55: Rayyan is back!

8.8K 217 28
                                    

Tsk...tsk...tsk...

Airmata masih jatuh, hidung sudah mengalirkan air juga. Berkali-kali dia mengesat airmata, berkali-kali itu juga airmata laju menitis.

Sampainya hati Nizam meninggalkan dia ditepi jalan. Hilang sudahkah perikemanusiaan terhadap dirinya yang mengandung ni?

Dia cuba menahan teksi ditepi jalan namun tiada satu pun yang berhenti. Dia memandang kelangit, gelap. Bila-bila masa saja hujan akan turun. Dia memandang sekeliling, cuba mencari tempat berteduh.

Risau berada ditepi jalan begitu saja, dia cuba menghubungi driver papanya. Namun gagal, mungkin sedang memandu. Yang penting dia tak akan call Papa Mama atau Qistina. Tak mahu mereka tahu akan hal ini.

"Mama harap sayang turut tabah..." Dia mengusap perut lagi. Duduk ditepi pokok yang redang. Sungguh menyedihkan keadaannya.

"Mama takut nanti kalau sayang keluar, Papa tak nak terima sayang, sama macam Papa tak nak terima Mama..." Dia menangis teresak-esak. Apalah nasib baby ni nanti.

Ada kereta yang berhenti ditepi pokok itu. Dia kenal dengan kenderaan itu. Lelaki yang memandu itu keluar mendapatkannya.

"Clara?" Panggil lelaki itu.

"What are you doing here?" Rayyan membongkok, cuba membantu Clara untuk berdiri.

"Tsk...tsk...tsk..." Clara tersedu-sedu. Dia masih ingat pesan Papa, orang yang menangis tersedu ni cengeng, manja. Papa tak suka kalau Clara menangis begitu.

"What happen?"

Soalannya Rayyan masih dibalas dengan tangisan. Rayyan kelihatan sangat risau.

"Come, I hantar you balik." Rayyan memimpin Clara. Sesekali dia memandang perut Clara yang sarat itu.

"Tell me when you dah ready." Rayyan menghulurkan tisu. Clara menyambut.

"You can cry if it can makes you feel better." Rayyan memandang sekilas. Clara tersenyum. Dahulu, keadaan dia didalam kereta, menangis kerana Nizam. Rayyan tak ada pula memujuknya seperti ini? Ya Allah, apa semua ni. Jangan sampai aku terdetik.... Dia tidak ingin menyambung ayat itu.

"Macam mana you boleh tahu I dekat situ?" Soal Clara, memulakan perbualan.

"Ni kan area office I. You nak I hantar you straight to your house ke?" Soal Rayyan kembali.

"Bawak I kat tempat biasa." Ujarnya.

"Where?"

"Tasik tu..."

Rayyan mengangguk.

Sedari tadi, Nizam masih berpusing ditempat yang sama. Dia memerhati Clara dari jauh. Hatinya sakit melihat Clara begitu. Dia tidak bermaksud untuk menyakiti Clara. Tapi dia ada alasan yang tersendiri. Ego masih membatasi dirinya untuk memujuk Clara.

Sikit lagi dia nak memandu kearah Clara, Audi milik Rayyan terlebih dahulu mendapatkan Clara. Nizam mengetap gigi, Rayyan masih nakkan isterinya ke? Ke Clara yang call Rayyan tadi?

Tak guna! Dengus Nizam dan berlalu pergi. Dia tak ingin melihat sandiwara itu. Hatinya sakit.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now