TAMAT

13.4K 333 45
                                    

Clara keluar dari bilik dalam keadaan menangis lagi, dia nampak ada ramai orang diluar. Dia lantas memeluk Mamanya. Ternyata dia tak kuat nak hadapi semua ni.

"Clara, you kenapa? Nizam macam mana?" Rayyan menghampirinya begitu juga Mardiyah. Mereka masih dalam busana pengantin.

"Nizam... hilang ingatan.. Dia tak ingat siapa I. Tsk tsk..." dia mengelap air mata yang tidak mahu berhenti itu.

"Doktor tak ada kata apa-apa?" Soal Mardiyah pula.

"Doktor kata Nizam tak ada alami kecederaan dalaman but he looked like he have." Clara menggeleng kepala dengan lemah. Dia meminta diri untuk ketandas, keadaannya sangat selekeh. Mardiyah menawarkan diri untuk menemaninya.

Dia lihat wajahnya dalam cermin. Eye liner telah membentuk satu garisan pada pipinya. Macam corpse. Dia membuka selendang dan membasuh muka. Mardiyah menghulurkan tisu dan selesai mengelap muka, dia memakai semula selendang. Mata dipejam rapat, penat sangat. Sudahlah trauma dari kejadian tadi tidak hilang lagi dia dikejutkan lagi dengan kondisi Nizam yang seperti itu.

"Clara awak jangan sedih, semua ni ada hikmahnya. Saya yakin awak kuat." Mardiyah membawa Clara kedalam pelukannya. Agak lama mereka berpelukan sebelum dileraikan.

"Terima kasih Mar..." dia tersenyum walaupun masih hambar namun sekurangnya dia cuba.

Perjalanan kebilik Nizam semula, dia lihat Erin dan Boy sedang mengusung seseorang. Siapa tu?

"Kenapa Clara?" Mardiyah menyoal sebaik lihat Clara duk terjenguh-jenguh.

"Saya macam kenal orang tu. Kita ikut diorang sekejab." Mardiyah hanya membuntuti Clara.

"Erin?!" Panggil Clara, Erin dan Boy menoleh. Clara dapat lihat wajah pesakit sangat teruk, seperti melecur, bernanah.

"Clara." Erin mendapatkan Clara, nurse sudah membawa masuk pesakit kedalam bilik pembedahan.

"You usung siapa?"

Erin dan Boy saling berpandangan. "Ariana." Jawab mereka serentak.

"Apa yang dah jadi dengan dia?" Soalnya dengan sangat terkejut.

"Dia call I minta tolong, I datang je dia dalam keadaan naked, muka dia disimbah asid. I rasa ni kes rogol. Dia tak sempat nak cerita apa-apa dia dalam keadaan lemah." Jelas Erin. Mereka berbual sebentar sebelum meminta diri, namun Clara berjanji yang dia akan datang melawat Ariana.

"Ariana tu siapa?" Soal Mardiyah kebingungan. Clara hanya senyum sebaris.

"Dia kawan sekolah saya dan Nizam." Cukuplah sekadar itu, dia tak mahu memburuk-burukkan Ariana lagi. Meskipun Ariana banyak menyusahkan hidup dia dia memilih untuk berdiam diri.

Apabila tiba didepan pintu bilik, mereka berwajah gembira. Bukanlah gembira macam, "Padan muka Nizam." Tapi gembira yang seakan lega. Namun dia sendiri tak pasti mengapa. Dia memerhati wajah mereka satu persatu namun mereka tetap berdiam diri seolah merahsiakan sesuatu daripadanya.

"Masuklah dulu Clara..." Rayyan membuka pintu bilik, dengan teragak-agak Clara masuk kedalamnya.

"Kami keluar dulu." Qistina dan Mama Nizam keluar dari bilik setelah menyedari Clara kembali semula, mereka ingin memberi Clara ruang untuk bersama suaminya.

"Abang okay?" Dia sebenarnya tak tahu nak bualkan apa lagi. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Nizam masih bersandar diatas katil dan wajahnya memandanf kehadapan sikitpun tak menoleh.

Kuatkan aku. Bisiknya.

"Abang..." jari Nizam diraih. Dia takut jugak sebenarnya nak buay macamni tapi peduli apa, kena berani!

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now