65:

8.9K 220 35
                                    

"Rayyan?" Panggil Clara lagi dia berusaha untuk duduk bersandar. Qistina membantunya lalu menoleh pada Rayyan yang masih membatu disitu.

"Dia cuma ingat you je sekarang ni, I rasa." Ujar Qistina sekadar merungkaikan persoalan yang bermain difikirannya. Kerana setahunya, Clara akan mengalami gangguan pada ingatan.

"Clara, aku Qistina-kawan kau."Qistina duduk disebelah Clara yang masih bingung dengan semua ini.

"I...I rasa I lupa nak bagitau you yang I ada urgent meeting. I got to go now-" Dia cepat-cepat keluar dari bilik tersebut meninggalkan Clara bersama Qistina terpinga-pinga.

"Kenapa dia keluar, dia taknak jumpa I ke? I cuma kenal dia saja sekarang ni-" Katanya sambil menekup muka. Qistina bangun dan keluar mencari Rayyan, dia pasti Rayyan bohong tentang meeting.

Setelah menutup pintu dia memandang kekiri kanan, tak jauh dari situ-Nizam datang bersama doktor. Qistina melangkah kesebelah kiri-Rayyan sedang duduk di waiting area.

"Rayyan, kenapa?" Soal Qistina dari jauh. Menyedarkan Rayyan yang jauh mengelamun.

"Kenapa dia ingat I? How about Nizam?" Katanya tanpa dipinta. Qistina sudah mengagak, pasti itu yang mengganggunya.

"Doktor kan dah kata yang semua ni hanya sementara, lambat-laun dia akan ingat Nizam dan semua orang. Kenapa you risau sangat?"

Mana tak risau, aku takut kalau Clara berharap pada aku, aku takut aku jatuh hati pada dia lagi. Lepas dia dah mampu ingat semula, dia akan kembali pada Nizam.

"I takut kalau Clara berharap pada I. Kalau keadaan tak kembali pada biasa, I takut I yang kecundang..." Dia mengurut leher, sungguh tak mudah untuk melupakan Clara.

"I sedar she is married. I tak nak ganggu rumah tangga dia. I rasa better I tak ganggu dia buat masa ni." Terangnya.

"Hmm I faham, bukan senang nak lupakan orang yang kita cinta lebih-lebih lagi you dengan Clara hampir bernikah tapi tulah kita merancang tapi perancangan Allah tu paling terbaik."

"Thanks Qis." Rayyan menghadiahkan senyuman.

"So you sure you nak pergi macam tu je? Apa I nak jawab kalau Clara tanya?"

Rayyan tidak menjawab, dia membiar sepi soalan itu.

*****

"Clara-" Nizam berlari kekatil Clara, wanita itu sudah menangis teresak-esak.

"Ta...takut.. tsk.. tsk.." Jawabnya berselang-seli tangisan. Nizam pantas memeluk wanita itu.

"I tak kenal you....tsk..tsk..." Clara cuba menolak tolak tubuh Nizam. Walau sakit dan perit, dia bertolak-ansur. Cuba memahami keadaan Clara.

"Okay-okay.. Sorry okay.."Nizam menjarakkan diri.

"Clara-you selamat kat sini. Jangan risau ya." Doktor Shila mencatat sesuatu dihelaian kertas.

"Apa yang dah jadi....tsk tsk..." Dia kembali menekup muka dengan tangan, menangis seperti seorang kanak-kanak.

"You terjatuh tangga dan incident tu buatkan you hilang ingatan. Tak apa, ni cuma sementara, you boleh ingat nama you?" Soal Doktor Shila sambil senyum pada Nizam yang sudah gusar.

Dia menggeleng lemah.

"Ada apa-apa yang you ingat tak? Parents you?" Soal Doktor Shila lagi.

Dia menggeleng.

"You tahu rumah you kat mana?"

Dia menggeleng, "I ingat seorang je." Jawab Clara.

"Siapa?"

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now