70: Mardiyah

7.1K 174 36
                                    

Rayyan sedang termenung kedalam tasik, ikan-ikan peliharaan Mama berwarna-warni menyerikan laman kegemaran keluarga kecil itu. Hari itu sangat nyaman, cuaca pun bagus, tidak terlalu panas dan tiada tanda nak hujan, just nice. Alangkah indah kalau hatinya juga begitu. Senyum.

"Awak-" panggil seorang gadis dari arah belakang. Rayyan menoleh, itu Mardiyah. Gadis muslimah bertudung bawal itu kelihatan manis, dia sentiasa mengenakan baju yang sopan. Rayyan tahu gadis itu baik tapi ada sesuatu yang menganggu hatinya. Senyum lagi.

"Ya Mar.." sambut Rayyan, dia memberi senyuman manis pada Mardiyah dan gadis itu berasa sangat bahagia dengan senyuman itu.

"Awak buat apa disini? Mama dan Papa mintak Mar panggilkan awak kedalam-" Ayatnya dipotong laju oleh Rayyan, agak kaku juga Mardiyah dibuatnya.

"Kenapa awak nak saya?" Soalnya tanpa selindung. Memang itu menganggu fikirannya tapi bukan itu asbab utamanya.

"Kenapa awak tanya macam itu?" Mardiyah tertunduk malu, bukan malu yang mengada-ngada tapi dia malu seolah dia terhegeh-hegeh. Rayyan sedar riak wajah Mardiyah sudah berubah.

"Maafkan saya, bukan maksud saya nak...." dia tak dapat nak fikirkan ayat yang sesuai.

Malukan awak? Terlalu jelas.

Tanya macamtu? Terlalu berkias.

"Bukan macam yang awak fikirkan..." setelah temukan ayat yang sesuai.

"Saya cuma tertanya.." Rayyan sengih lagi. Dia tak berani nak sentuh Mardiyah tapi dia ingin mengangkat dagu gadis manis itu. Dia tidak mahu gadis itu tersinggung.

"Kita bertemu kerana Allah..." Dia masih tunduk kebawah, wajahnya serius sekali.

"Kita berpisah jua nanti kerana Allah, Rayyan." Muka diangkat menghadap lelaki kacak itu. Sungguh Mardiyah tergoda dengan ketampanan Rayyan namun cepat-cepat dia tangkis. Mata masih bertemu mata.

"Kita masuk dalam dulu Mar. Harap Mar tak terasa." Rayyan mula melangkah namun Mardiyah lebih pantas kehadapan.
Kepala ditoleh kebelakang sedikit, membelakangi Rayyan. "Jika kita berjodoh sekali pun, semua itu kerana takdir Allah." Mardiyah terus masuk kedalam rumah.

Allah.

Rasa bergoncang laju dada Rayyan, Mardiyah sungguh tegas. Rasa seperti dia tidak layak untuk memiliki Mardiyah. Dia cantik dan manis. Meskipun dia tidak mungkin dibandingkan dengan kecantikan bidadari syurga, namun akhlak dan ketegasannya membuatkan Rayyan terpempan. Dia ialah bayangan Ainnur Mardiyah. Wanita syurga. Senyum lagi. Kali ini lebih lebar.

Malam tu Rayyan tak dapat lelapkan mata. Mardiyah masih menganggu fikirannya. Kecantikannya, agamanya, keturunannya, Allah... dia miliki hampir kesemua ciri yang perlu ada.

Mardiyah...Mardiyah....

Gadis manis itu memang tegas maka tak hairanlah jika Mardiyah merupakan pensyarah cemerlang yang mampu melahirkan pelajar cemerlanh meskipun dia masih muda dalam arena tersebut. Cepat-cepat Rayyan tangkis perasaan itu, dia tahu itu mainan syaitan. Berkali-kali dia istighfar, dia tidak mahu menaruh perasaan dan harapan. Clara banyak mengajar dia untuk lebih berhati-hati.

