan Qistina.

"Apa dah jadi?" Soal Mama Clara, memang itu sahaja persoalan yang masih bermain difikiran. Hanya Nizam sahaja tahu jawapannya.

"Clara jatuh tangga-"

"Ya Allah." Mama Clara menutup mulut kerana terlalu terkejut, Mama Nizam memimpinnya duduk. Tak pasal-pasal ada kes pengsan pulak kat sini, lagi teruk kalau kena serangan jantung!

"Clara jatuh kat tangga mana?" Soal Mama Nizam, dia lebih rasional.

"Tangga kat kondo. Kami ada perselisihan faham, dia nak keluar dari rumah ikut lift but Nizam halang and she enter emergency door. Lepastu dia jatuh." Jelas Nizam, dia tak tahu dalang sebenarnya ialah Ariana.

"Astarghfirullah alazim."

"Nizam mintak maaf, Nizam salah. Nizam sendiri tak dapat maafkan diri Nizam kalau ada apa-apa berlaku." Dia meraup wajah. Berharap Clara akan selamat. Ada banyak darah mengalir dikepala dan celahan kaki Clara. Dia tahu ada sesuatu berlaku pada kandungan itu. Dia tahu.

Doktor wanita memakai name tag Shila menyapa mereka semua.

"You all family pada patient named Clara?" Soalnya sambil menanggalkan mask dimuka. Ada peluh merembes diwajah, pasti mereka bergelut untuk menyelamatkan Clara.

"Ya, I husband Clara." Jawab Nizam, dia meluru laju kearah doctor. Qistina membuat muka, makin lama makin menyampah. Taburlah banyak mana pun kebaikan, takkan mampu nak hilangkan parut yang Clara rasa sebab dia!

"To inform you, patient keguguran akibat pendarahan teruk and I guest patient terjatuh from somewhere sebab hentakan pada kandungan agak kuat. Dia juga mengalami kecederaan pada kepala and the most important things now ialah patient akan mengalami masalah pada ingatan. But ini hanya untuk temporary, kami akan berusaha untuk merawat dan bagi information dari semasa ke semasa. I ada check juga, her face- ada kesan lebam dalam mulut-"

"Kesan lebam? Nizam, what happen to Clara?" Qistina mencelah, soalan terus dituju kepada Nizam.

"Yes, ada kesan lebam, like abuse. I don't know what happen but when she is awake, she might suffer a heavy pain. Dia akan mengalami trauma. I nak you all give her support. Dia mungkin takkan ingat tentang kandungan dia, jadi buat masa ini, jangan ingatkan dia tentang ini. I takut dia akan tertekan dan akan menganggu ingatan dia dari pulih. So please all of you, okay?" Pesan Doktor Shila, dia menepuk perlahan bahu Qistina dan berlalu pergi.

"Apa yang you dah buat pada Clara hah? Kenapa doktor kata ada kesan lebam? You pukul dia ke?" Soalan bertubi-tubi oleh Qistina, Mama Clara sempat menenangkan Qistina dari terus-menerus menyalahkan Nizam.

"I.. I mintak maaf.. Memang semua ni salah I. I am really regret. Please jangan salahkan I lagi." Nizam terduduk, wajah dirapatkan pada lutut. Dalam keadaan seperti ini, Qistina seolah menyalahkannya.

"Sudah lahtu Qis, kita doa jelah Clara tu cepat sembuh. Dah tak ada guna nak salahkan sesiapa sekarang ni." Mama Clara cuba memujuk Qistina.

"Betul kata auntie kamu tu. Nizam Papa nak cakap dengan kamu selepas ni. Better now kamu bersihkan muka dulu. Kita jumpa di cafe." Ujar Papa Clara, dia berlalu berdua bersama besannya, Papa Nizam.

"Sudah, bangun. Your wife need you now, Nizam kena kuat. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan." Mama Nizam membantunya bangun. Nizam memeluk tubuh wanita itu. Dia memang sayangkan Clara, dia terperangkap dengan Ariana. Dia sedar dia banyak menyakiti hati Clara, dia tak layak untuk Clara.

"Auntie I am sorry but if anything bad happen to Clara, Qis memang tak mampu nak maafkan Nizam. I know, they fight tadi before Clara hospitalized right now. Qis sendiri nampak tadi Ariana ada dengan mereka. Clara ada call Qis mintak ambil dia, dia nak balik rumah auntie. Pasti Ariana punya angkara and takkan lah tepuk sebelah tangan nak berbunyi kan? Nizam mesti seronok dengam Ariana, tu pasal Clara sakit hati. Kesian dia." Qistina memegang tangan Mama Clara, menceritakan segalanya.

"Mama tak sangka Nizam akan berjumpa dengan Ariana lagi dalam keadaan Clara macamni?"

Tidak sempat soalan itu dijawab. Ada nurse datang memberi kebenaran kepada pelawat untuk melawat Clara.

"Kita masuk dulu auntie, I hope Clara akan okay." Ujar Qistina sambil memimpin Mama Clara ke wad.

"Insya Allah. Kita doakan."

Nizam dibiarkan termangi sendirian bersama Mamanya. Meratapi kekesalan yang tak mungkin dia mampu baiki.

***Hai korang, rasanya ni first time I buat nota kaki :p , so how? Setakat ni okay tak plot? Mesti ramai yang bencikan Nizam, right? Bagi Nizam peluang sebab dia terperangkap dengan Ariana. Huhuhu...

Btw, I ada published cerita baru, Cerpen. Akan ada banyak koleksi cerita pendek yang dikompilasikan at there. The genre also more to thrilller, psiko, seram and akan ada jugak romance and things about life. But I need your support, do votes it. Please okay :)

And thank you because votes, support this story and leave your comment. I never leaved your comment without replying it. So, don't hesitate to leave the comments and more important, do votes okay? Bebel panjang pulak. :p

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now