67: Persoalan

7.1K 199 23
                                    

Pagi tu awal-awal pagi lagi Nizam dah pergi kerja, tinggal Clara seorang diri dirumah. Masa dia bangun dari tidur, ada nota kecil ditampal pada sebelah handphone miliknya, Nizam yang bagi masa dia baru sedarkan diri haritu. Entahlah dia tak ingat rupa handphone lama nya bagaimana dan dia tak tahu kenapa Nizam menukar handphone-nya, dia tak pernah tanya dan tak terfikir untuk bertanya. Nota dicabut.

Breakfast is on table. Take shower first ;)

Nota diletak ketepi semula, dia tersengih membaca nota ringkas itu. Walaupun rasa cinta belum berputik dia tahu mereka ialah pasangan suami isteri yang intim. Dia lihat ada banyak gambar percutian atau jika tekaannya benar, gambar honeymoon mereka berdua tertampal didinding malahan diatas meja hiasan juga. Hanya mereka berdua. Dia tertanya berapa lamakah usia perkahwinan mereka? Masih belum ada anak?

Kaki lantas dipandu keruang hadapan, dia ingin melihat dulu sarapan yang disediakan Nizam. Ada sepinggan nasi goreng dibalut rapi dengan wrapper. Disebelahnya sebuah teko kecil. Apabila penutup teko dibuka, haruman teh menghidupkan seleranya. Baru sahaja dia ingin menanggalkan wrapper tersebut, ada lagi sebuah nota kecil dibawah pinggan tersebut, agak tersembunyi pada awalnya.

Hey, get a shower first. I watching you.

Ada emoji muka marah pada hujung nota tersebut. Dia tergelak kecil. Lelaki ni memang misteri. Ada pasang CCTV ke? Dia memandang sekeliling. Tak logik, sebab nota telah ditulis awal, melainkan dia mendapat SMS dari Nizam. Dia menggeleng sendirian kerana kebodohan diri. Lantas dia mencapai tuala dan mandi dulu. Mana tahu Nizam ada pasang CCTV betul-betul ke. Huhuhu...

Ting tong!

Baru sepuluh minit mandi, Nizam dah balik rumah? Bisiknya sebaik mendengar bunyi loceng. Clara menyapu shampoo yang mula jatuh kemuka. Pedih!

Sekejab! Jeritnya dalam hati. Aduh kenapa awal sangat balik ni. Dia pantas mencurahkan air kemuka dan mengelap badan, dalam keadaan berkemban, dia menghampiri pintu dan memulas tombol.

"Eeii lama nya sayang ni!" Seorang wanita terus menapak kedalam rumah. Kedua-dua mereka kaget sebentar melihat sesama sendiri.

Siapa perempuan ni? Clara memandang Ariana dari atas kebawah berulang kali, tak kurang juga Ariana.

Clara dah sembuh? Dia panik.

"Aaa... awak ni siapa?" Soal Clara sambil menutup anggota badan yang terdedah kerana berkemban. Apa bodoh sangat aku ni berkemban je, kan dah malu. Kalau tadi lelaki, maunya aku diapa-apakan. Dia menggigit bibir.

"Aku siapa?" Ariana mengembalikan soalan tadi. Biar betul perempuan ni tak kenal aku? Ke dia ni pura-pura?

Clara menitik lama wajah Ariana namun akhirnya dia tetap menggeleng.

"Kau pasti kau tak kenal aku?" Soalnya seakan tidak percaya. Bagus juga kalau dia tak kenal aku, kira kes aku cuba nak bunuh dia haritu settle lah. Fikirnya lagi.

"Maaf, saya memang tak kenal." Clara cuba menghadam kembali ayat yang terpacul sewaktu dia membuka pintu ini tadi. 'sayang'? Betul ke apa aku dengar tadi yang dia ni sebut sayang?

"Kau jangan nak main-main dengan aku." Marah Ariana pula, dia sengaja ingin menduga Clara. Clara mengerutkan dahi.

"Saya memang tak kenal awak dan saya rasa awak patut keluar dari sini." Clara sudah membuka pintu dengan lebih luas. Perempuan asing seksi ni memang biadap sudah lah masuk ke rumah orang.

"Okay sorry-sorry.. So kau betul tak kenal aku?"

Berapa kali aku nak ulang?

"Cik salah orang ni." Clara sudah mula memaut lengan Ariana dan membawanya keluar. Malas nak layan kerenah perenpuan tak sedar diri ni.

Teringat kembali Ariana pada kejadian dimana Nizam menghalaunya. Lantas dia cuba melawan tolakan pada tubuhnya oleh Clara. Dia cuba mengawal.

"Nizam mana?" Soalan itu terpacul keluar dengan laju. Clara tersentak lalu melepaskan pautan tangan pada lengan Ariana.

"Nizam?" Maknanya dia ni memang kenal kitaorang? Siapa dia ni sebenarnya? Clara cuba sedaya upaya untuk mengingati Ariana.

"Awak ni siapa?" Soal Clara, entah-entah sepupu Nizam ke? Setelah mendapati dia masih gagal untuk mengingati Ariana.

