44: Awake

9.6K 228 2
                                    

Rayyan memandang sayu pada kotak itu. Niatnya ingin menjadikan perfume berhuruf U itu tergelanda.

Perfume pertama dia hadiahkan kepada Clara, berbentuk tower, rupanya seakan huruf 'I'.

Perfume itu dihadiahkan pada hari pertama Clara bertemu familynya.

Perfume kedua dia hadiahkan berbentuk hati. Ia dihadiahkan pada hari pertunangan mereka.

Dan perfume terakhir pula ialah yang dia sedang pegang sekarang, berbentuk seakan huruf 'U'. Ia sepatutnya diberikan pada hari pernikahan mereka.

Ketiga-tiga perfume itu sepatutnya mendatangkan sentimental value. Dimana jika digabungkan akan membentuk ayat, I Love You. Tapi angannya musnah.

Dia berkorban demi perjuangan cinta Nizam. Dia berkorban kerana dia tahu Clara juga masih mencintainya. Dia tidaklah terlalu kejam untuk tidak memikirkan perasaan orang lain. Dia mengalah dan baginya itulah cinta yang sebenar, demi melihat orang itu bahagia. Dia sanggup.

**********

Clara sedari tadi masih memegang tangan Nizam, dia turut tertidur disamping Nizam yang masih belum sedarkan diri. Dia dapat rasakan jari-jemari Nizam bergerak. Lantas dia terjaga dari tidur dan menekan butang supaya nurse dan doctor datang kebilik itu.

"Jari dia bergerak doctor." Kata Clara sambil kebelakang, membiarkan mereka memeriksa Nizam. Ada improvement pada denyutan jantungnya. Jari-jari itu juga masih bergerak dan kelopak matanya juga cuba untuk dibuka namun ia seakan payah. Dia masih mencuba untuk mengingkari dirinya yang terlantar itu.

"Come on Nizam, you kuat. Wake up dear." Bisik Clara yang menanti dengan penuh pasti. Dia menggigit bibirnya, berdebar.

Dan aha! Matanya terbuka. Dia cuba menggerakkan kepala namun masih tidak berupaya. Clara meluru kearahnya.

"Nizam..." Clara berteriak gembira namun lelaki itu hanya mampu memandangnya dengan pandangan yang kosong.

Walaupun sakit apabila mendapat reaksi begitu daripada Nizam namun dia masij berpura-pura berbual gembira dengan lelaki itu. Nizam yang disahkan sedar dari coma kini masih diam kaku walaupun Clara cuba untuk berbual dengannya. Wanita itu akan menangis setiap kali keluar dari bilik pesakit, namun apabila dia melangkah masuk dia akan pastikan tiada satupun air mata yang kelihatan. Dia harus kuat untuk Nizam.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now