"Mama dan Papa memang berkenan dengan Mardiyah tu, Rayyan fikir lah masak-masak. Memang keluarga mereka yang melamar Rayyan tapi tak salahkan untuk seorang makmum memilih imam rumah tangganya? Lagipun Rayyan dah cukup segalanya, Mama kenal Rayyan dan Mama pasti tentang tu. Mama yakin Rayyan mampu untuk jadi imam pada isteri dan anak-anak Rayyan nanti, Insya Allah. Mama minta Rayyan fikirkan semua ni. Mardiyah tu gadis yang baik, akhlak dan agamanya memang bagus, lagi mudah untuk Rayyan pimpin dia. Mardiyah tu pun cantik orangnya, kan bang?" Kata Mama tengahari tadi selepas Mardiyah dan keluarga pulang ke rumah.

Mardiyah dah menawah hati Mama dan Papa, Mardiyah juga sudah hampir menawan hatinya. Namun dia masih memikirkan seseorang.

Andai engkau pergi, gugurlah bunga cinta.

Hatinya masih ada pada Clara. Sungguh dia terlalu inginkan melupakan Clara namun dia masih belum mampu. Mardiyah memang cukup baik tapi entahlah.

Rayyan menarik rambutnya sekuat hati, marah dengan diri sendiri. Terbelenggu dengan masalah cinta. Lantas dia mengambil wuduk, solat istikharah dilakukan.

Mardiyah memang sempurna namun Clara masih mencuri hatinya. Tapi Clara sudah menjadi milik Nizam dan berdosa baginya untuk terus mencintai Clara.

Ku derita kerana cintamu.

Muka ditekup. Usai selesai solat sunat istikharah, dia baring dikatil. Tangan dialaskan kebelakang.

"Jika kita berjodoh sekali pun, semua itu kerana takdir Allah." Kata-kata Mardiyah terngiang-ngiang lagi. Semoga selepas ini urusannya dipermudahkan.

Pertemuan pertama Rayyan dan Mardiyah adalah dua minggu yang lepas, ketika kawan Papa singgah melawat. Disitulah mereka kenal Rayyan dan sebenarnya sebelum-sebelum ini mereka pernah kenal dan berbual tapi sekadar berbual kosong. Sehinggalah pada masa itu, Mardiyah menegurnya.

"Wajah yang gusar itu mampu menghapuskan pelangi, mampu meneggelamkan kembali ikan yang gembira dan mampu mematikan hati yang bahagia." Tudiaaa. Mardiyah seolah ahli falsafah.

"Mana mungkin hati yang bercelaru mampu memberikan wajah yang ceria." Balas Rayyan pula. Dia senyum. Tak tahulah tapi dia suka senyum.

"Gembirakan diri sendiri dahulu dan awak akan perolehi hati yang tenang. Insya Allah nanti muka awak yang masam tu..." Dia membuat memek muka masam, Rayyan tertawa sendirian.

"Akan happy, macam saya." Ewah-ewah, pancing aku ke? Rayyan tergeleng-geleng kepala. Mana mungkin dia mampu berbahas dengan pensyarah ini.

"Saya Rayyan dan awak?" Rayyan sekadar berbasa-basi. Tak manis pulak biarkan gadis manis itu begitu sahaja. Eh?

"Saya Mardiyah. Panggil Mar." Gadis itu senyum lagi, ada lesung pipit mengiasi pipi mulus itu. Rasa nak cubit-cubit je. Eh?

"Cik Mardiyah, kalau Cik Mardiyah perasan, kita dah beberapa kali perkenalkan diri. Paling latest masa kenduri kahwin anak Datuk Hamid. Ingat tak?"

Mardiyah seperti membuat perkiraan, "Ohh ya, awak yang basuh pinggan tu?" Mardiyah juga tolong masa kenduri tu, rewang katakan. Mereka tidak mahu gunakan khidmat Catering, mahu eratkan silaturahim katanya.

"Haa saya lah tu." Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia nampak aku basuh pinggan? Hmm hilang macho. Huhuhu.

"Ha.ah lepastu awak ada tegur saya, saya ingat awak ni pekerja situ. Hehehe.."

Ehh dia ni? Tak apa nasib baik Mardiyah ni comel. Omel Rayyan.

Namun Mardiyah pada tengahari tadi tegas mungkin kerana ibu bapanya inginkan mereka berdua bernikah. Dia tak rasa Mardiyah yang inginkan dia. Tak apa lah, nanti-nanti fikirkan balik.

Sekali lagi wajah Mardiyah bermain difikiran.

[Wawa Zainal sebagai Mardiyah]

**Since ramai nak Rayyan bahagia. Adakah Mardiyah mampu menggantikan Clara? Senyum.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now