2.0 (Prolog)

8.7K 189 10
                                    

Bila aku berhijrah, apa yang aku sangkakan ialah kehidupan yang lebih baik. Tidak memberi maksud kehidupan aku sekarang lebih teruk. Aku masih kuat untuk semua ini kerana aku tahu manusia itu tidak dikatakan beriman sehinggalah diuji. Dan sebesar manapun ujian yang aku terima, aku redha kerana aku mampu. Tidak akan ditimpakan ujian melainkan orang itu mampu.

Cuma petang itu, aku tak dapat nak terima apa yang mata aku lihat. Aku yakin susuk tubuh itu ialah orang yang aku sangat kenal. Mata aku ligat memerhati mereka. Aku mendapat idea, cuba mendail nombor.

Aha! Dia angkat.

"Assalammualaikum abang." Ujarku dengan suara yang tenang. Cuma suara yang menjawab seakan tidak tenang.

"Abang jom kita lunch?" Aku sekadar menguji. Perut yang memboyot ini aku usap. Aku tahu dia akan memberi alasan untuk mengelak.

"Abang ada kat mana?" Soal aku lagi. Aku meletakkan panggilan. Hancur luluh hati ni mendengar penipuan Nizam. Susah sangat ke nak jujur?

Dengan hati yang masih bengkak, aku gagah berdiri dari bangku itu, sebelum memulakan langkah, gambar bukti aku simpan. Menuju ke kereta, aku mengalirkan air mata. Kenapa dia masih berjumpa dengan Ariana?

Aku pusing memikirkan Nizam. Adakah benar cinta Nizam kepada aku sudah luput?

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now