32: Family Rayyan III

10.4K 258 0
                                    

"Mama I ajak you dinner. You free tak malam ni?" Soal Rayyan.

"Hmm free. Eh suka betul Mama you kat I kan?" Clara tersengih.

"Of course lah. You ni wanita first yang I bawak datang banglo Datuk Paduka Razak tau.

"Hahaha okay-okay. So I ni mesti special giler kan?" Clara menduga.

"Maybe..."

"Eh maybe pulak, merajuk lah macamni." Clara memuncungkan bibirnya.

"Apa lah dia ni. Haha... After meeting petang ni, I bawak you pergi sana eh. Ke you nak maghrib kat kondo you?"

Clara diam kembali.

"You ambil I lepas maghrib, k?"

Rayyan tidak bersoal lagi. Dia mengangguk.

**********

Malam tu, Clara memilih jubah polos berwarna pink sakura. Dia memang suka warna pastel. Dia mengenakan pakaian yang lebih sopan. Entah kenapa hatinya terdetik begitu. Tiada lagi baju tidak berlengan dan skirt paras peha. Dia berubah secara perlahan. Cuba mengutip balik identiti diri yang sebenar.

"You look beautiful and sweet." Puji Rayyan sewaktu Clara memasuki Audi nya. Clara senyum lagi.

"Thanks."

Tiba sahaja di banglo Datuk Paduka Razak, mereka disambut oleh Cik Suzie dan terus ke meja makan. Makanan semua sudah tersedia. Ada ayam panggang, kentang bakar dan coslow. Western.

"Jemput duduk Clara." Ujar Datin Paduka Rozie.

Dihadapannya terhidang sepinggan lengkap ayam panggang. Setelah membaca doa, mereka mula makan.

"Clara, Auntie nak tahu sangat pasal diri Clara. Apa yang Clara suka buat lagi-lagi weekend because Auntie tahu Clara ni busy woman kan." Ujarnya sambil ketawa kecil.

"Clara tak ada apa yang menarik pun Auntie, cuma kalau weekend Clara akan stay kat rumah Clara kat Bangsar dengan Jb. Takut jugak kalau lama sangat tinggal kan."

"Oh, Clara tinggal sendiri, tak stay dengan parents?" Soal Datuk Paduka Razak pula.

"Ya sebab Clara nak berdikari tapi sekali sekala ada jugak Clara balik tidur rumah Papa."

"Kalau macam tu, nanti bila free boleh lah Auntie dan Uncle datang rumah Tan Sri. Boleh kan?" Datin Paduka Rozie mula mencucuk.

"Ehem-ehem..." Rayyan mendehem. Datin dan Datuk mengalihkan muka kepadanya. Rayyan hanya tersengih kelat.

"Boleh Auntie, nanti Clara inform Papa lepastu Clara confirmkan semula dengan Auntie, okay?" Clara senyum lagi.

"Haa tengok, Clara okay je. Apa lah kamu ni nak malu sangat." Datin Paduka Rozie berkata.

Mereka ketawa bersama. Rayyan yang malu buat-buat minum air.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now