11: Warning

19.9K 387 9
                                    

Kalori...kalori...kalori.. Clara sedari tadi asyik membelek helaian kertas yang di-printkan. Penasihat yang tidak bernama itu meng-emelkan senarai kalori yang dia perlu kira sebelum mengambil makanan. Ini semua untuk mencapai target kurusnya!

Clara duduk termangu. Teringatkan peristiwa semalam. Mak Siti hampir terbunuh semasa sedang masak untuknya.

Peluru itu kena tepat pada lengan Mak Siti. Macamna kalau penembak tepat tu target pada jantung Mak Siti? Mak Siti akan mati!

Takkanlah sampai macamni sekali peraturan yang harus diikuti. Clara menggigil.

Belum lagi dua hari yang lepas. Semuanya gara-gara Clara cuba memesan makanan yang diluar category makanan yang boleh dimakan sebelum dia mencapai berat 50kg.

Dia hanya memesan bolognese spaghetti dan orange juice. Itu memang kegemarannya!

Tapi padah yang Mak Siti kena begitu teruk. Seekor tikus hitam yang dibunuh diletakkan didalam bilik Mak Siti. Bukan seekor tapi sepuluh ekor! Bau bangkai yang menusuk membuatkan Mak Siti termuntah bertubi-tubi.

Pada mulanya dia anggap itu hanya kebetulan tapi lama-kelamaan dia cuba mencari relevannya semua yang berlaku ni. Mak Siti akan menjadi mangsa setiap kali dia cuba mengingkari peraturan ChaseDream.com.

Semuanya hanya akan berakhir sekiranya dia berjaya menyusut dari 78kg kepada 50kg dalam masa dua bulan.

Dia menggigil ketakutan lagi. Kini Mak Siti dihospital. Papa dah ketatkan lagi kawalan dibanglo tiga tingkat itu. Tapi dia masih takut kerana Mama dan Papa tidak akan ada dirumah untuk seminggu atas urusan perniagaan. Dia bersendirian dirumah.

From: ChaseDream.com
Subject: Amaran

Itu hanya amaran awal kerana awak cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. Ikut arahan dan impian awak akan tercapai. Have a nice day and meals.

The Advisor.

Clara menghentak laptop-nya. Dia menangis semahunya. Apa pun yang terjadi dia perlu mencapai berat 50kg. Dia perlu kuatkan diri. Sekarang bukan kerana untuk capai impiannya. Tapi demi keselamatan orang sekeliling malahan dirinya juga!

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now