63: Man-to-man

9K 231 28
                                    

Mama Nizam memerhati Mama Clara dan Qistina yang sudah hilang dari pandangan. Dia membantu anak kesayangannya itu berdiri.

"Dah bangun, Papa dah tunggu kat cafè tu. Pergi basuh muka, kusut sangat Mama tengok."

Nizam berdiri dengan lemah, menuju ke tandas dan terus turun ke cafè. Mama Nizam segera melawat menantunya yang masih terbaring itu.

**********

"Papa..." panggil Nizam perlahan lalu duduk dikerusi, berhadapan dengan lelaki-lelaki itu.

"Ha Nizam, Papa dah order air tadi. Macam mana, kamu okay?" Soal Tan Sri Ridhwan, ayah Clara.

"Alhamdulillah much better. Mama minta Nizam ambil wudhu tadi." Ujarnya dengan sopan. Memang dia bersalah, kerana itu dia seakan redha untuk segalanya, dia tak melawan, dia ikut sahaja apa yang orang sekeliling minta. Dia sudah lakukan apa yang dia mampu namun ternyata dia kalah. Kini, dia mengharapkan orang lain untuk membantunya bangun.

"Baguslah kalau macamtu, kan Jalil?" Soal Tan Sri Ridhwan kepada Datuk Jalil. Datuk Jalil mengangguk setuju. Mereka berdua telah berpakat untuk memberi nasihat man-to-man pada Nizam. Dia masih muda, dia perlukan bimbingan dari orang yang berpengalaman. Kini tibalah masanya.

"Papa bukan nak masuk campur dalam rumah tangga kamu berdua, namun macam kamu tahu, ini pernikahan kali kedua kamu. Kalau kali pertama gagal dan kamu cuba baiki pada kali kedua, Papa harap kali kedua ni kamu lakukan yang sebaiknya. Kamu bertanggungjawab pada anak dan isteri kamu. Itu amanah. Ingat tu." Kata Tan Sri Ridhwan lagi. Clara ialah anak tunggalnya, dia sendiri tidak pernah menyakiti Clara, mana mungkin dia akan biarkan orang lain lakukan itu?

"Nizam, walaupun Papa ni ayah kamu, tapi you must remember, Clara is your wife and if you do anything that hurt her, Papa tak setuju, Papa akan pertahankan Clara." Datuk Jalil menyokong Tan Sri Ridhwan. Nizam tiada siapa-siapa untuk memyokongnya, memang ternyata dia yang salah.

"Nizam minta maaf sebab abaikan tanggungjawab Nizam..."

"Kalau ada masalah, duduk berbincang. Semua masalah boleh diselesaikan. Komunikasi penting dalam rumahtangga. Lainlah kalau kita sendiri cari pasal nak pasang lain, ye tak Jalil?"

Berdesup tepat pada jantungnya! Memang kena kat batang hidung sendiri.

"Clara dah cukup sempurna bagi Papa, kamu jangan buat pasal nak kahwin lain. Ingat tu." Pesan Datuk Jalil. Nizam menelan liur, macam tahu sesuatu je ni?

"Sekarang ni isteri kamu tak sedarkan diri lagi, nanti bila dia dah sedar dia akan hilang ingatan. And lepas ni, cabaran buat kamu lagi besar, kamu kena banyak bersabar..." Jelas Datuk Jalil.

"Anak kamu, cucu kami pun dah meninggal, tak sempat nak lihat dia..." kata Tan Sri Ridhwan sebak.

"Selesai lawat Clara sebentar lagi, kita uruskan jenazah.. Dah cukup sifat dahtu tunggu masa je tu..." Sambungnya sambil tunduk. Nizam rasa sangat bodoh ketika itu, kalau Ariana tak datang tadi pasti keadaan tak teruk seperti ini.

Berhenti salahkan orang lain Nizam! Kata hatinya.

"Sabarlah Wan, belum rezeki kita nak timang cucu..." Datuk Jalil menepuk belakabg badan Tan Sri Ridhwan.

