"Apa pegang-pegang macam ni...." marah Nizam, tersentak Clara dibuatnya.

"Tak malu ke? kau ni siapa hah?" Nizam menarik semula tangannya menjauhi Clara. Agak tersentak, Clara hampir sahaja menitiskan air mata. Dia malu. Nizam merenung Clara lama, keadaan menjadi sepi.

"Pegang macam ni..." Nizam mencapai kedua belah tangan Clara dan mengucup lama. Clara bingung, dah kenapa pulak dengan dia ni tadi marah sekarang dia pulak yang lebih-lebih. Huh!

Menyedari Clara masih keliru dengan apa yang berlaku dia pun mula berkata, "Abang pun rindukan sayang.." Balasnya lalu ada tawa yang meletus. Dia dengar apa yang Clara kata kan semasa dia belum sedar tadi bukanlah dia koma cuma dia perlulan masa untuk buka mata dan bergerak. Dia mengumpul kekuatan demi Clara.

Sekejab, dia hilang ingatan atau tak? Clara dan loading yang tak pernah terpisah jauh.

"Abang gurau jelah sayang, abang masih ingat sayang." Nizam tersenyum simpul. Clara sedang mencerna maklumat. Ya, masih mencerna maklumat. Belum lagi menghantar message yang sebenarnya Nizam dah prank dia.

Okay, Nizam tak hilang ingatan dan dia berpura-pura yang dia hilang ingatan tadi? Setelah message selesai dihantar pada otaknya.

Eeeiii apa abang ni!" Tangisannya tumpah lagi namun kali ini kerana gembira. Dia memukul-mukul kuat lengan Nizam sesekali dia mengelap tubir mata. Dah kena tipu sampai nak menangis ni, malu duh!,

"Abang mintak maaf sayang, abang ingat nak tipu sekejab je tapi sayang dah keluar tadi. Abang sempat bagitau Mama dan Qis je. Mendapatlah abang tadi dengan kawan baik sayang tu. Over protective betul!" Qistina dan Mama agak terkejut dengan kenyataan Nizam tadi, memang kena cubit lah makan dia! Tak cukup kena cubit memang kena ceramah panjang, silaplah dia nak main-mainkan Clara depan Qistina. Dia tak tahu ke Qistina tu macam singa, semua orang tahu tu!

"Abang buat lagi macam ni, bukan takat Qis, dengan saya sekali cubit, terajang semua ada tau. Huh!" Dia memuncung bibir dan menyilangkan tangan, merajuk. Tanda protes!

"Alala sayang abang janji tak buat dah abang nak feeling drama je tadi tak sangka pulak sayang terus keluar tadi." Dia menyentuh pinggang Clara dan membawanya rapat kesebelahnya diatas katil.

"Drama apanya abang oi, drama 7petang ke. Rumah tangga kita ni dah cukup dengan drama tau. Saya dah penat dengan drama dengan konflik, saya penat... tsk tsk..." Clara sudah menangis lagi, harini dah berapa kali dia menangis? Nizam membawanya kedalam pelukan.

"Abang tak berniat nak sakitkan hati sayang cuma abang nak tengok apa reaksi sayang tadi, sayang jugak kat abang kan?" Clara diusap-usap. Perempuan dengan perangai kebudak-budakan memang dah sebati sejak azali.

"Ya saya maafkan abang dengan syarat...." muka diangkat memandang Nizam, senyuman makin melebar. Nizam mengerut dahi.

"Syarat dia abang kena mainkan piano untuk saya dan nyanyikan untuk saya.. boleh?" Senyuman lebar itu seakan memberi tanda, don't you dare to say no. Dia juga seperti Puss In Boat dalam filem Shrek. Ramai yang termakan dengan wajah comelnya.

"Alah sayang ni ingatkan apa lah tadi, senang macam kacang goreng je!" Lagaknya yang sungguh angkuh. Clara mencemik, gedik betul!

Mereka berdua ketawa dan pintu bilik dikuak, mereka masuk serentak sambil tersenyum-senyum. Sempat pulak si Nizam buat prank dalam keadaan macamni.

"Abang tadi saya nampak Ariana, dia kritikal. Disimbah asid dan mungkin.... dirogol." Katanya perlahan tak mahu yang lain dengar. Sebenarnya dia berbisik ketelinga Nizam. Kenapalah korang terjah time-time ni?

Nizam terdiam seketika. Selepas dia sudah pulih dan dibenarkan pulang, mereka sama-sama melawat Ariana. Ariana kelihatan sangat lemah dan teruk. Air mata tak habis-habis tumpah. Kasihan pula melihat keadaannya. Dia sudah kehilangan aset paling utamanya, macam mana agaknya dia akan meneruskan kehidupan?

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now