26: Fight

13.1K 330 9
                                    

Aku sedang memasuki kondo hadiah daripada Nizam seperti biasa. Aku lihat dia ada didalam sedang melihat pemandangan diluar balcony. Petang tu cuaca mendung. Sejuk dan berangin.

Nizam menoleh setelah mendengar bunyi tapak kaki aku berjalan. Wajahnya ketat. Ah apa lagi yang lelaki nak debatkan dengan aku.

"Dari mana?" Soal Nizam.

"Office lah, I tak ada personal meeting ke apa ke hari ni." Aku mengerling kearahnya sekilas. Riak wajahnya berubah.

"Baguslah kalau you tak ada personal meeting but I sure you ada dating dengan lelaki tu, kan?" Nizam meninggikan sedikit suara. Aku tersentak.

"Siapa laki tu?" Nizam mempersoalkan lagi.

"Boleh tak bagi I rehat dulu. Penat lah tanya macam-maacam." Aku berjalan kebilik. Nizam mengekori.

"I cuma tanya nama dia. Jawab jelah." Dia menarik lengan aku dengan kuat. Aku menarik kembali lenganku dan mengusap perlahan, sakit.

"Sakitlah!"

"Answer me, Clara." Nizam merenung tajam mata aku."

"Dia tu client I lah. Apa lah you ni, hish!"

"I tahu you dah banyak kali keluar berdua dengan dia." Nizam menduga.

Lelaki ni memang betul-betul stalk aku. Tak ada privacy langsung!

"You ni melampau tau. I buat report police nanti." Aku cuba memberi amaran.

"I am your husband!" Nizam menengking. Aku betul-betul terkejut dengan tingginya suara dia.

"Wake up Nizam. Kita berdua dah divorced!" Aku cuba membangkitkan kembali Nizam dari mimpi. Sememangnya dia tak dapat nak terima bahawa aku bukan lagi miliknya. Selepas kejadian Ariana dibilik tidur kami, ada beberapa lagi kes yang aku anggap Nizam mencurangi aku. Aku tak dapat tahan dengan semua ni, akhirnya kami bercerai pada awal tahun lepas. Kini hampir setahun usia perceraian kami. Nizam masih menganggap aku sebagai isterinya.

"Im not your wife anymore." Aku berkata dengan perlahan. Aku lihat wajah Nizam berubah, setitis air mata tumpah dari tubir matanya.

"But I love you." Nizam tunduk.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now