"Ingat, Papa tak nak dengar apa-apa masalah lepas ni, hal Ariana tu pandai-pandai kamu uruskan..." Kata Datuk Jalil, memberi amaran.

Nizam terus mengangkat muka, macam mana Papa tahu?

"Qistina dah bagitahu segalanya masa call kami tadi. Kalau betul kamu ada hubungan dengan Ariana, Papa minta kamu fikirkan masak-masak, your wife need you very much." Balas Datuk Jalil lagi. Tan Sri Ridhwan terangguk-angguk.

Dia rasa haus tiba-tiba, mana air ni?

**********

Doktor Shila menguak pintu bilik, "I nak jumpa family Clara, ada hal penting." Dia keluar berlalu pergi.

Mama Nizam dan Clara, Qistina dan yang lain membuntuti Doktor Shila ke biliknya.
Dia memegang kertas yang dicompile dari sebuah file.

"I ada cakap-cakap dengan her husband tadi, and from that, patient didapati jatuh tergolek di tangga pada pintu kecemasan di rumah mereka, right?" Soal Doktor Shila sekadar meminta kepastian pada Nizam, Nizam mengangguk.

"Kandungannya yang berusia 9bulan itu gugur kerana hentakan yang kuat pada perut. For your information, pada perut ibu mengandung, ada satu lapisan yang menyokong janin. Jika ada hentakan, kandungan tidak akan terjejas langsung. But, in this case, hentakan yang patient alami is too strong sehingga mengakibatkan keguguran." Jelasnya sambil memandang wajah semua orang disitu.

"But the most important thing is, akibat daripada insiden itu, patient mengalami gangguan pada ingatannya akibat gegaran kuat pada otaknya, as we know she fell down, right?"

Doktor Shila menyambung lagi, "Gangguan ingatan ini ada banyak jenis and patient is now suffering Retrograde Amnesia. Retrograde Amnesia menyebabkan patient tiada upaya untuk mengingati masa lampau and yang paling patient cannot remember is time when the incident happened. Perkara yang paling dekat sebelum hari kejadian and pada hari kejadian, patient tak mampu nak recall semula the activity. But, you all can help her by recalled things she used to do."

"Berapa lama patient akan mengalami benda ni?" Soal Qistina, lalu menjeling tajam wajah Nizam.

"Depends on patient, depends on your support. Tapi jangan bagi dia stress, once she get dizzy or vomiting, minta dia rehat. Jangan paksa dia untuk ingat sebab memang dia tak mampu, do it slow. Tapi ada 80% chance untuk dia ingat semula. Ianya hanya untuk sementara, don't worry." Jelas Doktor Shila.

*********

"Clara, kau kena cepat sihat. Aku, Mama dan Papa hari-hari datang tunggu kau bangun." Qistina mengenggam erat jari-jemari Clara, matanya jatuh pada perut Clara yang sudah kempis. Sedih, hatinya sakit. Sehingga kini memang dia sentiasa menyalahkan Nizam.

"Betul sayang, abang nak sayang cepat bangun. Then nanti abang nak masakkan something special untuk sayang, sayang suka lasagna kan?" Dia mengusap rambut Clara perlahan. Qistina menjeling Nizam dan bingkas bangun.

"Qis..." Nizam memanggil Qistina. Wanita itu menghentikan kakinya.

"I tahu I salah but I sendiri taknak this thing happen. I sayangkan Clara, please trust me. I have nobody yang boleh percayakan I lagi, I memang betul-betul menyesal." Ujar Nizam, Qistina hanya sengih sinis. Menyesal konon.

"I tahu siapa yang akan sentiasa percayakan you..."

Nizam menanti ayat seterusnya.

"Ariana. Heh!" Qistina langsung beredar dari bilik itu. Tak kuasa nak tengok drama Nizam lagi. Hatinya bengkak. Dia marah dengan Nizam kerana menyakiti Clara.

Nizam lalu tunduk malu.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now