75: Hospital Ampang

Start from the beginning
                                    

"Puan ni ahli keluarga Encik Nizam?" Soal seorang doktor wanita berkaca mata, Clara menoleh dan mengangguk, dia mengesat air mata.

"Saya isterinya."

"Saya nak bagitahu yang Encik Nizam sekarang stabil, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dalaman. Cuma bahagian dahi ada kesan jahitan akibat kecederaan tadi. Puan boleh melawat suami Puan tapi suami Puan masih belum sedarkan diri." Doktor wanita itu beredar sebelum menyentuh bahu Clara sekadar memberi sokongan.

"Terima kasih." Dia terus masuk kebilik dimana Nizam ditempatkan. Nizam sedang terbaring kaku. Dia lihat kepalanya sudah kemas di bandage. Ada message masuk, Clara membalas nombor bilik yang Nizam ditempatkan kepada Qistina.

Lama dia tenung wajah Nizam yang sudah kaku, macam ni ke perasaan Nizam apabila aku terbaring kaku? Dia tak dapat tahan lalu dia mencapai jari Nizam dan mengucup perlahan.

"Abang bangun cepat, sayang rindukan abang.." Dia bermonolog mana tahu Nizam akan sedar nanti. Mana lah tahu kan...

Agak lama dia bermonolog sebelum Qistina dan Mama Nizam masuk kedalam bilik. Yang lain sedang menunggu diluar.

"Qis, Mama..." Clara lantas memeluk mereka berdua. Tangisan makin kuat, Qistina mengusap lembut belakang badannya.

"Kau macam mana ni, macam mana boleh jadi? Aku risau sangat kat kau." Qistina masih memeluk Clara. Mama Nizam sudah mendapatkan anaknya.

"Apa doktor kata tentang Nizam?"

"Doktor kata Nizam stabil dia tak ada alami kecederaan dalaman. Mama jangan risau." Clara menghampiri Nizam dan memeluk tubuh tua itu, ibu mana yang tidak risau?

"Ergh.. " Nizam mula mendengus kesakitan, dia sudah sedar! Clara berdebar-debar, gembira namun takut. Dia takut kalau...

"Abang..." Clara mencapai jari Nizam, mereka sudah saling berpandangan.

"Kau siapa?" Aha! Ini yang Clara takutkan! Bukan ke doktor kata Nizam tak ada alami kecederaan dalaman? Clara sudah mengalirkan lagi air matanya.

"Abang tak kenal saya?" Suaranya tersekat-sekat. Dugaan apa ini? Aku baru nak mengecapi bahagia namun kau timpakan aku lagi ujian. Ya Allah kuatkan aku. Katanya dalam hati.

**********

"Apa ni Razlan?! Kenapa nak libatkan Nizam dalam hal kita?" Ariana berkata dengan keras. Nizam tak boleh tahu kewujudan Razlan.

"I cuma mintak berapa ribu je tapi you tak nak bagi. So I terpaksa gunakan dia." Razlan yang merancang untuk menyamun Nizam dan memukulnya. Itu hanya sekadar amaran kecil supaya Ariana sentiasa tunduk padanya.

"You ni betul-betul melampau! You ingat I ni apa? Bank? Nak duit, kerjalah!" Herdik Ariana, dia marah sebab Razlan memukul Nizam. Dia baru dapat tahu yang Nizam disamun dan dipukul oleh geng Razlan.

Lengan Ariana dipulas dan leher dicekik, "Kau jangan banyak bunyik! Kalau kau tak ikut apa aku nak, dengan kau sekali masuk kubur!" Razlan bertindak agressif. Ariana cuba melawan.

"Lepaslah bodoh!" Ariana cuba melarikan diri namun konco-konco Razlan terlebih dahulu mendapatkannya.

"Bawak dia dalam bilik." Razlan memberi arahan. Baju dikoyakkan dengan ganas, tangan Ariana diikat pada penjuru katil. Menangis Ariana minta dilepaskan namun peduli apa Razlan dengan tangisan itu. Sekujur tubuh Ariana tanpa seurat benang dijamah. Nafsu yang membuak-buak membuatkan dia gila macam orang tiada pedoman.

"Jangan Razlan please no..." Dia merayu sambil menangis namun lelaki itu tidak peduli, dia segera membuka pakaiannya juga.

"Ini bukan kali pertama kau jadi perempuan jalang, macam tak biasa pulak!" Senyuman sinis.

"You jahat Razlan!" Ariana menjerit meminta tolong. Dia diperkosa oleh Razlan dan konco-konconya. Apabila mereka sudah puas, Ariana dibiarkan dalam keadaan lemah. Tali pada katil dibuka.

"Kalau kau ada terfikir nak buat report polis, aku masih ada semua gambar dan video ni." Razlan membuka satu botol kaca berisi asid.

"Thanks untuk hari ni and I ada lagi satu hadiah buat you." Razlan mencampakkan cecair asid pada wajah Ariana dan cecair itu jatuh tumpah juga pada bahagian atas dadanya.

"Arghhhhh!" Ariana menjerit kesakitan, asid tersebut memakan sebahagian dari mukanya. Razlan dan konco beredar. Ariana dalam keadaan kesakitan mencapai telefon dan meminta pertolongan.

Aku tak nak mati lagi, aku belum bersedia.

Dia rasakan nafasnya sudah berombak. Dalam keadaannya yang lemah, sahabatnya Erin dan Boy mendapatkannya. Mereka membawa Ariana ke hospital dengan segera.

Hospital Ampang.

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now