Hmm, memandangkan perempuan ni dah tak kenal siapa aku.

Rancangan jahat mula menular. Senyuman sinis tersimpul. Ariana dan idea jahat berpisah tiada.

"Hmm awak pasti nak tahu siapa saya?" Ujar Ariana dengan nada lebih sayu dan sopan, lakonan bakal bermula. Dia memang juara untuk teater di sekolah namun bagi Nizam dan Clara sendiri (ketika ingatannya normal), Ariana merupakan drama queen yang tiada siapa mampu mengalahkannya. Pernah sahaja perempuan ini berlakon pengsan ketika Pendidikan Jasmani, semuanya gara-gara dia tidak mahu berpeluh dan tidak mahu kotorkan Adidas miliknya.

"Ya, saya nak tahu." Jawab Clara dengan tegas.

"Saya ni bakal isteri-" Belum sempat pun rancangan jahat untuk mengaku dirinya tunang Nizam, lelaki itu sudah muncul dari belakang, baru keluar dari elevator.

"Clara!" Suara garau Nizam menerjah dari jauh sana. Clara mengalihkan mata kebelakang, Nizam memanggilnya dengan lantang. Ariana juga menoleh kebelakang, dia dapat melihat mata Nizam seakan ingin menerkamnya.

Matilah aku!

"Nizam..." sepatah keluar dari mulut Clara.

"Apa you buat kat sini?" Soal Nizam kasar. Bukan dia tak tahu perempuan ni memang kerja dia nak musnahkan rumahtangga orang.

"I.....I... ada barang tertinggal haritu, so I cari tadi tapi tak jumpa. Tak apa lah, I pergi dulu." Ariana lantas bergegas meninggalkan mereka.

Clara terpinga-pinga. Siapa Ariana? Tadi dia kata dia isteri kepada siapa? Ayat dia tergantung. Dia cuba untuk menghadam segalanya.

Kepalanya sakit semula.

"Argh!" Dia memegang kepalanya kuat. Nizam cepat-cepat memimpin Clara kebilik tidur.

"Sakitnya..." adu Clara sambil terbaring. Dia tidak heran dengan kain kemban dia dah, kepala dia sangat sakit ketika ini.

Nizam mencari beberapa helai pakaian buat Clara. Dia duduk disebelah katil, meletakkan kepala Clara diribanya.

"I akan ambil ubat, now you rest dulu. Kalau you tak larat, I akan pakaikan you baju ni. I pergi dapur dulu ambil ubat, okay?" Dia mengucup dahi Clara, wanita itu terkesima sebentar, hilang kejab sakit kepala tadi. Tapi macam biasa lah, Nizam akan memberi ciuman dan berlalu. Dia sedikiy kecewa namun kesakitan itu melebihi dari perasaan kecewa yang dialami.

Nizam kembali dengan ubat ditangan dan segelas air juga. Clara sedang meyarung baju dan Nizam cuba membantunya. Wajahnya sudah merah menahan malu. Tak guna kenapa lah sakit tu datang, kan dah kena tahan malu. Walaupun Nizam ialah suamainya namun dia masih segan pada Nizam kerana baginya Nizam masih stranger. Bukan salahnya untuk menganggap Nizam seperti itu.

"Biar I sarungkan," dengan kepayahan Clara nak menyarungkan, dia tahu wanita itu tak berdaya. Dia menghulurkan ubat dan sebaik sahaja wanita itu menelan pil, segelas air diminum sekadar melarutkan pil tersebut.

"Thanks." Ucap Clara sambil baring. Nizam merapatkan wajah pada Clara, tak senang duduk Clara dibuatnya. Apa lagi yang dia ingin lakukan ni? Bebel Clara dalam hati. Satu ciuman singgah didahinya lagi, lama seakan tidak ingin melepaskan. Clara dapat rasa hembusan hangat nafas Nizam pada wajahnya dan wangian POLO yang menguasai deria Clara membuatnya tidak keruan. Dadanya sudah berdebar dengan hebat.

Lalu ciuman dilepaskan, Clara masih memejamkan mata dengan sedaya upaya, Nizam lantas tersenyum melihat Clara. Mungkin wanita itu masih takut padanya. Apabila rasakan ada pergerakan pada katil, tahulah Clara yang Nizam sudah bangkit. Macam biasalah Nizam akan berlalu pergi. Clara cepat-cepat membuka mata. Dia tak akan benarkan Nizam pergi lagi selagi persoalan tadi tidak terjawab.

"Nizam!" Panggilnya dengan kuat tapi masih takut-takut. Lelaki itu menoleh.

"Ya sayang?" Kening diangkat.

"Siapa perempuan tadi?" Soalnya sambil menggigit bibir, takut kalau soalan itu menganggu Nizam. Nizam mengerutkan dahi, memikirkan jawapan sesuai untuk soalan itu.

Ya Allah bantulah aku. Bisik hatinya. Dia takut untuk menyatakan hal sebenar. Dia takut.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now